Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, April 3, 2018

APABILA USTAZ MENJADI WALAUN DAN DAP-PHOBIA


APABILA USTAZ MENJADI WALAUN DAN DAP-PHOBIA
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ustaz Zamri, terkenal dengan program Mari Mengaji TV9 - yang kemudiannya dipercayai dimansuhkan rancangan tersebut selepas gambar beliau menyertai himpunan Bersih menjadi tular. Semua orang pembangkang membela beliau sebagai seorang hero sehingga tertubuh beberapa facebook fan page menyatakan solidariti kepada beliau.
2) Namun hari ini beliau memilih untuk tidak bersama dengan mainstream Bersih dan Pakatan Harapan, serta memilih untuk istiqamah bersama PAS, seterusnya menjadi walaun apabila terkena demam DAP-phobia. Sindrom semua salah DAP, semua tunduk kepada DAP.
3) Apabila sudah menjadi walaun, maka ilmu beliau dan kebolehan beliau tidak lagi disanjung mahupun diambil manfaat oleh para pembenci PAS. Label walaun sudah cukup untuk menjatuhkan martabat seorang ustaz pada kaca mata pro-Pakatan Harapan.
4) Jika ada seorang yang bodoh dan benak menyokong Pakatan Harapan, dia adalah lebih cerdik dan lebih mulia berbanding ustaz yang berilmu dan berwatak baik - yang telah dilabel sebagai walaun. Justeru itu kata-kata Ustaz Zamri dalam video anti-DAP ini adalah kata-kata yang rasis dan dijangkiti DAP-phobia, dan bertaraf walaun.
5) Untuk tidak menjadi DAP-phobia, ustaz mestilah memuji DAP, membela DAP apabila diburukkan, mestilah cenderung kepada rahmatan lil-alamin yang berlunak kepada DAP dan seumpamanya. Untuk tidak menjadi walaun, ustaz mestilah mengutuk PAS, kondem para pemimpin PAS, sindir pemimpin PAS dan sebarkan propaganda UG PAS-UMNO.
6) Contoh yang diberi, kes Indira Gandhi dimanipulasi sebagai kes Natrah berulang adalah satu propaganda PAS untuk menakut-nakutkan umat Islam daripada menyokong DAP dan PH. PAS sedang manipulasi sentimen agama Islam untuk mencari pengaruh. Sedangkan kami PH hanya memanipulasi sentimen anti-Islam dan anti-Islamis untuk menang.
7) Tahukah Ustaz, dunia hari ini sudah berubah. Orang sudah cherdik pandai untuk menilai darjat seorang ilmuan, ulamak, ataupun walaun. Kami tidak perlu menuntut ilmu lama-lama untuk pandai. Zaman canggih seperti hari ini, kami hanya perlu kepada facebook, google dan Malaysiakini untuk kenal siapa ulamak, siapa walaun.
Sekian.
p/s: Marah marah marah! Bwahahaha...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej