Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, September 29, 2019

Adakah Pandangan Politik TG Nik Aziz dan Datok Ustaz Fadzil Noor Masih Valid Masa Kini

Hapiz Kodiang
Adakah Pandangan Politik TG Nik Aziz dan Datok Ustaz Fadzil Noor Masih Valid Masa Kini??
Dari perspektif usul ijtihadi, kata-kata politik TGNA dan DUFN bukanlah hujah syarak. Kata-kata mereka hanya menggambarkan realiti politik (فقه الواقع) zaman mereka. Ia sudah tidak valid untuk kegunaan ijtihad zaman baharu. Namun ia masih boleh dirujuk sebagai hasil ijtihad siyasi yg memperkayakan pemikiran politik parti mereka.
Sesiapa yang mengnostalgiakan kata-kata kedua tokoh tersebut bagi mengenalpasti apakah pendirian sebenar terhadap isu terkini jika keduanya masih hidup, hendaklah mengambilkira asas-asas berikut :
1. Konteks sebenar (realiti) yang melatari kata-kata mereka waktu itu,
2. Motif atau maqasid kata-kata mereka adakah respon kepada isu jangka pendek atau jangka panjang,
3. Dalalat (petunjuk) kata-kata itu adalah bersifat umum/khusus, mutlaq/muqayyad, mujmal/mubayyan atau mutaakhir/mutaqaddim, nasikh/mansukh,
4. Perubahan "illah" pada konflik politik dengan musuh mahupun rakan tahaluf, memberikan kesan pada perubahan "hukum" ijtihad,
5. Menganalisis gelagat kedua-dua mereka semasa hidup ketika membuat keputusan parti terhadap sikap rakan tahaluf seperti DAP/PKR dan juga kerajaan BN, adakah suka melompat parti atau bertegas pada dasar parti?,
6. Tempat atau wadah atau mazhab politik kedua-dua mereka semasa meninggal dunia.
Faham enam asas ini, dapat membantu kita mengandaikan secara iftiradhi (spekulatif) apakah pendirian TGNA dan DUFN terhadap isu MUWAFAKAT NASIONAL antara Pas-Umno. Ini jika masih ada orang suka menghujahkan kata-kata mereka berdua.
Jangan tanya saya, anda kajilah sendiri kerana pada pendirian saya, dunia politik cepat berkembang biak, tidak seperti fiqh ibadat. Maka, pandangan kedua-dua al-marhum sudah tidak releven untuk menyelesaikan isu zaman ini mereka sudah tiada lagi... Kitalah "tokoh penyelesai" isu zaman kita, bukan orang mati dan juga orang luar seperti Sheikh al-Qaradhawi, Sheikh Ben Bayyah atau Sheikh Nouman Ali.
Itulah hebatnya seorang tokoh ummatik, setelah mati pun kata-katanya masih hidup samada di pihak muqallid mahupun mukhalif!
Dr HK
15/9/2019

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej