Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, July 25, 2015

Agama terdiri daripada tiga perkara. 

Pertama iman( usuluddin), kedua islam dan ketiga Ihsan (tasawwuf). 

Ini difahami daripada hadith Jibril yang panjang itu. Seseorang mukallaf yang tidak ada iman, tidak sah agamanya. Maka tatkala itu, islam dan ihsannya tidak berguna baginya. 

Seseorang yang ada imannya dan islamnya tiada ihsannya, maka tidak sempurna agamanya dan dia tidak dijamin akan terus ke syurga kerana hatinya berpenyakit seperti riya' dan takabbur(untuk mengubatinya hendaklah mempelajari ilmu ihsan). Ketiga-tiga ilmu ini(iman,islam dan ihsan) sudah wujud di zaman Nabi kerana ia adalah agama yang diajar oleh Nabi Muhammad kepada sahabatnya dan sahabatnya mengajar pula kepada para tabi'ein dan tabi'en menyampai pula kepada orang-orang yang kemudian sehinggalah sampai kepada kita. 

 Kemudian Allah Taala telah mentaqdirkan ilmu iman ini disusun, dibukukan dan diletakkannya di suatu tempat khusus supaya mudah dipetik oleh orang-orang yang kemudian. Ulama yang mentadwinkan ilmu ini ialah Abu Hasan al-Asyaari, lalu dibangsakan kepadanya. 

Akhirnya timbul beberapa nama bagi ilmu ini. Antaranya ialah ilmu tauhid, usuluddin, ilmu kalam dan sifat 20. Tauhid menurut bahasa ialah mengi'tiqadkan sesuatu itu satu. Dalam ini dibicarakan sifat wahdaniyyah. Iaitu Allah Taala Esa pada zat, Esa pada sifat dan Esa pada perbuatannya. Lalu ilmu ini dinamakan ilmu Tauhid yang merangkumi pembicaraannya akan sifat 20 atau 13. Dinamakan ilmu Kalam pula disebabkan oleh kesukarannya dalam perbicaraan sifat kalam sehingga berlaku fitnah yang besar pada zaman khalifah dikuasai oleh pemerintah yang berfahaman mu'tazilah. Rakyat-rakyatnya yang tidak mengikut fahaman ini akan diseksa. 

Imam Ahmad Bin Hanbal tidak terlepas daripada fitnah yang dahsyat ini. Itulah sejarah yang mesti diambil pangajarannya oleh setiap mereka yang inginkan keamanan dan keharmonian. Namun orang yang membawa kebatilan tetap ada. Begitulah juga orang yang akan membasmi akan kebatilan itu. Hal ini akan berterusan sehinggalah berlaku hari qiamat sebagaimana yang disebut oleh hadith Nabi. Semenjak dua tiga hari ini, nampaknya fitnah sifat kalam berulang kembali. Sejarah lampau seolah-seolah tidak diendahkan. 

Walaupun ia mumkin tidak sedahsyat fitnah pada zaman Imam Ahmad Bin Hanbal. Namun fitnah ini wajib dihapuskan!! Ulama dahulu yang bertaraf Muhaqqiq dan Mudaqqiq disesatkannya dan dituduh sebagai muqallid. Mereka mentohmahkannya dengan menyeleweng daripada ahli sunnah. Subhanallah!!! Mereka seoalah-olah tidak mengetahui pengertian tahqiq wal tadqiq. Kata-kata mereka menunjukkan bahawa mereka tidak memahami pegangan ahlu sunnah mengenai sifat kalam. 

Merekalah yang bercelaru dengan istilah yang dibawa oleh ulama-ulama usuluddin. Sekejap mereka bertemu dengan kalam nafsi, sekejap mereka bertemu dengan kalam nafsani, sekejap mereka bertemu dengan kalam masdari, sekejap mereka bertemu dengan kalam "kalimat nafsiyaah", dan "alfaz mukhayyalah", "wujud al-ilmiyy" dan "hadith nafsi". Ini lah yang membutakan mereka. Mereka mencari-cari dimana kalam nafsani? Mereka merujuk kitab-kitab falsafah yang diharamkan oleh ulama untuk dirujuk kecuali mereka yang mempunyai ilmu yang kejap. 

Akhirnya mereka meraba-raba disebabkan tiada guru mursyid yang memandunya dan tiada alat untuk perkakas untuk mengetuk batu-batu yang keras. Maka terjumpalah apa yang dikatakan emas pada sangkaan mereka, walhal hanyalah batu-batu kelikir yang keras membatu. 

 Justeru itu, dipohonkan kepada tok-tok guru dan asatizah yang mahir dalam pembicaraan sifat kalam supaya tampil memberi pencerahan kepada pengarangnya supaya dia dapat membezakan antara batu dan emas. Sekirannya dia kembali kepada kebenaran, maka sama-sama kita ucapkan kepujian kepada Allah. Sekiranya dia masih lagi berkeras( والعياذ بالله) dan menyesatkan dan menyakiti ulama mu'tabar, maka berikanlah kepadanya sepotong hadith qudsi yang memberi amaran kepada sesiapa yang memerangi wali Allah





http://pusakamoyang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej