Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, April 29, 2019

Salahkah Zamri Vinoth Mengatakan Siva Lingam Itu Kemaluan Siva?

Salahkah Zamri Vinoth Mengatakan Siva Lingam Itu Kemaluan Siva?
Semalam Bro Zamri dipanggil polis untuk siasatan kes yang mendakwa beliau menghina agama Hindu. Beliau sebenarnya menceritakan pengalaman penghijrahan beliau dan apa yang beliau fikirkan sepanjang dalam mencari kebenaran. Selain itu terdapat satu point yang dianggap Bro Zamri menghina agama Hindu adalah ketika beliau menjawab salah faham Hindu yang mendakwa di dalam Kaabah terdapat Siva Lingam. Beliau mengatakan maksud Lingam yang disebut oleh kamus adalah kemaluan (phallus). Lalu maksud itu dianggap menghina agama Hindu dan laporan polis dibuat ke atasnya.
Sebenarnya saya menemui versi cerita berkenaan dakwaan ini di dalam Ensiklopedi Hindu di dalam bahagian perkataan 'Lingam' pada halaman 254. Buku ini ditulis oleh 5 sarjana Hindu iaitu:
Prof Dr I Made Titib
Prof Dr I Wayan Jendra
Drs I Ketut Wiana
Drs I Ketut Donder
Drs I Nyoman Ananda
Adakah sarjana Hindu yang menulis Ensiklopedi Hindu yang mengatakan hal yang sama ini boleh dipertikaikan 'kehinduanya' dan adakah mereka menghina agama mereka sendiri dengan membawa cerita ini?
Malah seorang tokoh Hindu bernama Swami Balendu menulis artikel bertajuk “Shiva Lingam - How the Worship of a Penis started in Hinduism” : http://www.jaisiyaram.com/…/18894-shiva-lingam-how-the-wors…
Adakah tindakan Swami Balendu menceritakan hal ini bermaksud menghina agamanya sendiri?
Mungkin hal ini menarik dibincangkan kerana ada sebahagian orang Hindu menganggap orang Islam menyembah Siva Lingam di Kaabah. Pada posting yang lepas saya ada mengulas dakwaan seorang Hindu yang mengatakan batu Hajarul Aswad di Kaabah itu adalah Siva Lingam:
https://www.facebook.com/1825017094438836/posts/2297862457154295/
P/s. Saya mohon agar tidak ada sebarang komen mencarut atau memaki hamun di sini. Jika tidak saya akan block serta merta.
Credit to: Ahmad Iqram Mohamad Noor

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej