Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, December 3, 2019

Lebih 600 jamaah subuh setiap hari

TEMERLOH - Ketika azan Subuh dilaungkan, kelihatan lebih 600 jemaah sudah bersedia di 13 saf untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Itu yang berlaku setiap hari di Masjid Temerloh Jaya di sini apabila jemaah hampir memenuhi ruang solat masjid berkenaan untuk menunaikan rukun Islam kedua secara berjemaah.
Masjid Temerloh Jaya yang boleh memuatkan 800 jemaah pada satu-satu masa tular selepas suasana di rumah ibadah itu tetap meriah dan dipenuhi jemaah walaupun pada solat Subuh.
Situasi ini boleh dikatakan satu suasana yang jarang dapat dilihat di negara ini.
Masjid bebas dikunjungi dan dibuka 24 jam antara faktor Masjid Temerloh Jaya sentiasa dipenuhi serta dikunjungi jemaah dan komuniti sekitar kawasan itu.
Di sebalik itu, pastinya ada usaha keras oleh pihak pengurusan masjid yang komited bagi memastikan masjid berkenaan lokasi pilihan setiap lapisan masyarakat
About this website
SINARHARIAN.COM.MY
TEMERLOH - Ketika azan Subuh dilaungkan, kelihatan lebih 600 jemaah sudah bersedia di 13 saf untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Comments

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej