Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 6, 2019

Sekarang baru kamu faham kenapa Tok Guru sedia pertahankan Mahadir kalau ada pihak sekutu nak jatuhkannya

Alhamdulillah,
Sekarang baru kamu faham kenapa Tok Guru sedia pertahankan Mahadir kalau ada pihak sekutu nak jatuhkannya. (Banyak lagi kita kena belajar dalam memahami politik ni, contohnya seperti Fiqh muazanah, Fiqh biah, Fiqh waki', fiqh hukumiah dan sebagainya...
Tok Guru bukan berpolitik dengan nafsu dan berguru dengan fb dan sebagainya, tapi dengan ilmu siasah syariah, itu bidang kepakarannya disamping ilmu ilmu agama yg lain
Pendedahan MENGEJUTKAN Tun Dr Mahathir; Ada K0MPL0T Singkir PM Melalui Move STATUT ROM
Saifudin abdullah ????
SIAPA MAHU SINGKIR TUN DR MAHATHIR MELALUI ISU STATUT ROM?
Agak mengejutkan bila menonton sepenuhnya rakaman sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengumumkan penarikan diri Malaysia dari Statut Rom tadi.
Ini kerana, bila ditanya mengapa beliau kedengaran marah, Tun Dr Mahathir menyebut betapa isu Statut Rom ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menghitamkan muka beliau kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat menyingkirkan beliau dengan mudah.
Keadaan ini dikatakan menyebabkan pihak tertentu ini membuat cubaan untuk mendorong Raja-Raja terlibat (dalam isu Statut Rom) supaya mereka mendapat kekuatan, malah membuat cubaan untuk mendorong Raja-Raja menandatangani sesuatu terhadap beliau.
Kepada pertanyaan mengapa agak terlalu cepat dan mudah kerajaan menukar keputusan ini pula, Tun Dr Mahathir menyebut beliau dapat maklumat tentang usaha ini, usaha untuk melibatkan Raja-Raja supaya menentang kerajaan, khususnya menentang Perdana Menteri.
Soalan yang tentunya sangat menarik adalah siapa agaknya pihak tertentu yang dikatakan cuba menggunakan Raja-Raja melalui isu Statut Rom untuk menyingkirkan beliau ini.
Dan tentunya soalan apakah pihak tertentu ini adalah merujuk kepada orang dalam atau orang luar.
PETIKAN SIDANG MEDIA TUN DR MAHATHIR:
Soalan wartawan:
“You sounded very angry and very upset that this decision has to be made, why are you very upset?”
(“Anda kedengaran sangat marah dan sangat kecewa bahawa keputusan ini perlu dibuat, mengapa anda sangat kecewa?”)
Jawapan Tun Dr Mahathir:
“Because I see this as a way to blacken my face, because they know that they cannot oust me very easily, so they have to paint a black picture of me. This is like old time, you know, when I was called Maha Zalim, Maha Dead, but now they accept me as their leader, you know, because in politics that happens, but I find that this particular attempt to get the Rulers involved so that they can get leverage, and even trying to get the Rulers to sign something or others against me, that I think I will have to tell them in their faces, through you (reporter) of course, that they are not going to do it.”
(“Sebab saya melihat ini adalah satu cara untuk menghitamkan muka saya, sebab mereka tahu bahawa mereka tidak dapat menyingkirkan saya dengan mudah, jadi mereka terpaksa mengecat hitam muka saya. Ini adalah seperti masa dulu, bila saya dipanggil Maha Zalim, Maha Dead, tetapi kini mereka menerima saya sebagai pemimpin mereka, sebab dalam politik ini berlaku, tetapi saya dapati bahawa cubaan untuk mendorong Raja-Raja terlibat supaya mereka mendapat kekuatan, malah cubaan untuk mendorong Raja-Raja menandatangani sesuatu terhadap saya, ini saya fikir saya terpaksa beritahu mereka atas muka mereka, tentunya melalui kamu (wartawan), bahawa mereka tidak akan mencapainya...”)
Soalan wartawan:
“Boleh dikatakan agak terlalu cepat dan mudah kerajaan menukar keputusan ini, kenapa, saya rasa dalam masa tiga minggu tekanan tak berapa sangat?”
Jawapan Tun Dr Mahathir:
“Kita dapat maklumat tentang usaha ini, usaha untuk melibatkan Raja-Raja supaya menentang kerajaan, khususnya menentang Perdana Menteri…”
c&p

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej