Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, September 2, 2018

Ini aku senaraikan perkara pelik di Kelantan

Aku bukan asal ore Klate. Tapi aku dari awal aim cari laki ore Klate. Kahkah!
Aku jatuh cinta pada Kelantan sejak usia 13 tahun. Bila PM hari ini tidak pernah padam dendamnya pada negeri Serambi Mekah ini, hinaan dari zaman hidupnya TGNA tidak habis-habis sampai kini, tang mana aku nak berlapang dada ni.
Ini aku senaraikan perkara pelik di Kelantan.
1. Hub perniagaan di Kelantan 80% adalah milikan orang Melayu. Kau cari ada tak negeri lain macam ni. Karang aku ulas panjang, kau kata rasis.
2. Kuasa beli rakyat Kelantan sangat tinggi. Tak percaya? Tesco Kota Bharu pernah mengutip tunai 1 juta pada hari pertama ia dibuka. Kau jangan pandang lekeh kat pokcik heret lembu pagi-pagi tu. Dalam kilas kain pelekat dia tu, boleh beli cash Benelli TNT135. Tu belum total bawah bantal tidur dia boleh angkat Panigale sebijik secara tunai.
3. Orang Kelantan akan cari daging lembu segar untuk hidangan makan. Bukan sejuk beku di kebanyakan orang negeri lain. Jadi jangan hairan, tengok tepi-tepi jalan orang berkerumun tunggu lembu tergantung daging segar tengah dilapah. Orang Kelantan rajin bela ternakan, jadi sumber daging banyak.
4. Ikan segar yang murah setiap hari senang dibeli di segenap ceruk kampung. Peniaga-peniaga ikan di Kelantan keluar se awal 4 pagi untuk dapat bekalan ikan segar dan dihantar sampai ke kampung-kampung. Kau? Tu beli ikan kt pasaraya segi yg dah merah mata pecah perut? Maju sangat dah beli ikan di supermarket?
5. Jumaat Sabtu hari shopping. Pergi lah ke bandar-bandar utama setiap daerah, akan ada pasar pagi penuh dengan manusia. Pergi ke pasaraya besar, parking penuh. Tu aku jenuh cari parking kat KB Mall tu kalau hari sabtu. Tang mana miskin nya?
6. Kalau di luar, setengahnya kereta mewah boleh dibeli dengan adanya slip gaji. Tapi di Kelantan, rakyatnya mampu juga beli kereta mewah walaupun tanpa slip gaji. Ya, dengan berniaga. Pernah ada sorang aku kenal, niaga goreng pisang tepi jalan, pujuk nak beli Golf Gti tu dengan cash. Maksudnya apa? Dia ada tunai yang banyak. Celah mana rakyat Kelantan di sapu bersih sebagai miskinnya??
7. Aku dengki wei. Cikgu-cikgu di Kelantan mampu bina banglo mewah atas bidang tanah yang boleh buat swimming pool. Di KL, cikgu boleh beli rumah jenis apa sekarang? Nung merak di kayangan, appartment yang selesa pun susah nak dapat sekarang.
8. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah airport kedua tersibuk di Malaysia. Sebanyak 45 penerbangan sehari sehingga 65 penerbangan dosmestik sehari di musim perayaan. Gilo! Miskin lagi ko tara ni?
Takkan lah nak kena ada pusat perjudian atas Lojing nung baru boleh dikatakan maju?
Kawan-kawan yang bukan orang Kelantan, sila bertandang ke sini barang 3-4 hari. Aku bawa korang kenali mana maju mundurnya Kelantan. Mai aku belanja sup kepala ikan Pok Mat Pulau Pisang. 😋
Fatimah Ali
Proud for being bini ore Klate

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej