Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 18, 2019

DOKTRIN 'MATI KETIKA MESYUARAT PAS LEBH MULIA'

Dr Tanaka Mustafa
4 hrs
DOKTRIN 'MATI KETIKA MESYUARAT PAS LEBH MULIA'
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Katanya ada doktrin PAS mengatakan "mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia berbanding mati dalam solat".
2) Yang saya tahu, tak ada pun doktrin sedemikian. Kalau disebut DOKTRIN, ia pasti sesuatu yang mainstream dalam PAS. Mainstream ni bermaksud, bukan saja dalam cheramah dan usrah, bahkan orang-orang PAS akan mengamalkannya, yakni takkan pernah miss mesyuarat.
3) Hal yang berlaku, adalah sebaliknya. Orang-orang PAS, terutama di peringkat UPU, cawangan dan sebahagian Kawasan, memang liat nak mampos kalau diajak mesyuarat. Doktrin apa benda macam tu.
4) Bahkan orang-orang PAS boleh dikatakan majoriti memenuhi hampir semua masjid dan surau. Buat apa pergi masjid dan surau kalau orang PAS pakai doktrin mati dalam mesyuarat PAS lebih mulia, kan?
5) Kalau ada satu dua penceramah atau usrah duk buat kelaku ajaran overclaim tu, itu bukan doktrin. Itu salah individu, salah pembawaan. Ka definisi doktrin tu lagu mana?
6) Kalau jadi doktrin pun, saya rasa orang PAS pun tak akan perchaya doktrin yang overclaim. Yang akan perchaya tentang doktrin tu adalah orang yang acah-acah nak lawan doktrin tu lah. Kalau dia tak perchaya doktrin itu ada dalam PAS, camna dia nak lawan, kan? Orang PAS buat tak tau saja, sebab tak tau pun ada doktrin tu.
K. Bye

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej