Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, July 21, 2019

Terbaca poster seorang anak almarhum Presiden PAS









Hasnan Hasan
Terbaca poster seorang anak almarhum Presiden PAS. Katanya politik bukan perkara usul dan tak boleh diletakkan dalam kerangka akidah.
Sebenarnya tak tepat kata begitu. Almarhum ayahandanya sendiri, Ustaz Fadzil Noor pernah menulis sebuah buku bertajuk "Aqidah dan Perjuangan". Buku ini ditulis bersama dengan Timbalannya ketika itu, TG Haji Abdul Hadi Awang
Dalam buku ini, almarhum menggariskan kepentingan politik dalam kerangka akidah. Politik yang tidak berakidah akan menyebabkan matlamat perjuangannya menjadi tidak jelas, mengurangkan keikhlasan, mencampur aduk Islam dan jahiliah sehingga akhirnya tunduk kepada kehendak golongan yang tidak suka kepada syariat Islam.
Macam sekarang lah. Apabila sebuah parti yang mengaku 'Islam' meletakkan politik diluar spektrum akidah, akhirnya mereka mula menjauhkan diri daripada memperkasakan undang2 Islam (cth RUU355), mencampur aduk agenda LGBT / libertarian di dalam istilah maqasid syariah dan tunduk kepada kehendak parti-parti yang lebih besar dengan bersikap apologetik apabila melibatkan kepentingan bangsa dan umat Islam.
Apa yang ditulis almarhum, sedang berlaku hari ini. Perlahan-lahan.
Saya sarankan Amanah tak payahlah gatal sangat kalau nak buat program memakai nama Almarhum. Almarhum seorang yang sangat keras dalam isu akidah. Almarhum seorang yang sangat tegas dalam isu keistimewaan Melayu Bumiputera.
Kalau nak banding keras dan ekstremnya beliau dahulu, jauh sangat kerasnya berbanding PAS zaman kepimpinan TG Haji Hadi.
Zaman TGHH, PAS putus dengan DAP dalam muktamar. Zaman UFN, PAS putus dengan DAP dalam meeting je sedara.
Akidah punya pasal
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej