Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, July 28, 2015

Datuk Mohd Amar Abdullah menyelar tindakan pemimpin Harapan Baru yang mendakwa barisan kepemimpinan baharu

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyelar tindakan pemimpin Harapan Baru yang mendakwa barisan kepemimpinan baharu Pas yang dipilih pada Muktamar Pas ke-61 lalu gagal mengukuhkan perpaduan dalam parti Islam itu.
Mohd Amar juga mempersoalkan ‘siapakah’ sebenarnya yang memulakan langkah untuk menubuhkan parti baharu, termasuklah mengadakan jelajah mengkritik dan menyerang pemimpin dan parti sendiri selepas muktamar tersebut.
“Adakah itu cara sebenarnya untuk mengukuhkan perpaduan?’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa barisan kepimpinan baharu Pas yang dipilih pada muktamar lalu gagal mengukuhkan perpaduan dalam parti.
Khalid yang juga bekas pemimpin kanan Pas mendakwa, jika Pas masih berpegang kepada asas perjuangan yang diletakkan oleh kepimpinan lama parti, usaha untuk menjatuhkan Umno dan BN dalam pilihan raya sepatutnya dijadikan keutamaan.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff ketika diminta mengulas isu sama berkata, usaha memupuk perpaduan dalam parti selepas berakhirnya pemilihan tidak boleh diletakkan di atas bahu pucuk pimpinan yang menang semata-mata.
Menurutnya, selaku pemenang, mereka yang berkuasa sekarang berhak melantik sesiapa sahaja ke dalam jawatan lantikan parti dan ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.
“Disebabkan pemilihan Pas baru-baru ini melibatkan tentangan dalam pendekatan berpolitik, maka sudah tentu pihak yang menang akan mengutamakan mereka yang berkongsi pendekatan berpolitik sama untuk mengisi jawatan lantikan.
“Apatah lagi kerana terlalu ramai bekas pemimpin Pas yang mengalami kekalahan, maka adalah mustahil untuk pemimpin Pas sekarang melantik kesemua mereka untuk jawatan lantikan yang bilangannya cukup terhad,” katanya.
Dr Kamarul berkata, punca utama perpecahan dalam Pas sekarang ialah kerana pihak yang kalah hingga sekarang enggan menerima hakikat kekalahan berikutan merasakan mereka lebih baik daripada pihak yang menang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej