Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, December 1, 2019

kata kata amaran dari dato onn tentang kominis

"Orang Melayu sendiri sudah merasai demokrasi Bintang Tiga setahun dahulu daripada kerajaan yang mengaku konon terdiri dari tiga bangsa iaitu Cina, Melayu dan India, tetapi yang memerintah masa itu Cina sahaja. Di mana duduknya orang Melayu?" - Dato' Onn Jaafar, 1947
Ketahuilah wahai bangsaku.....
Yang benar-benar berusaha mahukan Tanah Melayu ini merdeka adalah bangsa Melayu. Sedangkan bangsa lain lebih senang untuk terus berada di bawah penjajah. Ini kerana mereka masuk ke tanah air kita ini ini atas bantuan penjajah. Ketahuilah, kitalah bangsa yang bersungguh-sungguh berusaha meminta dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air ini. Tapi disebabkan 'syarat' yang British berikan kepada orang Melayu agar memberikan kompromi politik kepada orang bukan Melayu sebagai salah satu tiket untuk mendapatkan kemerdekaan, maka orang Melayu terpaksa beralah. Ketahuilah, hatta PAS tatkala zaman kepimpinan Dr. Burhanuddin Helmi, adalah individu paling keras membantah pemberian kewarganegaraan kepada bangsa bukan Melayu.
Ketahuilah wahai pemerintahku sekalian,
Yang mempertahankan Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu untuk terus kekal berada diatas takhta adalah bangsa Melayu. Bukan disebabkan bangsa-bangsa lain. Ketahuilah bahawasanya, bangsa-bangsa lain yang satu ketika dahulunya itulah bangsa yang menjatuhkan sistem beraja di negara mereka. Bacalah sejarah wahai para penguasa! Ketahulah bahawasanya bangsa-bangsa lain lebih gemar dengan cadangan British mahu menjadikan Tanah Melayu ini sebagai Malayan Union. Yang mana hak raja-raja Melayu dihapuskan. Ini bukan soal perkauman! Ini adalah fakta!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej