MAHATHIR SUDAH KENA PANCUNG OLEH DR ZUHDI
Bagi Dr Zuhdi, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), sekiranya parlimen tergantung kerana tiada satu blok pun mendapat majoriti mudah dalam PRU14 nanti, PAS hanya ada dua pilihan. Sama ada PAS menjadi kerajaan dengan BN atau PAS rela kekal sebagai pembangkang meskipun rakan gabungan BN nanti ialah PH.
Kenyataan Dr Zuhdi itu jelas melepaskan tetakan di tengkuk Mahathir. Sebelumnya badut tua itu sengaja menghulurkan batang leher untuk dipancung apabila menyindir PAS.PAS dikatakan berangan-angan Mat Jenin apabila hanya mensasarkan 40 kerusi.
Pancungan Dr Zuhdi secara automatik juga terkena batang tengkuk PH. Sedang darah bersembur di urat merih, PH sudah nampak Mahathir yang sedang ‘memandang’ - menjadi Mat Jenin yang jatuh dengan pelepah kelapa kering.
Maka pemuka-pemuka PH yang rasa selamat mula create angan-angan baru untuk jadi menteri dengan melompat parti biarpun terpaksa bayar RM20 juta. Apa masalah dengan RM20 juta kalau tawaran jauh lebih lumayan dari itu. Kalau beruk-beruk di Perak dan di Selangor pandai melompat, apa salahnya untuk diturut. Sumpah dan bai’ah lagi berani dilanggar, takkan janji dengan manusia tak tega dirempuh.
Juga jangan diherankan jika PH secara en bloc berUG dengan BN? Tiada terminologi ‘malu’ bagi bangsat politik. Alergik boleh berkalih paih . Similenya, macam Nurul Izzah yang alergik dengan Mahafiraun. Hari ini jadi parut luka kecil saja. Yang berdosa besar kalau berUG hanyalah PAS. Pemuka-pemuka PH yang suci-suci dan murni-murni maksum belaka. Amat tidak mustahil apabila kulit muka sudah ditampal dengan kulit khinzir.
Apa saja boleh berlaku selepas PRU nanti.Khinzir pun khinzirlah. Asal jangan dikatakan babi. Rakyat dan pengikut hendak maki-hamun apa peduli.
BDA
26/1/2018
26/1/2018
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej