Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 6, 2019

SKIMPAS ialah Skim Khairat Kematian & Skim Perlindungan Kemalangan yg di miliki oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKKPP

KENALI SKIMPAS:


 Pengenalan.
1) SKIMPAS ialah Skim Khairat Kematian & Skim Perlindungan Kemalangan yg di miliki oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKKPP) yg di pengerusi oleh Dr. Rosni Adam. Ia hanya menjanjikan manafaat/perlindungan berbentuk kewangan kpd ahli2nya atau warisnya apabila berlaku kematian atau kemalangan ahlinya. Ia bukan seperti insuran konvensional atau takaful yg menjanjikan pelbagai perlindungan.
2) Diluluskan pd thn 2015 dgn nama Skim Kifalah Ahli PAS. Kemudian dikenali dgn singkatan SKIMPAS.
3) Dikendalikan sepenuhnya di bawah Unit SkimPAS yg diketuai oleh Sdr. Wan Mustapha b Wan Abdul Razak (Pakwan) dan setiausahanya Siti Sarah Osman (Sarah)
4) SkimPAS telah diluluskan oleh Mesyuarat AJK PAS Pusat setelah dirujuk kpd Majlis Syura' Ulama' PAS.
5) Walaupun ia dikendali sepenuhnya oleh LKKPP namun dari sudut dana ia dinaungi oleh Syarikat Kifaalah kerajaan Negeri Kelantan.
 Bagaimana untuk menyertai SKIMPAS?
1) Sesiapa yg ingin menyertai skim ini perlu menjadi ahli PAS atau DHPP
2) Mengisi borang SKIMPAS yg boleh diperolehi drp LKK Kawasan masing2, LKKPN, LKKPP atau di kaunter2 yg dibuka oleh lkk di setiap peringkat.
Selain itu, borang & manual mengisi borang boleh juga di muat turun melalui link http://pas.org.my/skimpas
3) Borang berserta duit caruman RM55 setahun perlu diserahkan kpd Ejen SKIMPAS yg sah.
4) Ejen SKIMPAS yg sah ialah Ketua Unit Skimpas di peringkat negeri atau semua ketua LKK Kawasan masing2 atau org2 yg dilantik oleh ketua LKK Kawasan yg telah dipersetujui oleh LKKPN.
5) Borang yg telah di tandatangani oleh ejen2 ini akan diserahkan kpd Unit Skimpas Pusat utk diproses.
6) SMS Blaster akan di hantar kpd setiap peserta SKIMPAS sebagai peringatan untuk pembaharuan skim ini. Untuk pembaharuan SKIMPAS peserta harus membuat bayaran caruman RM55 kepada ejen yg sah.
7) Setiap peserta akan menerima salinan borang yg telah disahkan sebagai ahli drp Unit Skimpas Pusat & layak menerima manafaat yg dijanjikan.
8) Peserta tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan bg mnyertai skim ini . Skim ini juga boleh di sertai jika peserta mempunyai penyakit kronik .
 Apa Manafaat Menyertai SkimPAS?
📌 Bagi setiap peserta SKIMPAS yg berumur antara 1-64 thn, dia atau pihak warisnya akan menerima manafaat seperti berikut;
 Jika berlaku kematian biasa pihak waris akan memperolehi RM3,500.
 Jika berlaku kematian akibat kemalangan pihak waris akan menerima RM10,000.
 Jika berlaku kecacatan kekal akibat kemalangan pencarum akan menerima RM10,000.
 Bagi peserta yg sakit akibat kemalangan dihospital, kos perubatan hanya untuk kali pertama akan dibiayai oleh SKIMPAS sebanyak RM500 sahaja.
 Bagi pesertan yg kemalangan & di masukkan wad dia akan diberikan RM20 sebagai harian di hospital.
📌 Bagi pencarum yg berumur 65-74 thn hanya akan menerima RM500 dlm semua ketegori kes di atas.
Sebarang tuntutan sila maklumkan pada ejen2 yg sah di lantik .
Utk keterangan lanjut sila hubungi;
Wan Mustapha - 019 3897400
Sarah - 017 3958867
Syarbi - 016 9032171
Sekian, fastabiqul khairat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej