Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, January 30, 2018

Sabotaj Dalaman Pro DAP Supaya Kepimpinan PAS Baharu Lemah ?

Sabotaj Dalaman Pro DAP Supaya Kepimpinan PAS Baharu Lemah ?


AIDCNews – 9/6/15 – Ia dimulai dengan ucapan Mohamad Sabu pada Sabtu dalam Muktamar PAS dengan pidato yang sinis dan tajam menyindir kepimpinan ulama.
Bahkan perletakan jawatan Mohamad Sabu yang lebih dikenali Mat Sabu seolah-olah seperti bersyarat di mana orang lain juga harus mengikuti terutamanya di Selangor.
“Lawan kita UMNO/BN. DAP tu jangan bimbang, dia kecil je. Kita lutut dia, kita siku dia, dia jatuh kita karate dia.
“(kemudian) Kita baca tahlil untuk dia. Sebab tahun lepas kita baca doa laknat. Tahun ini kita baca doa arwah. Sebab parti itu (DAP) tak berguna kepada kita.
“Daripada usul ulama yang diluluskan tanpa bahas. Ertinya usul telah putuslah dengan DAP. Oleh itu memenuhi hasrat usul itu, saya memulakan terhadap diri saya, minggu ini, saya akan letaklah jawatan-jawatan saya di Pulau Pinang, iaitu Lembaga Pengarah (Bekalan) Air dan Lembaga Halal Hub.
“Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi ulama. Tak patutlah lawan ulama. Maka, saya mulakan dengan diri saya (dan boleh) diikuti rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan Selangor. Jangan bimbang, Kita (PAS) akan kuat bila kita berseorangan,”kata Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Mat Sabu mengambil kesempatan berucap kali terakhir di Muktamar PAS ke-61 sehari selepas mengetahui beliau tewas Timbalan Presiden PAS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej