Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, March 21, 2020

Kerja iblis dan syaiton

 · 
Public
Public
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau "ALLAHAB" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah hitam kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan "Al Maarij" itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang sangat tinggi sehingga bercampur antara merah biru dan kuning.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al Maarij itu Allah jadikan Jaan.
Menurut satu hadis yang di riwayat kan oleh Ibnu Mas'ud pula mengatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas. Dari api yang sangat panas inilah Allah telah menciptakan jin, ia itu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang di kehendakki Allah.
Jin juga di beri izin oleh Allah untuk menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang di sukai dan kehendakkinya kecuali rupa Nabi Muhammad SAW mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga di perintahkan Allah menerima syariat Islam seperti mana yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia.
Rupa bentuk dan jin yang asal dan selepas di tiupkan roh itu, hanyalah Allah dan Rasulnya yang mengetahui. Menurut sesetengah ulama rupa perangai dan tabiat adalah 90% mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia adalah campuran daripada jisim kathif ia itu tanah dan air, Jisim Shafaf iaitu campuran daripada api dan angin ia itu roh akal dan nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-rabbaniah" sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Manakala kejadian jin pula ialah campuran jisim Shafaf iaitu campuran api dan angin dan nurani roh akal dan nafsu dan hati yang sesuai sepadan dengan jin.
Bagaimana Jin dan Iblis Membiak?
Manakala makhluk-makhluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya binatang yang di jadikan daripada jisim Kasyif dan Jisim shafaf saja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula di jadikan dari Nurani semata. Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama dan matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan jin di mana, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan telor 33 biji telor. Dalam setiap 33 biji ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakkan jin dan iblis sehingga hari kiamat. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan jin adalah dari kalangan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran itu di panggil Bunian.
Jika asal usul manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul jin pula namanya "Jaan" yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan. Begitulah jin ada yang kafir dan beriman
memang jenis kejadian syaiton .. nalurinya ialah berbuat jahat... beranak sja syaiton... kerjanya ialah mencari org beriman untuk disesatkan....
kerjanya menghina alim ulama, mengadu domba, mewaswaskan dan "memberi" ilham kpd manusia agar berbuat jahat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej