Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, April 3, 2018

Apa dah jadi dengan Ustazah Hamidah


BABI PANGGANG ADALAH KERJA NAIF DAN BODOH
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Tersebar gambar Abg Mat Sabu dan Mukhriz makan di meja yang ada 'babi panggang' sepmena sambutan CNY. Asal usul gambar ini diketahui berasal dari post akaun FB Ustazah Hamidah.
2) Fake FB Ustazah Hamidah bukan sekali dua membuat posting bangang yang cuba menggambarkan seolah-olah 'Ustazah Hamidah' itu adalah orang PAS sangat totok. Dan posting yang dibikin semuanya bersifat back-fire kepada PAS kononnya.
3) PAS berkali-kali menafikan FB Ustazah Hamidah adalah fake akaun yang tidak ada kena mengena dengan PAS. Bahkan semua orang boleh tahu memang akaun Ustazah Hamidah dibikin khas untuk merosakkan imej PAS.
4) Malah posting 'babi panggang' sengaja dibuat dengan gaya editing yang noob, supaya orang mudah nampak bahawa itu adalah gambar super impose. Mesejnya adalah untuk menggambarkan orang PAS jahat suka impose gambar buat fitnah kepada pemimpin PH.
5) Kenapa FB Ustazah Hamidah terus juga aktif walaupun orang ramai sudah tahu ia adalah fake akaun dan muslihat jahat untuk burukkan PAS? Ya, tidak lain tidak bukan kerana semestinya akan ada ramai orang yang akan terus telan bulat-bulan tanpa menyelidik. Pendek kata, si bodoh ada di mana-mana.
6) Fitnah dimulakan oleh orang hasad. Dipanjangkan oleh orang naif. Ditelan bulat-bulat oleh orang bodoh. Dalam isu FB Fake Ustazah Hamidah, gelagat si naif dan si bodoh boleh dikatakan berlambak-lambak. Yakni menyebar tanpa usul periksa, dan mempercayai tanpa berfikir dua kali.
7) Pihak mana si naif, dan pihak mana si bodoh? Saya nyatakan, si naif dan si bodoh ada dalam semua pihak. Dalam pihak PAS sendiri ada si naif - semata-mata mahu memburukkan PH dan Amanah, maka mereka sebarkan gambar 'babi panggang' tersebut dengan caption yang menghina Abg Mat Sabu dan Mukhriz. Si bodoh dalam PAS pula mempercayai dan memberi komen mengutuk.
8 ) Si naif dalam PH pula menyebar gambar 'babi panggang' dengan caption memburukkan PAS, dengan mengatakan fitnah itu di buat oleh orang PAS dengan kesimpulan PAS jahat, buruk dan bertaraf syaitan. Si bodoh PH pula terus mengutuk orang-orang PAS dan siap mendoakan kecelakaan kepada orang PAS.
9) Walhal, asal usulnya adalah FB Ustazah Hamidah yang entah siapa adminnya - si hasad yang konon bergerak atas nama tipu muslihat dalam peperangan. Kemungkinan Ustazah Hamidah itu datang dari salah satu daripada tiga pihak.
10) Pertama mungkin betul dari pihak PAS sendiri yang mencipta Ustazah Hamidah. Konon mahu bikin reverse backfire - mahu orang anggap orang PH yang sebenarnya mencipta akaun Ustazah Hamidah.
11) Kedua mungkin ia dari pihak PH sendiri yang cuba memburukkan PAS secara backfire. Dan yang ketiga, ia mungkin dari pihak BN, yang mahu menyibukkan PAS vs PH.
12) Apapun kebangangan yang ditunjukkan, usahlah jadi naif dan bodoh dalam apa jua keadaan. Biarkan si hasad mereput sendiri.
Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej