Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, April 4, 2018

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951

AyobHussin Pulau Keramat shared Salman Al Farisy's post.
Just now ·

Salman Al Farisy
12 hrs ·

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.

Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).

Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian
Islam dalam struktur organisasinya.

Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab
melahirkan MATA (Majlis Agama
Tertinggi Se-Malaya) yang darinya
wujud Hizbul Muslimin di Gunung
Semanggol pada
14 Mac 1948.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej