Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, December 19, 2019

URUTAN ULAMA MENURUT SEORANG PENUNTUT ILMU


URUTAN ULAMA MENURUT SEORANG PENUNTUT ILMU

Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama ini ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui:

1) Nabi saw.
2) Ulama Mujtahid Mutlak di kalangan Sahabat Nabi seperti Ibn Abbas, Ibn Mas'ud ra. , Muaz bin Jabal ra. , ‘Aisyah r.ha. , Ibn Umar r.hum.
3) Ulama mujtahid mutlak di kalangan tabi'in (murid para sahabat nabi) seperti Imam Abu Hanifah r.ah (pengasas mazhab hanafi) dan Imam Malik bin anas r.ah (pengasas mazhab maliki).
4) Ulama Mujtahid mutlak dikalangan tabi' tabi'in (murid para tabi'in) seperti Imam Syafi'e r.a (pengasas mazhab syafi'e) dan Imam Ahmad bin hanbal r.a (pengasas mazhab Hanbali).
5) Ulama Mujtahid fil mazhab seperti Imam Nawawi dan Imam Rofie rah.him. untuk mazhab syafi'e, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad rah.him. untuk mazhab hanafi.
6) Ulama Mujtahid fil masail seperti Imam tohawi, Imam zufar rah.him. 7) Ulama Ashabut Takhrij seperti Imam Quduri rah. bagi mazhab hanafi.
8) Ulama Ashabut tarjih seperti Imam Ibnu Hajar Haitami, Imam Khatib Syarbini rah.him dan ramai lagi imam tarjih bagi mazhab syafie,dan imam sohibul kanz,musannif bahru roiq rah.him untuk mazhab hanafi.
9) Ulama Ashabut tamiz seperti musannif hidayah bagi mazhab hanafi,imam zainuddin malibari rah.him untuk mazhab syafie dan ramai lagi.
10) Mufti seperti Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir), Syeikh Ramadhan al-butti (Mufti syiria), Maulana Asyraf Ali Thanwi (Mufti India), Mufti Taqi Usmani (Mufti Pakistan), Maulana Zakariyya (pengarang kitab Fadhilat ‘Amal), Habib Umar (Darul Mustofa), Mufti Mahmudul Hassan Ganggohi (Mufti India), Mufti Maulana Hazeem dan Mufti Maulana Abd. Hamid Chin (kedua2nya guru di madrasah sri petaling), Mufti Radhaul Haq (bekas Mufti Pakistan dan kini menjabat jawatan ketua Mufti Afrika Selatan dan juga merupakan guru hadiTsku), Syeikh Nuruddin al-Banjari dan ramai lagi.
11) Maulana seperti ustaz azhar idrus, para ustaz yg sedang memberi penerangan dan tazkirah di media, masjid dan surau sekarang....
12) Penuntut penuntut ilmu agama seperti budak budak pondok dll
13) Orang awam seperti guru geografy, pilot, dokter, tukang repair laptop, tukang kebun, petani dan sebagainya. Hanya mujtahid mutlak sahaja yang layak menyatakan "pada pendapat saya" berkenaan quran dan hadits..
Ulama2 mujtahid yang lain di bawahnya pula layak berkata "pada pendapat saya" kepada al-quran dan hadis berdasarkan usul2 yang telah diberikan ulama mujtahid mutlak yang mereka pilih... Ulama2 ashab pulak layak berkata "pada pendapat saya" dalam memilih mana2 pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling sesuai dengan maslahat ummat dan dirajihkannya(dimenangkan) untuk menjadi qaul muktamad/fatwa terakhir dalam sesuatu mazhab. Sampai tahap ulama paling rendah dikalangan ulama besar iaitu ulama bertahap mufti, kerjanya ialah buka kitab, mengkaji dan mencari keputusan hukum yang telah dibincangkan oleh semua kumpulan ulama besar di atasnya yang dinamakan sebagai qaul mufta bih (pendapat yang dijadikan fatwa muktamad dalam sesuatu mazhab).
Jadi mufti tak layak berkata "pada pendapat saya" dalam masalah apapun, lebih - lebih lagi tentang Al quran dan hadits, sebab semua pendapat telah dibicarakan dan telah ada diputuskan oleh para ulama sebelumnya dari zaman ke zaman, mufti tinggal jadi juru bicara untuk sampaikan keputusan - keputusan para ulama terdahulu, dan juga berbincang dengan ilmu - ilmu usul ifta (ilmu keluarkan fatwa) untuk masalah - masalah baru/modern yang belum pernah ada sebelumnya seperti hukum merokok, hukum talak lewat sms dan lain -lain.
Di bawah derajat daripada mufti adalah Maulana yaitu ulama yang telah menguasai 15 cabang ilmu (nahwu, shorof, balaghah, mantik, bayan, maani, usul fiqh, aqaid, isytiqaq, badi', qiraat, sababun nuzul, nasikh mansukh, fiqh, hadis) untuk memahami sebuah kitab dan juga telah khatam kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang utama dalam islam secara bersanad dari syeikhul hadis yang muktabar (bukan belajar hadits dari buku saja seperti Albani dan murid-muridnya) dan juga menguasai ikhtilaf 4 mazhab...
Di bawah daripada derajat maulana ialah tholib ilm iaitu pelajar agama full time, di bawah pengawasan ulama muktabar yang sedang mempelajari 15 cabang ilmu tadi, ikhtilaf 4 mazhab dan belum khatam atau diberi ijazah sanad kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang sahih yang paling utama...
Di bawah daripada itu adalah orang - orang awam yang LANGSUNG tidak LAYAK untuk memberi komen/pendapat tentang HUKUM HAKAM AGAMA bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi pendapat dalam stiap hukum agama, yang halal bagi mereka hanyalah bertaqlid(mengikut) kepada para ulama, mendengar dan mengamalkan apa yang ulama sampaikan,dan mereka diperbolehkan/diharuskan untuk sampaikan ilmu itu kepada orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari lidah para ulama muktabar..contohnya jika ust azhar idrus atau ustaz don cakap arak itu haram..maka orang awam boleh untuk bagi tahu pada orang lain bahawa arak itu haram.. Sedang yang haram adalah orang awam menyatakan "pendapat sendiri" contohnya bila orang bertanya apa hukum pakai purdah? golongan jahil murokkab menjawab, " menurut pendapat saya, hukumnya tidak wajib sebab itu cuma adat orang arab saja".
Memberi jawaban seperti ini hukumnya haram dan dia bertangungjawab dipadang mahsyar nanti atas jawapan tidak berdalil seperti itu, bahkan dalam sebuah hadits, Nabi saw. menyatakan bahwa orang seperti itu SESAT dan menyesatkan orang lain.. Dari 10 golongan tadi, terpecahlah kepada 4 golongan manusia yitu:
1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalil ulama itu karena dia yakin ulama itu ada dalil yang dapat dipercayai.(Untuk orang awam dan tolib ilmu, tahap ke 12 dan 13)
2. Muttabi’ : iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadi pembela kepada mazhab ulamanya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan glongan sesat.(Untuk smua ulama ashab,mufti dan maulana,tahap 7,8,9,10,11)
3. Mujtahid: iaitu ulama (berkelayakan) yang bertanggungjawab untuk keluarkan hukum dan kelayakan. Mujtahid terendah ialah yang hafal 300 ribu hadis Nabi beserta sanadnya sampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamat pada zaman mutaqaddimin. (Untuk ulama mujtahid tahap 2,3,4,5,6)
4) Para Nabi as. : iaitu manusia terpilih yang mendapat ilmu terus dari Allah atau perantaraan Jibril as. Nabi tidak lagi wujud pada zaman ini hingga kiamat kerana Nabi Muhammad saw adalah Nabi yang terakhir. So, Masing – masing orang harus tahu diri lah , dia termasuk yang mana ! :
D Note : dalam ajaran Wahabi, mereka mencela dan mengharamkan semua muslim dari tergolong dalam golongan muqallid dan mewajibkan semua orang baik ulama atau orang awam untuk menjadi muttabi atau mujtahid,
Jadi sebab itu ramaaaaaaaaaaaai di kalangan pengikut ajaran Wahabi suka mengeluarkan pendapat sendiri selepas membaca terjemahan al Quran dan hadits dan amalkan apa yang mereka faham secara nafsu tanpa mengikuti para ulama muktabar, Jadi jangan heran kalau anda lihat ramai pengikut wahabi yang bukan ulama (seperti guru geografi,pilot,doktor perubatan,doktor falsafah), tapi berlagak seperti ulama besar dan mencela, membida’ah, menuduh bodoh, menuduh syirik kepada ulama muktabar bahkan mereka merasa kagum dengan diri sendiri dan menjadi pengarang2 buku agama tanpa tauliah atas alasan nabi dan ramai sahabat nabi cakap tentang hukum sedangkan mereka bukannya ulama tapi cuma pengembala kambing (dalil paling bodoh dalam dunia) ..
Mereka menolak fatwa2 ulama salafus soleh dan mereka tafsir sendiri Al Quran atau hadis atau pun mereka bertaqlid buta kepada ketua – ketua mereka,lalu mereka gelarkan diri mereka SALAFI..sedangkan salafi ni maksudnya pengikut ulama salafus soleh..
Wahabi pula, menolak ulama salafus soleh seperti imam 4 mazhab (bahkan ada wahabi ekstrim yang mengharamkan mengikut mazhab imam salafus soleh), kemudian mereka amal agama ikut nafsu,dan gelarkan diri sebagai salafi..

Undi PAS bukanlah tiket masuk Syurga Undi Parti Sekular bukanlah tiket masuk Neraka

Undi PAS bukanlah tiket masuk Syurga,
Tapi PAS mengajak kita supaya taat pada yang ESA...

Undi Parti Sekular bukanlah tiket masuk Neraka,
Tapi Parti Sekular mengajak kita berbuat maksiat dan DOSA...

Allah Janjikan Ta'at Dengan Syurga
Manakala Maksiat Dengan Neraka
Adakah Sama Antara Keduanya ?
Kekalkan Islam, Runtuhkan Jahiliyyah !!!

ubat dari alquran

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ 

ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ
أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬‌ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ
وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا
 لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

Tafsir Surat al-Baqarah ayat 8-20

Tafsir Surat al-Baqarah ayat 8-20

Kerana orang munafik itu tidak sehat keyakinannya, maka akhirnya pendiriannya tidak menentu, terombang-ambing ke sana dan ke mari. Perumpamaan orang munafik adalah seperti kambing yang bingung antara dua kambing, kadang-kadang tersesat ke sini dan kadang-kadang tersesat ke sana (Shahih Muslim). Sekalipun demikian, mereka tidak boleh diperlakukan sewenang-wenang dan tidak adil, sebab mereka masih dapat diharapkan kembali kepada kebenaran, insya Allah, dan dengan tegas Rasulullah melarang berbuat sewenang-wenang kepada mereka.


Diantara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian,” padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman (8).
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar (9).

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta (10).

Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.” (11)
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar (12).

Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu (13).

Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”, tetapi bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” (14)

Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka (15).

Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk (16).

Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (17).

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar) (18).

Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, Kerana (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati, dan Allah meliputi orang-orang yang kafir (19).

Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu (20). (Qs. al-Baqarah: 8-20)


Tafsir Mufradat
An-Nas: bentuk ism jama’, seperti “qaum”, dan bentuk mufrad (tunggal)-nya: insan, yang diambil dari lafal lain. Arti an-Nas: manusia. (Ibnu Manzur, di bawah kata anasa). Dalam al-Qur’an, kata tersebut diulang sebanyak 241 kali.

Al-Yaum al-akhir: hari akhir; hari akhir dimulai dari saat dikumpulkannya manusia di makhsyar (tempat dikumpulkannya manusia sesudah dibangkitkan) hingga waktu yang tidak terhingga, atau hingga ahli surga masuk dalam surga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka. (al-Maraghi, 1: 49). Dalam al-Qur’an, kata tersebut diulang sebanyak 141 kali, 58 diantaranya dihubungkan dengan kata “ad-Dunya” (dunia), untuk memberikan pengertian bahwa masalah ukhrawi (keakhiratan) tidak dapat dipisahkan dengan masalah duniawi (keduniaan).

Al-Qulub: bentuk jama’ dari “al-Qalb” (hati), pada ayat tersebut di atas, al-Qalb berarti akal.

Asy-Syaitan: al-Ba’id (yang jauh), disebut syaitan Kerana jauh dari kebenaran, jauh dari rahmat Allah. Kata tersebut berasal dari kata “syatana-yasytunu-syatnan” (jauh; menyimpang).

Pada ayat tersebut (15), asy-syaitan berarti penyebar fitnah, pembuat kerusakan, pembela kebathilan yang menghalang-halangi agar tidak mengikuti kebenaran, dengan cara menghembuskan keragu-raguan dan menanamkan permusuhan serta pertikaian dalam masyarakat. (Rasyid Rida, I: 163). Dalam al-Qur’an, kata tersebut diulang sebanyak 88 kali. 18 diantaranya dalam bentuk jama’.


Tafsir ayat

Menurut Ibnu ‘Abbas, ayat-ayat tentang orang-orang munafik diturunkan berkenaan dengan orang-orang munafik dari suku Khazraj dan suku Aus. (Ibnu Kasir, tafsir al-Qur’an al-‘Azim, I: 83). Orang yang paling terkenal dikalangan orang-orang munafik ialah ‘Abdullah bin Ubay bin Salul. (Al-Qasimiy, 1978, II:44).
Pada ayat sebelumnya (2-5), Allah telah menjelaskan sifat-sifat golongan mukminin, orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, yang mengikhlaskan (memurnikan) agamanya hanya untuk mencari keridaan Allah SWT, yang batinnya sama dengan perbuatan dan perkataannya. Kemudian pada ayat berikutnya, yaitu ayat 6-7, Allah menjelaskan sifat-sifat para orang kafir, yang menentang dan mengingkari ketauhidan Allah, baik lahir maupun batinnya. Kemudian pada ayat 8-20 Allah menjelaskan tingkah laku dan sifat-sifat golongan munafiqin, yaitu orang-orang yang menampakkan keimanan dan kebaikannya, tetapi merahasiakan kejahatannya. Menurut Ibnu Juraij, orang munafik ialah orang yang perkataannya tidak sama dengan perbuatannya, batinnya tidak sama dengan lahirnya. (Ibnu Katsir, 1966, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, I:83).

Sifat-sifat orang munafiq sebagian besar diterangkan dalam surat-surat madaniyah (surat yang diturunkan sesudah Nabi hijrah ke Madinah), sebab di Makkah, sebelum Nabi SAW hijrah ke Madinah, belum terdapat nifaq (kemunafikan), bahkan sebaliknya, sebagian orang menampakkan kekafirannya, dalam hatinya ia beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ibnu Katsir, dalam tafsirnya, mengatakan bahwa munculnya orang-orang munafik sesudah perang Badar Kubra, setelah orang-orang dari suku Khazraj dan suku Aus masuk Islam, yang kemudian terkenal dengan “golongan Anshar”. (Ibnu Katsir, 1966, I: 84).
Tujuan penjelasan tentang sifat-sifat orang-orang munafik pada ayat-ayat tersebut di atas, ialah agar orang-orang mukmin tidak terpedaya oleh mereka dan agar terhindar dari segala macam kerusakan. Sifat orang-orang munafik sebagaimana disebutkan pada ayat 8-20 surat al-Baqarah antara lain ialah: mengaku beriman, berusaha menipu Allah SWT, Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dengan cara berpura-pura beriman kepada Allah, berpura-pura cinta kepada Nabi, dan berpura-pura cinta kepada orang-orang mukmin, tetapi sebenarnya mereka mengingkari Allah dan Rasul-Nya dan memusuhi Allah, Rasul dan orang-orang mukmin. Pada ayat-ayat tersebut (8-9) memang tidak disebutkan penipuannya kepada Rasul, tetapi secara rasional, setiap penipuan kepada Allah adalah penipuan kepada Rasul, sebab Rasulullah adalah utusan Allah yang menyampaikan perintah-Nya. Dengan demikian pula setiap penipuan kepada Rasul, adalah juga penipuan kepada Allah, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:
مَّن يُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدۡ أَطَاعَ ٱللَّهَ‌ۖ

Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah (Qs. an-Nisa/4: 80).

Sifat munafik, sebagaimana disebutkan pada ayat 8-10, juga diungkapkan pada ayat-ayat lainnya, seperti dalam QS at-Taubah (9) ayat 64, 67, 68, 77, 97 dan 101, QS al-Ahzab (33) ayat 12, 60, 73, dan di beberapa ayat lainnya.
Sifat munafik juga diungkapkan dalam beberapa hadits, seperti: Kamu akan menemukan orang yang paling jahat bagi Allah pada hari kiamat, yaitu orang yang bermuka dua, jika bertemu dengan segolongan orang, bermuka begini, tetapi jika bertemu dengan golongan lainnya, bermuka lain. (Sahih al-Bukhariy, dari Abi Hurairah, kitab al-Adab, IV: 39).
Dalam hadis lainnya Rasulullah bersabda:
أَيَةُ الْمُنَافِقُوْنَ ثَلاَثٌ: إذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا أُؤْتُمِنَ خَانَ
Ciri-ciri orang munafik ada tiga: apabila berkata selalu berdusta, apabila berjanji selalu mengingkarinya, dan apabila diberi amanat selalu mengkhianatinya.
Dari penjelasan hadis tersebut, sangat tampak bahwa orang munafik di mana pun dan bila pun sangat berbahaya. Kerana itulah Rasulullah SAW sangat berhati-hati terhadap mereka, sebab sifat-sifat yang demikianlah yang merusak kehidupan masyarakat.
Untuk lebih jelasnya, di bawah ini di terangkan ayat demi ayat. Pada ayat 8-10, sifat-sifat orang munafik diungkapkan sebagai berikut.
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ (8) يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ (9) فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ 10
Diantara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian,” padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman (8). Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar (9). Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta (10).

Ketika menafsirkan ayat 8 dan 9 tersebut, Rasyid Rida menjelaskan bahwa ayat tersebut bukanlah berkenaan dengan orang-orang munafik yang hidup pada masa turunnya al-Qur’an, maupun yang hidup pada masa sekarang ataupun yang hidup pada masa yang akan datang. Kerana itulah pada ayat tersebut tidak disebutkan: “dan iman kepadamu hai Muhammad”. (Rasyid Rida, I: 149).
Pada ayat 10, dinyatakan bahwa “dalam hati mereka ada penyakitnya, lalu ditambah Allah penyakitnya.” Pada ayat tersebut digunakan kata isti’arah (metafora): pemakaian kata yang bukan dengan arti yang sebenarnya, Kerana yang dimaksudkan dengan penyakit dalam hati, bukanlah Kerana hatinya terkena kuman atau virus, melainkan yang dimaksudkan, ialah bahwa keyakinan mereka tidak sehat, sebab tidak sesuai dengan al-Qur’an. Maka hati orang-orang mukmin dikatakan sehat, sebab keyakinannya sehat, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya:
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ 89
Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (Qs. asy-Syu’ara/26: 89).

Kerana orang munafik itu tidak sehat keyakinannya, maka akhirnya pendiriannya tidak menentu, terombang-ambing ke sana dan ke mari, sebagaimana diungkapkan dalam suatu hadits Nabi SAW:
مَثَلُ الْمُنَافِقُوْنَ كَمَثَلِ الشَّاةِ الْمَائِرَةُ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ تَعِيْرُ إِلَي هَذَا مَرَّةً وَإِلَي هَذَا مَرَّةً
Perumpamaan orang munafik adalah seperti kambing yang bingung antara dua kambing, kadang-kadang tersesat ke sini dan kadang-kadang tersesat ke sana. (Shahih Muslim, dari Ibnu ‘Umar, Sifatul Munafiqin: 17).
Sekalipun demikian, mereka tidak boleh diperlakukan sewenang-wenang dan tidak adil, sebab mereka masih dapat diharapkan kembali kepada kebenaran, insya Allah, dan dengan tegas Rasulullah melarang berbuat sewenang-wenang kepada mereka, sebagaimana diungkapkan dalam suatu hadits yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdillah:
Datanglah seseorang kepada Rasulullah SAW di Ji’narah, dan baru saja keluar dari perang Hunain. Ketika itu Bilal membawa perak dalam bajunya, kemudian Rasulullah mengambilnya dan membagikannya kepada orang-orang yang berada di tempat itu. Lalu berkatalah orang tersebut: Hai Muhammad berbuat adil! Kemudian bersabdalah Rasulullah: Mengapa kamu berkata seperti itu? Siapa yang dapat berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Sungguh aku gagal dan merugi, jika tidak dapat berbuat adil. Kemudian berkatalah ‘Umar bin Khattab: Ya Rasulullah, biarlah saya bunuh orang munafik itu. Kemudian Rasulullah bersabda: Jangan! Aku mohon perlindungan kepada Allah dari perbincangan orang, bahwa saya membunuh sahabatku. Sesungguhnya orang-orang munafik ini dan sahabat-sahabatnya juga membaca al-Qur’an, tetapi tidak sampai ke kerongkongan mereka, mereka melepaskannya sebagaimana lepasnya anak panah dari sasarannya.” (Shahih Muslim, dari Jabir bin ‘Abdillah, Kitabuz-Zakah: 142).
Ketika menafsirkan ayat ini, Rasyid Ridha menjelaskan, bahwa yang dimaksudkan dengan “qalb” (hati) adalah akal, dan yang dimaksudkan dengan penyakit adalah segala sesuatu yang dapat menggangu akal, sehingga daya tangkapnya menjadi lemah dan timbullah keraguan dan kesamaran serta kegelapan. (Rasyid Rida, I: 153). Akal adalah salah satu unsur yang membedakan antara yang hak dan yang batil, jika akalnya sehat, ia akan lebih cinta kebenaran dan dapat terhindar dari keraguan dan kegoncangan. Orang munafik dilukiskan sebagai orang yang hatinya berpenyakit, Kerana ia lebih suka kebatilan, sebab akalnya tidak sehat atau lemah, sehingga merusak aqidah.
Menurut Muhammad Abduh, sebab-sebab kelemahan akal ialah:
Kerana pembawaan, seperti bodoh ....
Kerana kesalahan pendidikan dan pengarahan terhadap akalnya, seperti muqallid (orang yang mengikuti pendapat orang lain tanpa mengetahui alasan-alasannya), yang mengikuti nenek moyangnya tanpa mengetahui alasan-alasannya. (Rasyid Rida, I: 154). Orang seperti inilah yang dilukiskan dalam firmannya:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّبِعُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُواْ بَلۡ نَتَّبِعُ مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآ‌ۚ أَوَلَوۡ ڪَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَدۡعُوهُمۡ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلسَّعِيرِ 21
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “ikutilah apa yang diturunkan Allah”, mereka menjawab, “(tidak), tapi kami akan mengikuti apa yang kami dapati (dijalani) moyang kami”. Apakah mereka (akan mengikuti moyang mereka) walaupun syaitan memanggil mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)? (Qs. Luqman/31: 21)
Akhirnya mereka menyesali perbuatannya, sebagaimana dilukiskan dalam firmannya:
وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۟ 67
Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar) (Qs. al-Ahzab/33: 67)
Penyakit orang munafik terus bertambah dan berkembang setiap datang ajakan kepada kebenaran, bahkan semakin bertambah dendam dan dengkinya kepada Rasulullah SAW, sebagaimana dilukiskan dalam firman Allah:
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَتۡہُمۡ رِجۡسًا إِلَىٰ رِجۡسِهِمۡ وَمَاتُواْ وَهُمۡ ڪَـٰفِرُونَ 125
Adapun orang-orang yang hatinya ada penyakit, maka bertambahlah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir (Qs. at-Taubah/9: 125).
Kemudian ayat 10 ditutup dengan ancaman: bahwa mereka akan mendapat siksa yang pedih, Kerana kebohongannya.
Selain ancaman yang disebutkan pada akhit ayat 10, terdapat juga ancaman-ancaman terhadap oorang-orang munafik yang lebih keras, antara lain ialah:
إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا 145
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka (Qs. an-Nisa/4: 145).
Ancaman-ancaman Allah terhadap orang-orang munafik, bertujuan untuk memperingatkan bahwa dusta itu sangat besar dosanya, sebab dusta adalah sumber segala kejahatan.
Pada ayat 11 dan 12, sifat orang munafik diungkapkan sebagai berikut (terjemah)
Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar (QS al-Baqarah: 11-12).
Al-Qosimiy, dalam tafsirnya, menjelaskan bahwa yang dimaksudkan dengan perbuatan kerusakan di muka bumi, ialah memberikan bantuan kepada orang-orang kafir dalam memusuhi oarang-orang Islam, dengan menyampaikan rahasia orang-orang Islam kepada orang-orang kafir, membuat provokasi, menjadikan orang-orang kafir sebagai teman karib, mengajak orang-orang kafir agar mendustakan Nabi SAW, menanamkan sikap keragu-raguan dan dendam, sehingga mengobarkan permusuhan orang-orang kafir terhadap Nabi dan menimbulkan peperangan yang mengakibatkan kerusakan besar di muka bumi ini (al-Qosimiy, II: 47). Namun, mereka tidak sadar bahwa sebenarnya mereka telah berbuat kerusakan. Bahkan lebih parah lagi, Kerana mereka telah menghalang-halangi orang-orang dari kebenaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
Pada ayat 13, kesombongan orang-orang munafik dilukiskan sebagai berikut (terjemah):
Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu (QS al-Baqarah: 13)
Mereka beranggapan bahwa para pengikut Nabi SAW adalah orang-orang bodoh. Orang-orang Muhajirin dikatakan bodoh, Kerana mereka meninggalkan kampung halamannya serta rumah-rumah yang ada di Makkah. Adapun orang-orang Anshar, mereka dianggap bodoh, Kerana mereka bergabung dengan orang-orang Muhajirin. (al-Maraghiy, 1969, II: 45).
Ketika menafsirkan ayat tersebut, Rasyid Rida menjelaskan bahwa diantara orang-orang munafik yang paling jahat adalah Abdullah bin Ubay bin Salul dan para sahabatnya. Mereka tidak sadar bahwa merekalah sebenarnya yang bodoh. (Rasyid Rida, I: 161).
Kejahatan orang-orang munafik tidak terbatas hanya dalam masalah keimanan saja, melainkan juga dalam masalah sosial ekonomi, sebagaimana diungkapkan dalam firmannya:
هُمُ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُواْ عَلَىٰ مَنۡ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّواْ‌ۗ وَلِلَّهِ خَزَآٮِٕنُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ لَا يَفۡقَهُونَ 7
Merekalah orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): “Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah).” Padahal kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami (Qs. al-Munafiqun/63: 7)
Kemudian ayat tersebut ditutup dengan firmannya: “ Wa lakin la ya’lamun” (tetapi mereka tidak tahu), memberikan pengertian bahwa iman itu harus berdasarkan ilmu dan keyakinan, sebab kebahagiaan di dunia dan di akhirat tidak dapat dicapai kecuali dengan mengetahui hakikatnya, sedang hakikat tidak dapat diketahui kecuali dengan ilmu.
Kemudian sifat orang-orang munafik dilukiskan lebih jelas lagi pada ayat 14 dari surat al-Baqarah (terjemah):
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya Kami sependirian dengan kamu, Kami hanyalah berolok-olok.” (QS al-Baqarah: 14)
Demikianlah ciri-ciri orang-orang munafik pada masa turunnya al-Qur’an; pada masa Nabi SAW. Kemunafikan dan kerusakan akhlaknya sudah tidak terukur lagi. Mereka menampakkan diri dengan dua wajah dan berkata dengan dua mulut. Ciri-ciri semacam itu telah diwarisi oleh orang-orang munafik masa kini, bahkan lebih canggih lagi, sehingga kerusakan-kerusakan yang ditimbulkan pun lebih besar.
Sebenarnya orang-orang munafik itu merahasiakan sikap mereka dengan sangat ketat, agar tidak ketahui oleh kaum mu’minin, tetapi Allah membukanya lewat al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi SAW, sehingga dapat diketahui rencana jahat mereka terhadap orang-orang mu’min.
Kemudian Allah membalas olok-olokan mereka dengan balasan yang lebih pedih, sebagaimana ditegaskan pada ayat berikutnya; ayat 15 (terjemah).
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. (Qs. Al-Baqarah: 15)
Olok-olokan Allah tersebut dilakukan dengan cara memperpanjang kenikmatan-Nya kepada mereka dan menunda siksaan-Nya terhadap mereka, sehingga mereka merasa sangat tersiksa Kerana tertipu. (Rasyid Rida, II:164).
Orang-orang munafik sebenarnya telah berusaha dengan seluruh kemampuannya untuk menipu Nabi SAW dan orang-orang mu’min, tetapi tipu daya Allah SWT lebih baik, seperti diungkapkan dalam firman-Nya:
وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ
Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya. (Qs. Ali Imran/3: 54).
Bentuk istihza’ (olok-olokan) Allah kepada orang-orang munafik diungkapkan juga dibeberapa ayat lainnya dengan ungkapan yang berbeda, seperti:
يَوۡمَ يَقُولُ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱنظُرُونَا نَقۡتَبِسۡ مِن نُّورِكُمۡ قِيلَ ٱرۡجِعُواْ وَرَآءَكُمۡ فَٱلۡتَمِسُواْ نُورً۬ا فَضُرِبَ بَيۡنَہُم بِسُورٍ۬ لَّهُ ۥ بَابُۢ بَاطِنُهُ ۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَـٰهِرُهُ ۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ 13
Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah Kami supaya Kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. (Qs. Al-Hadid/57: 13)
Pada ayat 29-34 dari surat al-Muthaffifin (83) Allah berfirman:
إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ كَانُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَضۡحَكُونَ (29) وَإِذَا مَرُّواْ بِہِمۡ يَتَغَامَزُونَ (30) وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓاْ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمُ ٱنقَلَبُواْ فَكِهِينَ (31) وَإِذَا رَأَوۡهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ (32) وَمَآ أُرۡسِلُواْ عَلَيۡہِمۡ حَـٰفِظِينَ (33) فَٱلۡيَوۡمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنَ ٱلۡكُفَّارِ يَضۡحَكُونَ 34
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang menertawakan orang-orang yang beriman (29.) Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya (30). Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira (31). Dan apabila mereka melihat orang-orang mukmin, mereka mengatakan: “Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat” (32). Padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin (33). Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir (34). (Qs. Al-Muthaffifin/83: 29-34)
Kemudian pada ayat 16 orang-orang munafik itu dinyatakan bahwa usahanya tidak berhasil, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya berikut. (terjemah)
Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (Qs. al-Baqarah: 16)
Pada ayat tersebut dijelaskan bahwa orang-orang munafik itu telah membeli kesesatan dengan petunjuk. Pernyataan tersebut memberikan pengertian bahwa kesesatan mereka adalah Kerana perlakuan dan usaha mereka sendiri, bukan Kerana diciptakan demikian secara paksa. Sebab pada dasarnya manusia itu dilahirkan dalam keadaan beriman kepada Allah, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ 172
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”. (Qs. Al-A’raf/7: 172)
Kemudian ayat tersebut (16) ditutup dengan firman-Nya “ Fa ma rabihat-tijaratuhum wa ma kanu muhtadin” (maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk). Kerana usaha meraka tidak menghasilkan buah yang nyata, bahkan mereka merugi dan kecewa, Kerana perpanjangan kenikmatan kepada mereka dan penundaan hukuman bagi mereka tidaklah ada manfaatnya. Dan meraka tidak memperoleh petunjuk, Kerana mereka tidak dapat memahami al-Qur’an dengan pemahaman yang benar.
Untuk mempermudah pemahaman tentang sifat-sifat kaum munafiqin, Allah membuat perumpamaan bagi mereka, sebab penjelasan dengan perumpamaan lebih mudah dipahami. Maka pada ayat 17 dan 18 Allah mengungkapkan mereka dalam perumpamaan sebagai berikut (terjemah):
Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, Maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (17). Mereka tuli, bisu dan buta, Maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar) (18). (Qs. Al-Baqarah: 17-18)
Kerana al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab, maka dalam menjelaskan makan dan maksudnya dipergunakan uslub (susunan) bahasa Arab. Amsal (perumpamaan) adalah salah satu uslub yang banyak dipergunakan dalam al-Qur’an untuk menjelaskan berbagai masalah. Sebab perumpamaan adalah lebih mudah dipahami, lebih mudah menembus jiwa seseorang, dan pengaruhnya sangat besar, serta lebih mampu menampakkan hal-hal yang tersembunyi dan lebih kuat dalam menghapus dan menghilangkan kesamaran. Untuk itulah Allah menggunakan perumpamaan dalam menjelaskan keadaan orang-orang munafik pada ayat tersebut.
Allah melukiskan keadaan orang-orang munafik ketika mula-mula masuk Islam dan cahaya iman pun masuk dalam hati mereka. Tetapi kemudian masuklah keraguan dalam jiwa mereka, lalu mereka mengingkari dan meninggalkan cahaya iman, Kerana meraka tidak memperoleh keuntungan dan kebaikan. Maka mereka akhirnya tidak dapat dapat melihat jalan hidayah dan tidak dapat mencapai jalan keselamatan, padahal cahaya iman itu telah menyinari orang-orang yang berada di sekitar mereka, yaitu orang-orang mukmin. Keadaan mereka dilukiskan seperti orang-orang yang menyalakan api untuk menghilangkan kegelapan di sekitar mereka. Tetapi setelah sinar itu menyinari tempat-tempat dan benda-benda di sekitarnya, turunlah kekuatan yang sangat rahasia yang turun dari langit, seperti hujan lebat atau seperti angin puyuh yang memporakporandakan dan memadamkan sinar tersebut, sehingga mereka berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat sesuatu pun yang berada di sekitar mereka. Kemudian mereka seperti orang yang bisu, tuli dan buta, seperti orang yang kehilangan panca indera, Kerana tidak dapat memfungsikan panca inderanya. Apa gunanya pendengaran jika tidak dimanfaatkan untuk mendengarkan petunjuk? Apa gunanya penglihatan jika tidak dimanfaatkan untuk melihat sesuatu yang baik untuk dijadikan pelajaran guna menambah hidayah?
Maka barangsiapa tidak memanfaatkan pendengaran, mulut dan penglihatan untuk kebaikan, seakan-akan kehilangan seluruh panca inderanya. Maka bagaimana mungkin mereka dapat keluar dari kesesatan atau kembali kepada kebenaran.
Al-Maragiy dalam tafsirnya menjelaskan bahwa Allah membuat perumpamaan seperti disebutkan pada ayat 17 dan 18 bagi orang-orang munafik, Kerana meraka tidak memanfaatkan panca inderanya untuk kebaikan. (al-Maragiy, 1969, I: 59).
Menurut al-Qasimy, amsal (perumpamaan) biasanya dipergunakan untuk menjelaskan keadaan, kisah-kisah atau sifat yang mempunyai keistimewaan dan keajaiban, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya ketika menjelaskan keajaiban surga:
مَّثَلُ ٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَ‌ۖ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ أُڪُلُهَا دَآٮِٕمٌ۬ وَظِلُّهَا‌ۚ تِلۡكَ عُقۡبَى ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ‌ۖ وَّعُقۡبَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ ٱلنَّارُ 35
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (Qs. Ar-Ra’d/13: 35)
Pada ayat lainnya Allah berfirman:
لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ مَثَلُ ٱلسَّوۡءِ‌ۖ وَلِلَّهِ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ 60
Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Qs. An-Nahl/16: 60)
Pada ayat lainnya Allah berfirman:
ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ‌ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا 29
Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah Dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). (Qs. Al-Fath/48: 29)
Kisah surga adalah kisah yang sangat menakjubkan, baik keindahan maupun kenikmatannya, sifat Allah adalah sifat yang Maha Agung dan Maha Mulia, dan pengikut Nabi Muhammad juga sangat menakjubkan. Kerana itulah Allah menjelaskan dengan membuat perumpamaan-perumpamaan. (al-Qasimiy, 1978, II: 56).
Untuk lebih mengenal keadaan orang-orang munafik, baik mereka yang hidup pada masa permulaan Islam maupun yang hidup pada masa kini atau pada masa yang akan datang, Allah menggambarkan mereka dengan perumpamaan yang lain, sebagaiamana disebutkan pada ayat 19 dan 20 (terjemah):
Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, Kerana (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. dan Allah meliputi orang-orang yang kafir (19). Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu (20). (Qs. Al-Baqarah: 19-20)
Pada ayat 17 dan 18 Allah menggambarkan orang-orang munafik seperti orang yang menyalakan api, kemudian dia memadamkan lagi, sedang pada ayat 19 dan 20 Allah menggambarkan mereka seperti orang yang ditimpa hujan lebat, yang dapat melenyapkan pendengaran dan penglihatan. Yang demikian itu untuk menggambarkan keadaan orang-orang munafik dan menjelaskan kekejian perbuatan mereka, dengan tujuan untuk memberikan peringatan dan pelajaran agar berhati-hati terhadap mereka. Sebab mereka selalu menyebarkan fitnah dan kekacauan dalam masyarakat. Sebenarnya mereka telah memperoleh hidayah Ilahiyah dari langit, tetapi kemudian tertimpa kegoncangan iman dan kekacauan serta kegelapan taqlid . juga merasa takut terhadap orang-orang kafir yang ada di sekitar mereka ketika mengerjakan hal-hal yang bertentangan dengan pendapat mereka. Kemudian mereka mendapatkan cahaya hidayah lagi ketika didatangi seorang Da’i, dan tampaklah bagi mereka tanda-tanda kekuasaan Allah dengan jelas, Kerana adanya bukti dan hujjah yang kuat, maka mereka pun mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk mengikuti kebenaran, Kerana cahaya hidayah tersebut. Namun kemudian mereka kembali lagi kepada kegelapan dan kegoncangan jiwa, serta kebingungan, bagaikan orang yang berada di padang pasir, yang ditimpa oleh kegelapan malam dan hujan lebat yang disertai angin ribut dan kilat, serta guruh yang keras dan menakutkan, sehingga mereka harus menutupi telinga mereka dengan jari-jari tangannya. Tetapi usaha tersebut tidaklah dapat menyelamatkan mereka dari bencana yang telah ditetapkan Allah SWT. Semua itu mengandung hikmah dan kemaslhatan yang kadang-kadang tidak dapat kita ketahui. (al-Maragiy, I: 60).
Rasyid Rida dalam tafsirnya memperingatkan agar berhati-hati terhadap penafsiran sebagian ulama yang kurang mengindahkan kesahihan sumbernya. Misalnya al-Jalal as-Siyutiy menafsirkan “ar-Ra’ad” (guntur) adalah Malaikat, atau suaranya, “al-Baq” (kilat) adalah cambuknya, untuk menghalau awan. Seakan-akan Malaikat adalah makhluk yang bertubuh, sebab suara yang dapat didengar adalah ciri-ciri makhluk yang bertubuh. Dan seakan-akan awan adalah binatang himar yang bandel, tidak mau berjalan kecuali dengan dihardik dan dicambuk berkali-kali. Demikianlah pemahaman sebagian orang Arab. Sebenarnya tidaklah boleh memalingkan dari makna alam syahadah (yang dapat dilihat) kepada makna alam ghaib (yang tidak dapat dilihat) yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Hanya saja sebagian mufassir senang mengumpulkan penafsiran-penafsiran yang tidak ada sumbernya, seperti kisah-kisah israiliyat yang berasal dari orang-orang Yahudi untuk menjelaskan ayat-ayat al-Qur’an. (Rasyid Ridla, I: 174).
Sebagian besar kisah-kisah Israiliyat disampaikan oleh empat tokoh yang terkenal, yaitu: Abdullah bin Salam, Ka’ab al-Ahbar, Wahab ibnu Munabbih dan Abdul Malik bin Abdil Aziz bin Juraij. Sebagian besar ulama berpendapat bahwa periwayatan dari mereka tidak dapat dipercaya, dan harus ditinggalkan. (Az-Zahabiy, 1976, at-Tafsir wa al-Mufassiruun, I:183).
Ayat tersebut ditutup dengan firman-Nya: “inna Allaha ‘ala kulli syai’in qadir”. (sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu). Pernyataan tersebut sebagai ancaman terhadap orang-orang munafik, bahwa Allah berkuasa menghilangkan pendengaran dan penglihatan mereka jika berkehendak. Juga memberikan pengertian bahwa kehendak Allah amat erat kaitannya dengan kekuasaan-Nya.

STRATEGI kuffaar merosakkan pemikiran umat islam

1)). Tahukah tuan tuan ..... Jika ingin meredam dan menghancurkan suatu ajaran / agama, maka  STRATEGI, hantam dan buruk-burukkan para penyerunya, para ulama, para pengajar dan ketua ketua agama......

Ingat tak tuan tuan, yg DAP sedikit masa lalu melekeh lekehkan syura Ulama dalam PAS ?

Tak perlu ada Ulama dan perhimpunan ulama, kata mereka ....tapi sedih ada segelintir Ummat bersetuju denggan kuffar yg anti Islam ini !

Itu namanya “pembunuhan karakter”, sebagaimana dahulu kaum kafirin musyrikin menggelari Nabi Shallallahu alaihi wa sallam sebagai “penyihir dusta” [QS Shad/38: 4] atau “Penyair gila” [QS ash-Shaffat/ 37: 36] atau dukun [QS ath-Thur/ 52: 29. Berhasil??. Tentu tidak, karena Allah ta’ala telah menjaganya.

وَ عَجِبُوا أَن جَآء مِنْهُمْ وَ قَالَ اْلكَافِرُونَ هَذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
Dan mereka heran karena mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (Rosul) dari kalangan mereka. Dan orang-orang kafir berkata, “Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak berdusta”. [QS Shadd/ 38: 4].

وَ يَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوا ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ

Dan mereka berkata, “Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami hanya karena seorang penyair gila?”. [QS ash-Shaffat/ 37: 36].
Berkata asy-Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iriy hafizhohullah, “Terdapat penjelasan apa yang diperbuat oleh kaum musyrikin kepada Rosulullah berupa tuduhan-tuduhan batil dan juga terdapat bantahan Allah ta’ala atasnya”. [1]

Ayat-ayat di atas menjelaskan akan sikap dan reaksi orang-orang kafir terhadap para penyeru kepada Allah ta’ala dari para Rosul Sholatullah wa salamuhu alaihim dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan sikap penolakan akan dakwah tersebut. Di antara bentuk penolakan mereka adalah dengan menjuluki Beliau dengan tuduhan-tuduhan palsu yaitu penyihir yang banyak berdusta, penyair gila atau dukun.
Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata, “Orang-orang zhalim dan musyrik telah menjuluki Nabi dan para sahabatnya dengan julukan yang jelek dan mengejeknya. Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam telah dituduh penyihir, gila, dukun, pendusta dan lain-lain”. [2]

فَذَكِّرْ فَمَآ أَنتَ بِنَعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَّ لَا مَجْنُونٍ أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَّتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ اْلمـَنُونِ قُلْ تَرَبَّصُوا فَإِنِّى مَعَكُمْ مِّنَ اْلمـُتَرَبِّصِينَ
Maka tetaplah memberi peringatan, dan kamu disebabkan nikmat Rabbmu bukanlah seorang dukun dan bukan pula seorang gila. Bahkan mereka mengatakan, “Dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya”. Katakanlah, “Tunggulah, maka Sesungguhnya akupun termasuk orang yang menunggu (pula) bersama kamu”. [QS ath-Thur/ 52: 29-31].

إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ وَ مَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ قَلِيلًا مَّا تُؤْمِنُونَ وَ لاَ بِقَوْلِ كَاهِنٍ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ اْلعَالَمِينَ
Sesungguhnya alqur’an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) rosul yang mulia. Dan alqur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan dukun, sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Rabb semesta alam. [QS al-Haqqah/ 69: 40-43].

2)). Dan para pengikut Nabi-pun digelari sebagai “Orang-orang rendahan lagi hina” atau “pikirannya badui/ kampungan”. [QS Hud/ 11:27 dan QS asy-Syu’ara/ 26: 111].
فَقَالَ اْلمـَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلَّا بَشَرًا مِّثْلَنَا وَ مَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلَّا الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَ مَا نَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ

Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya, “Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami. Dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja. Dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta”. [QS Hud/ 11: 27].

Barkata asy-Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iriy hafizhohullah, “Orang-orang yang sombong itu suka merendahkan orang-orang yang berada dibawah mereka. Di dalam sebuah hadits disebutkan, “Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain”. [3]

قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَ اتَّبَعَكَ اْلأَرْذَلُونَ
Mereka berkata, “Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?”. [QS asy-Syu’ara/ 26: 111].

Ayat-ayat di atas dan semisalnya dengan jelas menerangkan sikap kaum kafirin terhadap para pengikut Rosul dengan bentuk merendahkan, menghina dan memperolok-olok mereka dengan berbagai cara. Di antaranya dengan menyebutkan mereka sebagai kalangan yang hina dan laksana orang badui yang lekas percaya dengan penjelasan Rosul mereka, tanpa bantahan dan sanggahan sedikitpun.

Begitupun kaum kafirin dari kalangan munafikin, gemar menghina dan mengejek kaum mukminin yang berada di atas manhaj Nabi Shallallahu alaihi wa sallam. Sebab mereka selalu melihat sisi negatif kaum mukminin bukan dari pada sisi positifnya. Ketika ada dari kalangan mukminin yang bersedekah dengan jumlah yang cukup banyak mereka mencelanya dengan sebutan ‘ia pamer’ namun ketika ada dari kalangan mukminin yang bersedekah dengan jumlah yang sedikit mereka mencelanya dengan panggilan ‘ia kikir’. Mereka hanya berkomentar tetapi tidak pernah berbuat kebaikan.

اَلَّذِينَ يَلْمِزُونَ اْلمـُطَّوِّعِينَ مِنَ اْلمـُؤْمِنِينَ فِى الصَّدَقَاتِ وَ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللهُ مِنْهُمْ وَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
(Orang-orang munafik itu) yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan penuh kerelaan dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekedar kesanggupannya. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka adzab yang pedih. [QS al-Baro’ah/ 9: 79].

Pun demikian jika mereka membaca buku para ulama salafush shalih, mereka tidak mencari kebenaran di dalamnya namun pembenaran terhadap apa yang mereka yakini. Jika di dalam buku tersebut sesuai dengan keyakinan mereka, maka merekapun berteriak-teriak dengan bangga bahwa keyakinan mereka itu tidak salah dan sesat. Namun jika keyakinan mereka itu tidak sejalan dan sesuai dengan yang ada di dalam buku tersebut maka mereka bersegera menyalah-nyalahkan buku dan penyusunnya tersebut. Lalu mereka mencaci, mencela, mengutuk, menyesatkan penyusun buku itu tanpa merasa malu sedikitpun seolah-olah mereka lebih pandai dan berilmu darinya.

وَ كَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوَّا شَيَاطِينَ اْلإِنْسِ وَ اْلجِنِّ يُوحِى بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضِ زُخْرُفَ اْلقَوْلِ غُرُورًا وَ لَوْ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَ مَا يَفْتَرُونَ وَ لِتَصْغَى إِلَيْهِ أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالأَخِرَةِ وَ لِيَرْضَوْهُ وَ لِيَقْتَرِفُوا مَا هُمْ مُّقْتَرِفُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Rabbmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (setan) kerjakan. [QS al-An’am/ 6: 112-113].
وَ إِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاءِ لَضَآلُّونَ

Dan apabila mereka melihat orang-orang mukmin, mereka mengatakan, “Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat”. [QS al-Muthaffifin/ 83: 32].
لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلًا كُلَّمَا جَآءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُوا وَ فَرِيقًا يَقْتُلُونَ

Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan telah Kami utus kepada mereka rosul-rosul. Namun setiap datang seorang Rosul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebagian dari rosul-rosul itu mereka dustakan dan sebagian yang lain mereka bunuh. [QS al-Maidah/ 5: 70].

Soalan buat anda yang keberatan menerima Perlaksanaan Syariat Islam di Malaysia

Soalan buat anda yang keberatan menerima Perlaksanaan Syariat Islam di Malaysia

1. Malaysia sebuah negara demokrasi, maka apa masaalahnya Kelantan mahu nikmati demokrasi itu dengan melaksanakan Kanun Jenayah Syari'yyah yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan ?

2. Hudud belum lagi dilaksanakan, kenapa anda menolaknya ? Apakah itu sikap yang adil ? Kenapa tidak beri peluang terlebih dahulu sebagaimana peluang diberikan kepada undang - undang sivil hari ini ?

3. Bukankah undang - undang sivil hari ini gagal membendung mungkar dan jenayah, kenapa tidak undang - undang syariah dijadikan sebagai alternatif ?

4. Undang - undang dilaksanakan oleh yang berkuasa. Kuasa diperolehi melalui pilihanraya. Pilihanraya berlaku 5 tahun sekali. Maka apa yang ditakuti jika PAS laksanakan hudud ? Jika undang - undang itu tidak bagus, bukan kah next election, anda boleh tolak PAS ?

5. Kalau anda boleh terima undang - undang British ( British Law ) sedang tidak ramai pun orang British di Malaysia, kenapa anda tidak boleh menerima undang - undang Islam dilaksanakan di Malaysia sedangkan Islam agama rasmi dan muslim adalah majoriti ?

6. Hudud adalah undang - undang ciptaan Tuhan. Tuhan yang cipta ummat manusia. Tuhan itulah juga yang suruh kita laksanakan Syariat Islam (hudud) ini. Mengapa anda beralasan untuk melaksanakannya ? Apakah anda bukan seorang muslim yang taat ? Kalau anda bukan muslim sekalipun, maka dimana salahnya undang - undang syariat ini sehingga ia tidak diterima untuk dilaksanakan ?

7. Jika alasannya tidak ada peruntukkan undang - undang maka kenapa tidak benarkan wakil kelantan membawa rang - rang undang itu ke Parlimen untuk meminda beberapa peruntukan bagi membolehkan ia dilaksanakan ?

8. PAS telah perjuangkannya sejak sekian lama. Pelbagai langkah telah diambil. Mendidik ummah melalui seminar, wacana, kelulusan DUN, bulan hudud dan sebagainya telah dilunaskan sepanjang tempoh lebih 20 tahun. Bukan kah ini masa yang sesuai di saat semua pihak mulai resah dengan kegagalan undang - undang ciptaan manusia ini ?

9. Tanyalah hati kecil anda, apakah anda lebih redha menyaksikan dunia makin musnah angkara mungkar dan jenayah yang gagal dibendung oleh undang - undang hari ini berbanding menerima perlaksanaan undang - undang syariat Islam ?

10. Islam agama rahmah (kasih sayang) dan a'dalah (adil). Perlaksanaan hudud bukanlah berorientasikan hukum semata - mata, tetapi terdahulu daripadanya ialah proses yang adil seperti proses pendidikan, penyiasatan, pembuktian, persaksian, perbicaraan dan penghakiman. Maka apa lagi yang anda tidak puas hati terhadap hudud ? Apa lagi yang membuatkan anda rasa curiga terhadap perlaksanaannya ?

11. Anda selalu persoalkan kenapa undang - undang ini tidak dilaksanakan ke atas non muslim sedang muslim tertakluk padanya. Kenapa anda tidak tanya solat, puasa, haji hanya tertakluk pada orang Islam sedang non muslim tidak dilibatkan ? Kalau anda boleh terima bahawa itu adalah ibadah untuk orang Islam sahaja, kenapa anda tidak menerima bahawa Hudud juga satu ibadah wajib dilaksanakan oleh orang Islam atas perintah dari Tuhannya ?

12. Bukankah hudud adalah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas penjenayah ? Maka kenapa anda yang bukan penjenayah merasa takut dengan perlaksanaan Hudud ?

13. Hudud mesti taqninkan ( di undang - undangkan ). Adapun perlaksanaannya adalah apabila cukup syarat yang ditetapkan oleh syara'. Apakah anda telah pelajari dan mengkaji syarat - syarat yang ditetapkan oleh syara' sebelum anda meragui perlaksanaannya ?

14. Ramai pula yang pertikai, kenapa mesti ada perlaksanaan undang - undang Islam di Kelantan sedang negeri lain tidak ada atau kenapa perlu ada dua set undang - undang. Sedarkah anda, bahawa Malaysia sudah tersedia beberapa set undang - undang yang diterima seperti undang - undang adat, undang - undang Tentera, undang - undang Buruh, undang - undang Syariah dan undang - undang sivil dan setiap set undang - undang itu mempunyai mahkamahnya tersendiri seperti Mahkamah Tentera, Mahkamah adat , mahkamah syariah , mahkamah buruh dan mahkamah sivil. Pula sebahagian negeri mempunyai undang - undang adat sedang Kelantan tiada undang - undang dan mahkamah adat. Kalau situasi ini anda terima sejak sekian lama, kenapa tidak boleh terima perlaksanaan undang - undang Islam ?

15. Anda semua yakin bahawa Allah swt adalah Tuhan yang Maha Pencipta dan Tuhan yang Maha Adil. Justeru itulah sifat Tuhan. Apakah anda ragui keadilan Allah swt sebagai Tuhan yang menurunkan ketetapan hukum syariatnya ?

Hati perempuan umpama WIFI Hati lelaki macam bluetooth

Siapa pakar IT sini ?
Betul Tak Pendapat Pakar IT ada cakap :

Hati perempuan umpama WIFI
Hanya org yg ada password boleh buka
Hati lelaki macam bluetooth
Bila dekat, dia sentiasa connect
Tapi bila berjauhan ....
Dia akan "Try to Search A New Device "

sikap aneh seorang pendebat

من عجائب من يطلب المناظرة
 Sikap aneh sebahagian orang yang berdebat:
   يسأل ويجيب هو   
 يقدم سوء الظن على حسنه
 يحكم قبل أن يأتيه التوضيح
 يتعامل كقاضي وليس كمحاور
 
كيف سنتحاور؟

 Dia yang tanya, dia juga yang jawab
 Lebih suka buruk sangka
 Buat konklusi sebelum dengar penjelasan
 Berlagak macam qadhi/hakim dan bukan pendialog
Macam mana nak debat/dialog kalau macam tu?

Tuesday, December 3, 2019

Di MENARA MASJID Inilah NABI ISA Turun di Akhir Zaman

Lebih 600 jamaah subuh setiap hari

TEMERLOH - Ketika azan Subuh dilaungkan, kelihatan lebih 600 jemaah sudah bersedia di 13 saf untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Itu yang berlaku setiap hari di Masjid Temerloh Jaya di sini apabila jemaah hampir memenuhi ruang solat masjid berkenaan untuk menunaikan rukun Islam kedua secara berjemaah.
Masjid Temerloh Jaya yang boleh memuatkan 800 jemaah pada satu-satu masa tular selepas suasana di rumah ibadah itu tetap meriah dan dipenuhi jemaah walaupun pada solat Subuh.
Situasi ini boleh dikatakan satu suasana yang jarang dapat dilihat di negara ini.
Masjid bebas dikunjungi dan dibuka 24 jam antara faktor Masjid Temerloh Jaya sentiasa dipenuhi serta dikunjungi jemaah dan komuniti sekitar kawasan itu.
Di sebalik itu, pastinya ada usaha keras oleh pihak pengurusan masjid yang komited bagi memastikan masjid berkenaan lokasi pilihan setiap lapisan masyarakat
About this website
SINARHARIAN.COM.MY
TEMERLOH - Ketika azan Subuh dilaungkan, kelihatan lebih 600 jemaah sudah bersedia di 13 saf untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Comments