Mat Sabu Larang PAN Pentingkan Agama Islam Dalam Parti
06/04/17 – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu melarang partinya daripada mengikut perangai PAS yang mementingkan agama Islam dalam prinsip perjuangan partinya.
Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan sapaan Mat Sabu memberi amaran agar anggotanya menjauhkan diri dari sikap feudalisme dan melarang daripada terus mengutamakan kepentingan umat Islam.
Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan sapaan Mat Sabu memberi amaran agar anggotanya menjauhkan diri dari sikap feudalisme dan melarang daripada terus mengutamakan kepentingan umat Islam.
Adakah larangan Mat Sabu itu bermakna bahawa dirinya tidak membenarkan jika ahlinya lebih mementingkan agama Islam dan memberi keutamaan kepada agama rasmi kebangsaan lebih daripada agama lain?
Menurut Mat Sabu, PAN tidak perlu menjadi sebuah parti yang statik dan sentiasa mengikut perkembangan semasa. Malah PAN juga tidak perlu mengikut corak parti Islam PAS yang sentiasa mengutamakan agama Islam lebih dari segalanya.
Eshhhhh…, Nampak macam Mat Sabu ni mahu mengetepikan agama Islam dalam perjuangan politiknya. Ini menunjukkan bahawa virus anti-Islam DAP telah meresap masuk ke dalam diri Mat Sabu.
Eshhhhh…, Nampak macam Mat Sabu ni mahu mengetepikan agama Islam dalam perjuangan politiknya. Ini menunjukkan bahawa virus anti-Islam DAP telah meresap masuk ke dalam diri Mat Sabu.
Tindakan Mat Sabu ini tidak ubah seperti usaha DAP yang mahu mematahkan perjuangan agama Islam dalam parti politik. Malah Mat Sabu juga dilihat seperti enggan untuk membenarkan pengaruh agama Islam berkembang dikalangan anggota parti sendiri.
Perkara ini amat menyedihkan serta membuktikan bahawa selama ini Mat Sabu gagal untuk mempertahankan agama sendiri serta tidak rela untuk memperluaskan ilmu agama Islam dikalangan masyarakat.
TiraGomez/UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej