Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, July 29, 2015

Raja Petra Dedahkan Inilah Cara Yang Digunakan Anwar Ibrahim Gulingkan Hadi Awang


Raja Petra Dedahkan Inilah Cara Yang Digunakan Anwar Ibrahim Gulingkan Hadi Awang

Sekarang ini mereka menjelajah serata negara berkempen untuk menggulingkan Hadi dengan alasan Hadi telah mengkhianati Pakatan Rakyat dengan cuba berunding dengan Umno sedangkan ia sebaliknya: Hadi lah yang memastikan ia tidak berlaku.”

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

“Saya mengutuk segala usaha untuk mengaibkan dan menganiaya saya, yang masih berterusan, walaupun saya telah dipenjarakan,” kata Nurul Izzah Anwar dalam Parlimen hari ini yang menyampaikan ucapan bagi pihak ayahnya.

Nah, itulah dia. Anwar Ibrahim berang yang beliau telah dianiaya. Sekarang, rujuk berita berikut daripada Harakah, yang memetik kata-kata Anwar dalam satu sidang akhbar pada Januari 2014 atau 14 bulan lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut, yang telah diadakan sebulan selepas perbincangan Kerajaan Perpaduan anjuran Anwar di London, Anwar menggesa supaya rancangan itu disegerakan agar Konsensus Nasional dapat dicapai.

Sebenarnya, bukan sahaja Anwar yang menganjurkan perjumpaan Kerajaan Perpaduan di London, malah Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga telah enggan hadir walaupun beliau berada di London ketika itu.

Sekarang ini mereka menjelajah serata negara berkempen untuk menggulingkan Hadi dengan alasan Hadi telah mengkhianati Pakatan Rakyat dengan cuba berunding dengan Umno sedangkan ia sebaliknya: Hadi lah yang memastikan ia tidak berlaku.

Dan penyokong-penyokong DAP sedang mendesak apa yang dipanggil pemimpin dan ahli PAS yang ‘sederhana’ supaya meninggalkan parti itu dan menyertai PASMA sebagai ‘PAS Baru’ rakan kongsi Pakatan Rakyat kerana ‘PAS Lama’ di bawah Hadi kononnya akan menyertai Umno di dalam Barisan Nasional.

Dan disini kita ada Anwar melaungkan yang beliau dianiaya. Hebatnya bersandiwara!

Pakatan gesa Konsensus Nasional diadakan segera

(Harakah, 30 Januari 2014) – Konsensus Nasional antara Pakatan Rakyat dan kerajaan bagi membincangkan soal keselamatan serta masalah rakyat perlu disegerakan.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu konsensus itu merupakan langkah terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlaku terutama membabitkan ketegangan kaum.

“Pakatan Rakyat masih lagi dengan pendirian agar Konsensus Nasional dalam membincangkan perkara-perkara membabitkan soal keselamatan dan masalah rakyat perlu disegerakan.

“Majlis Pakatan memandang ia suatu perkara yang serius dan perlu perbincangan segera kerana kita tidak tahu apa yang berlaku sekarang ini terutama membabitkan soal perkauman terus berpanjangan,” jelasnya.

Katanya, perbincangan di dalam konsensus perlu meliputi semua perkara terutamanya membabitkan rakyat dan bukannya kepada isu membabitkan kalimah Allah dan Bible.

Anwar menambah, Pakatan Rakyat tidak menetapkan tempoh dan masa dialog tersebut dan sedia bertemu pada bila-bila masa, agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut menyambut baik konsensus tersebut berharap kerajaan perlu menyegerakannya agar rakyat berada dalam keadaan aman.

Kata beliau, senario yang berlaku di Pulau Pinang telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan.

“Kita hendak selesai isu perkauman serta semakin hari semakin menjadi-jadi. Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang sehingga sekarang belum ada penyelesaian.

“Kita ingin redakan perasaan takut rakyat atas apa yang berlaku sekarang ini, konsensus ini perlu disegerakan, penyelesaian perlu dicari,” jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

sumber :

Read more: http://www.puteraizman.com/2015/03/raja-petra-dedahkan-inilah-cara-yang.html#ixzz3hFoUNfZG

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204771961279505&set=a.1588355909433.2075169.1251877796&type=1&ref=notif&notif_t=like

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej