Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, August 16, 2019

wajib pertahankan zakir naik walaupun di wahabi

Angah SunanFollow
Oleh kerana Malaysia sebagai pelindung kepada Dr Zakir Naik, adalah di cadangkan DZN mengambil peluang belajar pengajian Islam berdasarkan kerangka Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan fiqh Mazhab Muktabar secara talaqqi dan intensif sejajar dengan peruntukan negeri-negeri di Malaysia yang berakidahkan aliran Asyairah dan berfiqh mazhab Syafie.
Kerajaan boleh kenakan syarat kepada beliau sebagai syarat untuk menetap di sini. Di Malaysia ramai yang para ilmuan yang boleh dirujuk. Siapa tahu, dengan kekuatan IQ dan memori DZN, beliau menjadi asset yang besar Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Sungguh kepakaran knowledge perbandingan agama DZN apabila disempurnakan dengan pengajian akidah yang betul, beliau akan jadi permata yang lebih terbilang.
Dan beliau seorang muslim yang kita wajib pertahankan. Menghantarnya pulang lebih mudarat dan pada masa yang sama kita tawarkan tempat tinggal di Malayisa dengan syarat-syarat tersebut. Persaudaraan Agama lebih tinggi dari apa jua hubungan walau ada faham berlainan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej