Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, September 29, 2020

Panduan dr Tghh - jgn tinggal bukit uhud demi harta

Buat MN @ PN

Catatan di bawah ambillah ibrah teladan buat pemuda-pemuda mahupun yang tua... Bicara, herdik dan saling berbalas secara terbuka bakal memedihkan hati masing².

Ketika Arab Spring berlaku, TGHH menolak kebangkitan Rakyat Syria Sunni 95% di Syria bagi menjatuhkan pemerintah Syiah Syria yang hanya 5%. Beliau menongkah arus kerana melihat bahaya di hadapan dan musuh di sekeliling yang sedang menunggu. Namun kebangkitan terus juga berlaku di atas semangat muda dan tanpa ilmu. Akhirnya 95% drp rakyat Syria sunni tersebut menjadi pelarian tanpa negara dan Syria musnah hingga kini. Yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong keciciran. Berhati2lah dengan jarum2 musuh, ketamakan dan sebagainya. Fikirlah tentang ummah. Janganlah kita menyambung tangan2 hitam  dan lidah2 musuh.

Ingatlah pesanan Rasulullah agar tidak meninggalkan Bukit Uhud bagi merebut Harta peninggalan musuh apabila menang kerana musuh akan melakukan serangan semula. Namun ada yang degil meninggalkan Bukit Uhud bagi merebut harta peninggalan musuh. Akhirnya musuh menyerang balas hingga  kucar kacirkan tentera Islam dan ramai yang tercedera dan terbunuh. Akhirnya di mana sekarang pemuda² Syiria - Pelarian serata dunia.

W. Aklam

Petikan dari Ibnu Yaman

TIGS
https://www.facebook.com/275464012898189/posts/1009137632864153/

Kerana islam ku sanggup menjadi debu

Harap PAS jgn berkecil hati atau putus asa kerana ini... biarkan apa org nk kata... tutup telinga.. teruskan berjalan... demi bangsa, negara dan agama....

Tak apa membakar diri atau dibakar... asalkan Islam terjaga, negara terjaga, bangsa diperkasa...

Di zaman awal islam dulu... sayyidina bilal dibakar.. dia tetap dgn imannya .. tak berganjak... boleh saja dia mengaku kalah untuk melepaskan dirinya... itu halal tak mengapa pun ...tapi dia memilih utk dibakar...

Begitu juga para sahabat... memilih utk jadi miskin ...

Kalau tidak kerana pengorbanan mereka .... Islam & Iman tak merebak ke seluruh dunia !

Para pejuang akan ujud sepaniang zaman hingga qiamat !
Begitu juga para pengkianat akan tetap ada menjadi ujian untuk para pejuang ...

***bakar diri untuk menjadi cahaya penyuluh UNTUK ORG LAIN***

Kerana islam ku sanggup menjadi debu ......

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217737523210450&id=1251877796

Wednesday, September 23, 2020

Setiap tapak peleburan besi yang dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu

Setiap tapak peleburan besi yang dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok Kedah wajib ada :

Tuyere - peniup besi
Bekas bakaran relau
Sisa besi
Jongkong besi
Bijih besi;
Peralatan-peralatan digunakan semasa peleburan.

Gambar di bawah adalah tuyere bangsa Melayu. Di salah satu longgokan di salah satu tapak peleburan di antara belasan tapak peleburan yang dikesan dan dibuka di Tapak Arkeologi Sungai Batu ada 2,000,000 tuyere yang dilonggokan sedalam 2 meter.

Cuba google dan baca tentang tuyere. 'Tuyere' ini dijumpai dan diperkenalkan perkataan dan kegunaannya di Perancis.

Banyaknya artikel tentang tuyere di Perancis sehingga ada institut penyelidikan besi di Perancis disebabkan penemuan tuyere.

Berapa jumlah tuyere yang dijumpai di Perancis hingga dikenali dunia?

Hanya 20 biji.

Di Kedah, Malaysia dalam ladang kelapa sawit ditemui hanya satu longgokan kecil tuyere sahaja sudah 2,000,000.

Sejarah baru ini telah dikesan seawal tahun 2011. Adakah pembaca tahu sebelum adanya halaman ini?

Siapa yang patut umum pada bangsa Melayu dan negara? Kenapa tidak diberitahu penemuan super hebat ini?

Lekehkah Melayu sampai tak perlu tahu sejarah bangsanya. Seawal tahun 788 Sebelum Masehi sedangkan di Barat, industri besi bermula pada kurun 16 Masehi ke atas.

Hendak tunggu kajian selesai? 9 tahun sejarah ini tidak langsung dinaikkan. Kenapa?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2678875475700010&id=1413499895570914

Ada setengah org mengajak para ulamak berada dlm zone tak perparti

Ada setengah org mengajak para ulamak berada dlm zone tak perparti. Sbb kalau berparti maka ulamak bias kepada partinya.

saya nak tanya kalau lah ada pilihanraya, ulamak tak berparti ni nak undi parti apa?.tak mengundi? bermakna anda tak berpolitik. Tak berpolitik tu sunnah Nabi mana?.

ooo katanya ulamak nak pilih jalan berdakwah sahaja. Baik..saya nak tanya. berdakwah tu tujuannya nak kemana?.tentulah untuk mendaulatkan Islam. soalnya mcmana nak daulatkan Islam tanpa kuasa politik?.

oooo..katanya Ulamak2 silam berjaya mewujudkan kerajaan Islam di Melaka melalui dakwah dlm istana Melaka. takde pun berparti2. Saya nak tanya..sejarah itu bukan ke tahun 1405. Masa itu pemerintah beraja secara mutlak kan?..takde sistem Raja berpelembagaan. sekarang dlm sistem demokrasi berparlimen. Parlimen lah kuasa pemutus. mcmana nak kuasai parlimen kalau berpolitik pun tidak.

Alasan apa lagi untuk mengajak ulamak lari dari PAS. Tanpa mereka sedar bila ulamak tidak menguatkan PAS bermakna mereka memberi laluan kpd DAP dan parti2 sekular untuk berkuasa. Tahukah anda PAS ada lah benteng pertahanan untuk menyekat kuasa ideologi komunis,libral,plural dan sekular sampai ke Parlimen. sebagaimana fahaman Ahlu Sunnah wal Jamaah itu menjadi benteng kepada wahabi,syiah,muktazilah,qadariyyah,jabariyyah dan mujassimah dari menguasai ummat Islam.

jadinya..jgn kamu jaga satu pintu dari pintu2 benteng pertahanan Islam tapi dlm masa yg sama kamu robohkan tembok benteng itu sendiri.

UMS
pengerusi
Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia.

Ooo ..
Cc: Encik Kenangan MatRais Bahari

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=327147458395199&id=100032998420340

Monday, September 21, 2020

Adalah pas parti extreem

https://www.facebook.com/1811351429/posts/10214615917670911/

Adalah pas parti extreem ?

Saturday, September 19, 2020

SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA MELAYU- uncle kentang

SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA MELAYU..... ASAL NYA MELAYU ORANG YANG SANGAT MULIA....DAN TIADA ADA NIAT JAHAT.... 

Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang. ( Malaysia). Beliau terus pileh Batu Pahat sebagai tempat landing kerana Batu Pahat dekat dengan laut. Ada sungai Batu Pahat. Masa tamadun dulu, semua penempatan adalah melalui sungai. Ayah saya kahwin dengan mak saya, kerana mak saya adalah seorang YATIM PIATU kerana ibubapa kandung mak saya   terkorban masa Jepun Menyerang Malaya.

Saya nak cerita pasal baik orang Melayu di Malaysia. Masa dulu Malaya susah.... tapi China dalam era komunis lagi susah menurut sejarah. Ramai China  berhijrah ke merata dunia..... orang Melayu di Malaysia senang aja menerima kehadiran bangsa China di Malaya. Mereka tak ada busuk hati... tak menikam atau menusuk mana mana pendatang yang sampai ke Malaya ketika itu.... kalau orang India... mereka dibawa masuk oleh British.... untuk buat railroads.... orang China mereka datang kerana nak lari dari negara China yang masa itu amalkan sistem Komunis dan negara amat mundur ketika itu... saya INGIN PERJELASKAN KEIKHLASAN MELAYU MENERIMA PENDATANG YANG MERANTAU  KETIKA ITU... TAK MEREKA BERNIAT JAHAT TERHADAP ORANG ORANG CINA YANG LANDING DI MALAYA... saya sungguh terharu pasal bab ini.. ayah saya di terima baik... atuk saya tak pernah datang ke Malaya... dan meninggal di China.... jadi kita JELAS LIHAT BAHAWA MELAYU TIADA ADA NIAT BURUK TERHADAP PENDATANG KETIKA ITU kerana kita sama sama ada niat hidup berharmoni ketika susah... saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memileh negara ini sebagai negara yang AYAH SAYA YAKIN ADA MASA DEPAN UNTUK ANAK ANAK BELIAU.... ayah di beri sijil kerakyatan bila sampai ke sini.... lepas itu di beri IC ( Kad pengenalan yang berwarna biru).... ibu saya pun ada sijil kerakyatan dan kemudian baru di tukar jadi IC warganegara....

Jadi jelas di sini saya lihat sejarah kebaikan dan nilai keharmonian  orang Melayu dan orang asal. Mereka tak pertikaikan kehadiran ayah saya malah ayah saya telah berkawan baik dengan semua jawa dan Melayu yang tinggal di estet kebun getah di Bukit Cermai Batu Pahat.......TAK PERNAH SAYA LIHAT MEREKA BERGADUH...SEMUA HIDUP HARMONI... masa 13hb Mei saya masih kecil.... tapi saya ingat lagi... ayah dan semua orang Melayu berkampung di estet... bincang... mereka buat persiapan agar "orang luar" tak boleh menyerang kampung kami... Melayu dan Cina stand solid , rantai basikal... lembing... pokok pisang jadi benteng... Cina dan Melayu bincang nak lindung estet... bukan gaduh.. siap goreng beras agih agih... kerana beras goreng boleh tahan lapar... lepas itu apa apa pun tak ada berlaku... kerana 13hb Mei hanya di kawasan KL aja....

Saya buat nota ini dari hati saya... kerana saya tak mau kita bergaduh dan salah sangka... kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di tanah Melayu ini.... jadi tiada ada perbalahan sebenar nya berlaku... hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal.... nak bahagikan kita semua untuk berpecah agar mereka politik senang menguasai kita dan HANYA UNTUK POLITICAL SURVIVAL MEREKA AJA... ramai akan rasa saya PELIK DAN JANGGAL... tapi biarlah aku NOTAKAN KEBAIKAN ORANG MELAYU SEBELUM AKU PULANG KE KUBUR AKU... agar kita faham sejarah lampau.... agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu..dan kini dan seterus  nya... siapa kata Melayu itu tak baik... tiada... kerana Melayu tak baik itu sakit mental politik dan kepesongan nilai Malaysia dan terpesong dari agama... Melayu semua baik baik belaka.... India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain... India ini asal nya orang simple... mereka datang sebagai tenaga untuk Malaya buat jalan... orang Cina pula buat rumah ketika itu bersama tukang rumah Melayu... Hakka Moi jadi benteng bawa pasir dan batu... ramai Hakka terlibat dalam industri bijih timah... getah dan lain lain... KITA SEMUA HIDUP HARMONI DENGAN ASAL NYA ORANG MELAYU/ ASAL MENERIMA PENDATANG CINA YANG TIBA DI MALAYSIA... DAN JUGA DI NEGARA LAIN SELURUH DUNIA... Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya... sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya... saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.... SAYA JANJI SAYA AKAN SUMBANGKAN APA JUA YANG SAYA MAMPU LAKUKAN UNTUK MALAYSIA......
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217673752776229&id=1251877796

Dalam menjawab dakwaan pimpinan WARISAN yang berkata PAN adalah anak PAS

https://m.facebook.com/groups/438140389896977?view=permalink&id=1199577217086620

Dalam menjawab dakwaan pimpinan WARISAN yang berkata PAN adalah anak PAS, di sini aku paste dua artikal ini untuk kita fahami.

1. SEJAK BILA PAS BERANAKKAN PAN?
Dalam mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin Warisan mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. Tujuannya hanya satu, untuk mengelirukan pengundi supaya penyokong PAS mengundi mereka. Dakwaan ini amat janggal, bahkan bertentangan dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa merekalah yang mengusahakan penubuhan PAN. Hatta, warna Oren itu pun adalah pilihan DAP untuk mewarnai perjuangan PAN.

Semua khalayak politik tahu, bahawa PAN bermula dengan penubuhan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dalam September 2014. Apabila sebahagian mereka tewas dalam pemilihan PAS 2015, mereka membentuk G18 (Kumpulan 18), sebelum bertukar menjadi GHB (Gerakan Harapan Baru), dan akhirnya menjadi PAN setelah beberapa proses 'membeli' parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP). Inilah 'origin of PAN.'

Ada juga pengkaji yang mengatakan PAN adalah parti yang disusun penubuhannya oleh IRC. Sejak 1998, terdapat segolongan ahli IRC menyusup masuk (infiltrate) ke dalam PAS, tetapi ia berlaku secara besar-besaran selepas 2004. Mereka cuba menguasai pos-pos strategik dalam PAS dan akhirnya berusaha menguasai kepemimpinan PAS. Pergerakan IRC telah diwakili oleh IKRAM di dalam parti-parti pembangkang ketika itu. Kerana itu berlaku pertembungan besar dalam kepemimpinan PAS sebelum 2015. Mereka adalah pemimpin PAS yang menyokong Anwar Ibrahim, tidak mendukung Presiden PAS. Mereka juga membawa agenda liberal dalam PAS. Apabila mereka gagal menguasai PAS pada 2015, mereka menubuhkan PAN.

Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa secara teknikal PAN memang anak PAS kerana ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan dan ahli PAS. Tetapi saya bertegas, bahawa PAN bukan ditubuhkan oleh bekas pimpinan PAS, tetapi ia ditubuhkan oleh pimpinan dan ahli PAN yang berada dan menyusup dalam PAS. Dasar, fikrah dan agenda mereka sudah lama dibiakkan dalam PAS, tetapi mereka gagal memperdayakan pimpinan dan ahli PAS. Mereka cuba mengubah dasar dan perjuangan PAS tetapi gagal. Mereka cuba menjadikan PAS parti Islam yang liberal tetapi mereka juga gagal. Lalu seluruh pimpinan dan ahli PAN yang berada di dalam PAS terpaksa menjelmakan diri dan wajah sebenar mereka pada 2015. Maka lahirlah PAN.

Hakikatnya, PAN adalah parti yang ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli PAN yang berada di dalam PAS. Mereka sekali-kali bukan PAS!

Oleh: Mohd Fadli Ghani

2. Grand Design IRC-JIM temui JALAN MATI. Jalan keluar ialah dengan berpaut pada DAP.
----------------------------------
Yb Shaari Sungip dan Dr Dzulkifli Ahmad terlupa menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Mereka semua bekas pelajar Malaysia, golongan elit terpelajar. IRC ditubuhkan sebagai alternatif kepada ABIM apabila Anwar masuk UMNO.

Pada akhir tahun 1990, setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS, Anwar menjemput IRC untuk bersama UMNO bagi tangani kebangkitan pengaruh PAS susulan kemenangan PAS merampas Kelantan dari BN-UMNO. Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dalam masa yang dekat selepas itu.
Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS.

Pada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi. Mereka masuk dengan arahan dan restu Anwar. Apabila PKN ditubuhkan 1999 dengan bantuan PAS atas nasihat pimpinan Ustaz Fadzl Nor, Shaari Sungib telah ditawarkan sebagai SU Agung PKN tetapi beliau menolak kerana mahu "duduk" dalam PAS dahulu bersama Dr Dzulkifli Ahmad. Rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.

Apabila IRC gagal kuasai UMNO, mereka cuba kuasai PAS. Ketika itu JIM-IRC pecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya. IKRAM bersama PAS. Selama lebih 10 tahun, kumpulan JIM-IRC membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka selain Kamarudin Jaafar yang berjaya dilantik sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka.

Selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan persitiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS.

Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider, dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu "dipujuk' untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.

Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui Konsensus Nasional. Anwar dicadang menjadi MB untuk liase dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat pulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya.
Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika KN berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.

Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.

Kemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS. Perkara ini disebut dalam kertas Grand Design yang ditulis pada tahun 1991, iaitu menubuhkan satu NGO sekiranya gagal kuasai PAS, dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.

Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Pakhrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IRC-JIM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS. Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IRC-JIM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.

Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan JIM-IRC dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah. Pemilihan JK ini dibuat melalui cara demokrasi yang telus dan dikendalikan oleh Asmuni Awi.

Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas “arahan” dan “pujukan” pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.

Bagi PAN, mereka suka menumpang orang lain macam pokok dedalu. Mereka pernah menumpang UMNO. Mereka pernah PAS. Tapi mereka gagal kuasai UMNO dan PAS. Kini mereka menemui jalan buntu. Jalan seterusnya tidak digariskan oleh ini tidak dihuraikan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design mereka pada tahun 1991. Jalan keluar dari JALAN MATI ini ialah dengan berpaut pada DAP.

PAN kini dikuasai oleh DAP. Ia menjadi proksi kepada DAP sebagai jambatan untuk dekati dan kuasai orang Melayu. DAP telah melabur banyak wang dan tenaga “membela’ dan “membiayai” indidividu dalam PAN, dan pastinya DAP akan tuntut pelbagai perkara dibuat oleh PAN bagi pihak DAP. DAP kini menjadi ALONG kepada PAN. Percubaan pertama DAP menguji PAN ialah di PRK Sarawak dan ujian kedua ialah di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAN kelihatan positif untuk terus digunakan oleh DAP untuk hadapi PRU 14.

Persoalannya: mampukah PAN keluar dari ugutan dan arahan DAP sebagaimana ALONG lakukan ke atas peminjam dedak atau penerima dedak? Mampukah mereka memelihara iman dan akhlak sebagai seorang Muslim? Mampukah mereka bertahan untuk tempoh 1 tahun akan datang? Ini semua tidak digariskan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design. Sama-sama kita tunggu episodnya.

Terbukti islam yang benar

Nampak Macam Muslimah Tetapi Bukan Islam!

Kebelakangan ini ramai yang menyerang agama Islam dengan menuduh Islam menindas wanita kerana agama Islam mewajibkan untuk wanita memakai tudung dan menutup aurat. Prinsip di dalam Islam adalah tunduk dan patuh kepada dalil yang disebut oleh Allah dan Rasulullah. Sekiranya Allah yang merupakan Tuhan, yang menciptakan alam dan segala-galanya di dunia ini menyuruh untuk menutup aurat maka sikap muslim adalah mengikut arahanNya.

Tatkala orang melihat seakan-akan Islam sahaja yang menganjurkan suruhan ini, mereka tidak sedar bahawa amalan ini juga terdapat di dalam ajaran agama lain seperti:

1) Yahudi
2) Kristian
3) Zoroaster / Majusi
4) Druze
5) Samaritan
6) Yazdanisme
7) Sikh
8) Sabean Mandean
9) Jainisme

Malah di dalam kitab suci mereka memiliki dalil yang menyuruh mereka untuk memakai pakaian tersebut (lihat dalam gambar). Akan tetapi mereka tidak menjadi ‘mangsa serangan’ golongan liberal (hermeneutik) dan golongan pejuang kebebasan bertudung seperti golongan liberal mensasarkan kepada Islam.

Hal ini kerana kita dapat lihat bahawa muslim adalah penganut agama yang paling berdisiplin sekali di dunia ini berbanding dengan penganut agama lain. Selain isu ini, pengharaman arak dan pengharaman babi juga terdapat di dalam agama Yahudi dan Kristian tetapi sering kali mereka melihat muslim yang sensitif kepada perkara tersebut.

Jika mengaku beragama, tetapi tidak berdisiplin dalam mengikut perintah Tuhan lalu memberi takwilan dan tafsiran yang menyimpang tidak seperti kehendak dalil, lalu apa gunanya beragama?

Untuk perbincangan tentang tudung dan agama lain boleh baca “Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung” di sini :
https://askislam.me/ms/2018/05/25/al-quran-bukanlah-kitab-pertama-memperkenalkan-tudung/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2284755885131619&id=1825017094438836

Wednesday, September 16, 2020

Libya - RENUNGAN PENGAJARAN DAN TAULADAN

*RENUNGAN PENGAJARAN DAN TAULADAN*

Salam perpaduan ... jangan termakan dakyah anak2  🐖🐖🐖 si harbi !

*_MUAMMAR GADDAFI_*

_Pemimpin yang pro rakyatnya, namun menjadi korban propaganda dan fitnah Kapitalis Barat dan Zionis... anak2 🐖 harbi 😤😤🤬

_20 Oktober 2011.

_"Jangan tembak, jangan tembak,” kata Gadaffi kepada sejumlah tentera NTC yang menyeretnya keluar dari saliran itu_.

_Gadaffi diarak di jalanan setelah diseret dari lubang saliran. Dengan kepala bersimbah darah, dengan pakaiannya nyaris tanggal keseluruhannya. Gadaffi diarak sejumlah tentera yang bersorak puas dengan kemenangan mereka. Ada yang mengacukan pistol. Ada yang menarik rambutnya. Beberapa kali Gadaffi terjatuh sambil mengusap wajahnya yang bersimbah darah._

_Semasa tertangkap, Gadaffi sudah pun bersimbah darah. Terluka saat menghindari serangan tentera NATO dan NTC, beberapa minit sebelumnya_.

_Ketika Gadaffi ditangkap dan pemberontak mengelilinginya seperti orang tawanan_.

_Gadaffi didera secara membabi buta oleh  rakyatnya sendiri._ _Rakyat yang telah dibelanya sebagai pemilik pendapatan GDP per kapita tertinggi di dunia, rakyat yang diberi segala kemudahan sehingga memiliki angka harapan hidup terpanjang dan angka kemiskinan yang lebih rendah dibanding Kerajaan Belanda._

_Diaa ditikam dengan  pisau oleh rakyatnya sendiri yang sudah diprovokasi oleh pemberontak propaganda barat AS NATO Barbar. Rakyatnya rela membunuh orang yang mengusahakan untuk rakyatnya menikmati pendidikan percuma, layanan kesihatan percuma, letrik & air percuma, pinjaman tanpa faedah & riba, hinggakan waktu mereka bernikah pun akan diberikan apartment percuma._

_Dia ditembak di kepala dan di dada oleh rakyatnya sendiri, rakyat yang dihantarkannya memenuhi universiti, yang dikuliahkannya ke luar negara lengkap dengan gaji bulanan dan kereta, yang tetap diberi elaun sara hidup walaupun masih menganggur setelah tamat pengajian._

_1986, Gadaffi pernah terselamat dari maut. Jet tempur AS menjatuhkan bom seberat 1 tan di khemah Gadaffi di Bab al-Azizya. Bom itu tepat jatuh di tempat tidurnya, membunuh putrinya yang berusia 2 tahun, yang sering tidur bersamanya. Malam itu, dengan kuasa Allah dia tidak berada di tempat itu. Kegagalan AS itu nyata melahirkan dendam berterusan terhadapnya hingga akhirnya dia diguling & dibunuh rakyat sendiri yang termakan hasutan fitnah rekaan AS dan Zionis._

_Baik atau buruk, Gadaffi hanyalah seorang Badwi  yang lahir dalam khemah. Ia membenci kemiskinan dan korupnya dunia Arab, yang didominasi dan dieksploitasi oleh AS, Perancis dan Inggeris. Ia juga merupakan pendukung Palestin, Nelson Mandela, Tentera Republik Ireland._

*_Kini rakyat Libya telah menyesal menggulingkan Gadaffi, kerana percaya kepada provokasi dan fitnah USA dan sekutunya. Kini Libya telah hancur. Libya telah berada dalam genggaman barat AS NATO. Rakyat menjadi budak suruhan. Yang menikmati adalah elit² yang rakuskan kekuasaan. Apa yang dijanji sirna belaka, rakyat yang rugi dan menderita. AS dan sekutunya sedang memunggah kekayaan Negara Libya._*

"Ketika kami berdemonstrasi menjatuhkan Gadaffi kami bermimpi akan menikmati kekayaan negara ini seperti yang dijanjikan, sekarang kami menyesal," kata rakyat (tamak! sudah kaya tetapi mahu lebih lagi).
Menyesal yang tiada ertinya lagi. Kuasa yang sudah tiada lagi.

_"Kini kami di kelilingi oleh penjahat yang hauskan perang, hauskan akan minyak. Kehidupan rakyat sangat susah, kemiskinan meningkat menjadi papa dan siang malam kami hidup dalam ketakutan," kata rakyat lagi._

*Penyesalan selalu datang terlambat.*
*Nikmatilah sekarang, hasil orang yang haus akan kekuasaan dan minyak.*

_Rest in Peace, Colonel !!!_

*BELAJARLAH DARI PENGALAMAN dan BELAJARLAH DARI SEJARAH*....

*JANGAN TERTIPU DENGAN 'SYURGA' CIPTAAN ZIONIS & WAKIL²NYA.*

*_Cukup sudah Libya, Iraq, Syria, Sudan, Afghanistan dan beberapa lagi negara di Timur Tengah yang hancur dihancurkan oleh rakyat sendiri._*

*_Menyesal yang sudah termakan propaganda barat fitnah hoax._*

_*Malaysia, In Syaa Allah,* tidak akan mengikuti jejak kehancuran akibat kebodohan  ini....._
_Dengan syarat ummah berpadu dibawah panji ulama' & umara'_

*Sedarlah*!!!
*Waspadalah*!!!
*_Jangan kita diadu dombakan sehingga kita jadi terpecah belahnya Bangsa Melayu ini. Marilah kita fikirkan kesejahteraan anak cucu kita kedepannya....._*

*SALAM PERPADUAN UMMAH*.....

Share sebanyaknya agar masyarakat memahami situasi dengan belajar dari pengalaman negara lain.

*Munafik dan kafir tetap memusuhi Islam, itu janji Allah dalam Al Quran*

#Salam Perpaduan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217649512930248&id=1251877796

Saturday, September 12, 2020

Pemimpin ph dah tarik balik ke belum kenyataan masing masing

TARIK BALIK.
.
Pas dulu pernah kata umno kafir, jadi kalau ada kerjasama dengan umno, kini pas juga jadi kafir selagi tidak tarik semula - tun mahadhir

Tun,
Yang gelar anwar ibrahim peliwat itu adalah tun mahadhir,
Tun dah tarik semula ke belum?

Yang gelar tun mahadhir perompak, mahazalim tu adalah anwar,
Anwar dah tarik semula ke belum?

Yang gelar lim kit siang bapa rasis dan anti islam adalah tun mahadhir,
Tun dah tarik semula ke belum?

Yang gelar tun mahadhir sebagai diktator, ekstrimis melayu tu lim kit siang,
Lim kit siang dah tarik belum?

Yang gelar tun mahadhir bapa pelingkup negara, bapa lerompak adalah mat sabu,
Mat sabu dah tarik belum?

Kalau belum, mengikut mantik dan sifir tun mahadhir sendiri maknanya bolehlah kita kata kerajaan ph kini adalah sebuah kerjasama golongan peliwat, perompak, mahazalim, bapa rasis, anti islam diktator, ekstrimis melayu, pelingkup negara dan perompak negara, gitu ke tun mahadhir,
Harapnya taklah kan. 🤣🤣🤣🥴🥴🥴🥴

Friday, September 11, 2020

Poltik pas yg dah banyak makan garam

Walau sebagai musuh politik, janganlah anda perli kerjasama PAS. Jangan underestimate PAS. Semua (ulang: semua) kerjasama parti ini membawa tuah dan keuntungan yang besar kepadanya.

PAS mungkin tidak bertanding di Sabah kali ini tetapi pelaburannya yang begitu lama pasti membuahkan hasil. Politik PAS ini politik kura-kura, politik marathon, atau politik makan senyap-senyap macam anai-anai.

Kerjasama dengan Semangat 46, melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU), pada 1990 menghadiahkan semula Kelantan kepadanya. Pada 1999, ia berjaya mendapat Terengganu, selain mengekalkan Kelantan, bersama Barisan Alternatif.

Pada 2008, parti ini ada tiga menteri besar termasuk di Perak walau jumlah kerusinya kecil sahaja di negeri ini. PAS ada Kelantan dan Kedah, dua kejayaan besar dalam sejarahnya (waktu itu).

Pada 2018, melalui kerjasama sulit dalam strategi tiga penjuru, PAS menguasai Terengganu semula. Melalui strategi "tebuk atap" pada 2020, ia juga merampas Kedah, selain tiga jawatan menteri.

Sejak kerjasama dengan Perikatan pada 1972 (kemudian Barisan Nasional hingga 1977), kedudukannya dalam kerajaan bertambah baik, perlahan-lahan. LIHAT pautan di bahagian komen.

Apa yang kita boleh faham daripada tuah politik PAS ini?

1. PAS bijak menghidu peluang dan cepat memanfaatkan krisis, khususnya krisis besar parti kerajaan.

Kita lihat latarnya: tragedi 13 Mei 1969, perpecahan Team A dan Team B pada 1987, pemecatan DS Anwar Ibrahim 1998, ketegangan Tun Abdullah Ahmad Badawi-Tun Dr Mahathir Mohamad 2005/6 dan DS Najib Razak-TS Muhyiddin Yassin 2015.

2. PAS bukan sekadar parti agama tetapi gerakan politik nasionalis dan konservatif yang menyedari kekananan ideologinya hanya menyudutnya di Kota Bharu. PAS cukup sedar keterbatasannya dan sentiasa mengatasinya, termasuk memulih imej luaran, meraikan ragam kelompok (termasuk apa yang dilabel "profesional") dan melebarkan kerjasama.

Di satu sisi, PAS ini parti yang mudah lentur, "pragmatik, oportunis dan Machiavellian"***, demi menguasai ruang dan peluang khususnya pilihan raya. Ia boleh "main kotor" sama dengan Umno dan kerajaan yang menindasnya. Ia sebuah parti resilient dan tough hasil tekanan Umno yang kotor terhadapnya.

3. Kerjasama PAS selalunya satu penggal (dan lebih sedikit, tidak sampai dua penggal). Hampir semua tahalluf siyasinya disemak semula dengan kadar segera jika ia rasa tidak cukup menguntungkannya.

Namun setiap kali ia mendapat manfaat besar daripada kerjasama tersebut, ia akan membolotnya dengan cubaan mengecilkan pengaruh rakannya.

Lihat apa jadi pada Semangat 46 di Kelantan selepas 1990, apa jadi pada gabungan NGO dan Keadilan di Terengganu selepas 1999? Lihat jenis "muafakat" antara PAS dan Umno di Terengganu saat ini. Senget sebelah.

DAP tidak untung dalam Barisan Alternatif tetapi PAS mendominasi kerjasama itu. Tidak lama selepas menang, ia menjerit kejayaan Islam melawan sekular. Menjelang 2004, ia melonjakkan manifesto Negara Islam, menyisihkan lagi DAP daripada PAS.

Semangat 46 dan DAP tidak untung pada 1990 dan 1999 tetapi PAS bernafas lega. Langkahnya makin panjang. Dalam strategi tiga penjuru, lihat nasib DS Najib dan Umno pada 2018 tetapi PAS menguasai Terengganu, sekali lagi.

4. (Huraian lanjut tiga isi di atas). Walaupun selalunya tidak panjang jodohnya, PAS ini parti yang sangat percaya pada kerjasama. Misalnya pada pilihan raya umum 1986 walau kecil dan kurang signifikan. Yang jelas, ia sedar perlunya membuka ruang dan peluang walau tinggal sekelumit harapan.

Memang PAS dijenakakan sebagai "parti pacak bendera BN" di Sabah saat ini tetapi kenyataan DS Abdul Hadi Awang tadi jelas sekali cuba memacak keyakinan parti itu sebagai sekutu yang berguna lagi diyakini demi diam-diam melebarkan pengaruhnya di Semenanjung.

Kenyataan Hadi dalam isu Sabah samalah sikapnya hadir bertemu Najib selepas dijatuhkan hukuman kes SRC, samalah sokongannya terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri. Samalah sikapnya kekal bersama Muafakat Nasional dan cepat-cepat menyertai Perikatan Nasional.

5. Lihat beberapa keputusan licik PAS untuk cuba melentur dirinya tanpa melarutkan kepentingan dirinya. Kita ambil dua kes di Kelantan selepas pilihan raya 2004 dan menjelang 2008.

Sewaktu ia menang sangat tipis, PAS berunding dengan Umno agar tidak mencabar keputusan di mahkamah pilihan raya. Mereka seolah-olah "berdamai". Kenapa ia membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas pada 2008?

Dua keputusan di Kelantan ini mendedahkan kelicikan parti agama bertarung untuk kekal relevan/berkuasa. Slogan "PAS for All" dan tema "Negara Berkebajikan" sebahagian strategi ini. Menubuhkan Kelab Penyokong Bukan Islam pada 2004 (ditambah baik pada 2010) seumpama siri dialog Majlis Perundingan Cina (CCC) menjelang 1986.

Begitu juga keputusan mengizinkan pemimpin Dewan Muslimat menjadi calon pilihan raya mulai 2001. Pada 2018, PAS meletakkan seramai 210 calon wanita di peringkat DUN dan Parlimen. Malah, PAS mencipta rekod meletakkan wanita bukan Islam sebagai calonnya pada 2008!

Jadi tidak hairanlah PAS mahu/rela bertanding atas tiket BN di Sabah walau hasrat itu tidak kesampaian, kali ini. Sewaktu tidak dapat, mereka tidak mudah patah hati. Inilah semangat si kura-kura.

Kaum arnab tidak akan faham, mereka hanya mentertawakannya sebelum tertidur. Sama-sama kita tunggu saat sang kura-kura melepasi garisan penamat!

*** sebagai contoh, lihat evolusi sikap-sikap PAS yang berbolak-balik terhadap Amanat Hadi, fatwa syuhada' Memali, retorika hudud dan RUU 355, berpeluk dengan Lim Kit Siang dan berperang dengan DAP, berpisah daripada Pakatan Rakyat tetapi bersama DS Azmin Ali dalam kerajaan Selangor dan juga majlis simbolik berbaju Melayu sambil mengarak keris besar, termasuk untuk memotong pulut semangat (hijau putih). Sebenarnya PAS ini apa?
PAS sebagai parti otai yang dah lama makan garam, tahu benar apa yang mereka mahukan walaupun PRN sabah ini mereka dijadikan bahan jenaka.

PAS bijak... slow n steady... bkn mcm PAN PKR org tebuk atap pun tak sedar.. tau2 dah roboh rumah !

Politik "makan dalam"....Politik Pas ni umpama kura2 berlawan lari dgn kaum Arnab ....kaum arnab jangan terlalu seronok sangat menjenakakan Politik kura kura Pas...Panjang Akal politik Pas ni.

Itulah politik PAS yg dipimpin oleh Tghh

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3879649158718268&id=100000196668329

Kepimpinan dalam islam

DUA kata, yakni pemimpin dan kepemimpinan, adalah bagian dalam kehidupan bermasyarakat, berorganisasi, berusaha, berbangsa dan bernegara. Kemajuan dan kemunduran masyarakat, organisasi, usaha, bangsa dan megara antara lain dipengaruhi para pemimpinnya. Oleh karena itu sejumlah teori tentang pemimpin dan kepemimpinan terus bermunculan dan kian berkembang.

Islam sebagai rahmat bagi seluruh manusia, telah meletakkan persoalan pemimpin dan kepemimpinan sebagai salah satu persoalan pokok dalam ajarannya.

Beberapa pedoman atau panduan telah digariskan untuk melahirkan kepemimpinan yang diridai Allah SWT, yang membawa kemaslahatan, menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat kelak.

Sejarah Islam telah membuktikan pentingnya masalah kepemimpinan ini setelah wafatnya Baginda Rasul. Para sahabat telah memberi penekanan dan Kepemimpinan
 keutamaan dalam melantik pengganti beliau dalam memimpin umat Islam. Umat Islam tidak seharusnya dibiarkan tanpa pemimpin.

 Sayyidina Umar R.A pernah berkata, “Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepemimpinan dan tiada kepemimpinan tanpa taat”.

Pentingnya pemimpin dan kepemimpinan ini perlu dipahami dan dihayati oleh setiap umat Islam di negeri yang mayoritas warganya beragama Islam ini, meskipun Indonesia bukanlah negara Islam.

Allah SWT telah memberi tahu kepada manusia, tentang pentingnya kepemimpinan dalam Islam, sebagaimana dalam Alquran kita menemukan banyak ayat yang berkaitan dengan masalah kepemimpinan.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al Baqarah: 30)

Ayat ini mengisyaratkan bahwa khalifah (pemimpin) adalah pemegang mandat Allah SWT untuk mengemban amanah dan kepemimpinan langit di muka bumi. Ingat komunitas malaikat pernah memprotes terhadap kekhalifahan manusia di muka bumi.

”Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah SWT dan Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah SWT dan rasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS An-Nisa: 59)

Ayat ini menunjukan ketaatan kepada ulil amri (pemimpin) harus dalam rangka ketaatan kepada Allah SWT dan rasulnya.

Tugas Pemimpin
Pada prinsipnya menurut Islam setiap orang adalah pemimpin. Ini sejalan dengan fungsi dan peran manusia di muka bumi sebagai khalifatullah, yang diberi tugas untuk senantiasa mengabdi dan beribadah kepada-Nya

Dalam sebuah kesempatan, ketika seorang perempuan dari suku Makhzun dipotong tangannya lantaran mencuri, kemudian keluarga perempuan itu meminta Usama bin Zaid supaya memohon kepada Rasulullah untuk membebaskannya, Rasulullah pun marah. Beliau bahkan mengingatkan bahwa, kehancuran masyarakat sebelumnya disebabkan oleh ketidakadilan dalam supremasi hukum seperti itu.

Memilih Pemimpin
Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara jujur, baik, cerdas dan amanah, niscaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara.

Oleh karena itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. Dalam Alquran, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah TERSESAT dari jalan yang lurus.”(QS. 60. Al-Mumtahanah : 1)

“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang2 kafir menjadi wali (teman atau pelindung)” (An Nisaa:144)

“Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allah lah Pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik Penolong.”(QS.Ali ‘Imraan :149-150)

“Kabarkanlah kepada orang-orang MUNAFIQ bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.”(QS. An-Nisaa’ : 138-139)

“Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, yaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), niscaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang FASIQ.”(QS.Al-Maa-idah : 80-81)***

Prn sabah - biarlah pas muhasabah

RPRU14-DUN Sabah
5 Kerusi terbaik PAS

1. N12 Karambunai – 4.9% (1696)
2. N17 Tg Aru-5.8%(1379)
3. N58 Merotai-5.9%(1209)
4. N59 Tg Batu-6.3%(1506)
5. N60 Sebatik-6.6%(504)

Kalau dilihat kepada keputusan PRU14 yg lalu eloklah PAS tidak bertanding di PRN SABAH dan beri laluan kepada rakan parti yg lain yg sinonim dgn masyarakat Sabah untuk kuatkan semangat melayu bumiputera Sabah tolak parti WARISAN bersama PH dan DAP.

Sebagai penyokong PAS yg faham dgn perjuangan PAS tiada istilah untuk aku kritik apa keputusan pimpinan. Apa yg aku faham dgn perjuangan Islam ini, kita berjuang dlm politik bukan hanya untuk bertanding dlm pilihanraya yg penting gerak kerja dakwah kita sampai kepada semua lapisan masyarakat.

Masyarakat Sabah bukan  seperti kita di Semenanjung yg mudah menerima gerak kerja Islam tetapi berdasarkan keputusan pilihanraya PRU14 yg lalu menunjukkan perkembangan yg positif gerak kerja PAS semakin diterima rakyat Sabah.

Semoga Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ini membuka mata rakyat Sabah pada PRN kali ini untuk melihat PAS sebuah parti Islam yg lebih mementingkan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sanggup bersama rakan parti yg pernah jatuh bersatu atas nama penyatuan ummah  untuk tolak bangsa DAP drpd terus mendominasi kerajaan.

Ukur baju kena padan dgn tuan....

Kepompong x menjadi rama rama dalam sehari
.....

Arti ikhlas - tidak mengungkit kebaikan kita.. kita buat saja.... tanpa sekelumit balasan.. setiakawan.. bukan setialawan.. biarkan org x balas.. Allah akan balas.. tenang itu tenteram 😍🥰

PAS fokus Kedah, Kelantan dan Terengganu cukup laa dulu. Sabah tu biar gajah sama gajah bergaduh. Buat kerja fokus bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu jadi maju, harmoni, sejahtera, dan power dulu.

Jika PAS boleh tunjuk kemampuan yang extraordinary mentadbir, satu hari nanti orang Sabah akan merayu mintak Ustaz Ahmad Yaakob, Dr Shamshuri dan Sdr Sanusi pergi tadbir Sabah. Takyah duk melukut mintak kerusi.

😊😄😆

#MuafakatNasional
#PerikatanNasional
#Istiqamah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217610226268106&id=1251877796KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PRN SABAH: PAS BERI LALUAN DEMI MUAFAKAT

1. PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah), setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

2. Dalam hal ini, PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah, demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang.

3. Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

4. Sokongan jentera dan ahli-ahli PAS dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Muharram 1442 / 11 September 2020

Saturday, September 5, 2020

MENTERI TERMISKIN DI INDONESIA

Kisah Inspirasi

MENTERI TERMISKIN DI INDONESIA

Ir. Sutami, beliau adalah Menteri hal ehwal Umum yang menjawat selama 4 fasa kabinet sejak tahun 1965  hingga tahun 1978.

Kerana  telus & kejujurannya,  Sutami diberi kepercayaan dan amanah di era Presiden Sukarno dan Presiden Suharto menjadi presiden ... menguruskan berbagai mega projek besar dengan dana yang besar. Meski demikian beliau yang berkelahiran Surakarta, Jawa Tengah 19 Oktober 1928, tidak mengambil kesempatan memanfaatkan dana projek projek tersebut  untuk tujuan korupsi dan kepentingan diri.

Sebab itu ada ungkapan yang mengatakan..."Tak mungkin pemimpin menjadi kaya raya, melainkan dia adalah seorang kuraptor"

Dibawah pengawasannya, projek raksasa seperti:

1. Gedung DPR RI
2. Jembatan Semanggi
3. Waduk Jatiluhur
4. Bandara Ngurah Rai.
5. Jembatan Musi Palembang
6. Jalan Tol Pertama di Indonesia ( Tol Jagorawi)

Semua projeknya hingga kini masih berdiri kukuh.

Sutami adalah satu satunya menteri yang paling miskin di Indonesia bahkan mungkin  sampai hari kiamat nanti, kerana Sutami adalah manusia yang lurus,  berpengetahuan, Jujur dan Amanah.

Saru hari di hari raya , datang para tetamu ... betapa terkejutnya mereka saat menginjakkan kaki di rumah Menteri Sutami. Mereka ingat dia punyai kemewahan , namun mereka dapati rumahnya amat sederhana yang atapnya bocor di mana-mana.

Bahkan suatu ketika.... elektrik kena potong dirumahnya kerana Sutami terlewat bayar bil...menunggu gaji bulan itu..... Padahal sebagai pejabat negara yang menangani projek-projek besar, Menteri Sutami boleh saja hidup dalam kemewahan.

Rumahnya beralamat di Jl. Imam Bonjol, Jakarta. Beliau membeli rumah secara ansuran dan baru lunas menjelang pencen. Tak pernah ia menggunakan kemudahan negara di luar pekerjaannya. Semasa dia pencen, semua kemudahan dikembalikan, termasuk kereta yang diberi kerajaan.

Semoga Alloh lapangkan kuburnya, ringankan beban soal munkar nakir....
Ya Allah jadikan Sutami Menteri Miskin di dunia tapi Kaya raya di akhiratnya..Aamiin

Tuesday, September 1, 2020

Memang injil diubah

aku belajar komparatif realigion, jd, xpayah nk tipu, nk tipu org lain boleh la, injil tu yg diturunkn kpd nabi isa, bible plk himpunan kitab, dlm bible terdpt injil dlm tu, nmpak sgt bodoh, dlm bible terdpt injil, yg kristian disebut gospel, gospel tu la injil, mmg diubah pon,

Bilbe plk diubah lg, trmasukla gospel, dulu old testament, skrg kristian ubah kpd new testament, skrg ni, klau nk cari injil yg pling dkt dgn injil yg asli, adalah injil barnabas, didlm bahasa hebrew, n dlm tu masih ada ayat quran yg mnyebut tentang kedatangan nabi muhammad, 
Antaranya berbunyi,
"Mikko mamittkim yahue muhammadim......"

Menceritakan tentang kedatangan nabi muhammad, lain kali kalau xde ilmu, duk diam2

Kredit Osman Jailani

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217554136705902&id=1251877796

Kenapa Dr Rozaimi dan Aiman Athirah bodoh nak faham analogi cerita hud-hud Ustaz Hashim

Kenapa Dr Rozaimi dan Aiman Athirah bodoh nak faham analogi cerita hud-hud Ustaz Hashim?

Saya hadir dan mendengar sendiri ucapan al-Fadhil al-Mursyid al-Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, yang disampaikan ketika perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak pada hari Sabtu 29 Ogos lepas.
Tuan Guru membawa kisah burung belatuk (hud hud) dalam kisah Nabi Sulaiman alaihis salam yang dirakamkan dalam surah al-'Ankabut ayat 15 hingga ayat 44.

Burung hud hud melanggar perintah Nabi Sulaiman AS, yang memerintahkan semua bala tentera Baginda AS yang terdiri daripada jin, manusia, burung-burung agar berhimpun.

Ketika pemeriksaan barisan dilakukan, didapati burung hud hud tiada. Lalu Nabi Sulaiman AS berkata:
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

Sebab hud hud tidak hadir adalah kerana ia berada di negeri Saba', memerhatikan kaum yang dipimpin oleh seorang wanita sujud menyembah matahari dan tidak menyembah Allah subhanahu wa ta'ala.

Ringkas cerita, akhirnya Raja Perempuan Saba' tunduk kepada kekuasaan Nabi Sulaiman AS dan memeluk Islam:
Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".

Ibrahnya, walaupun hud hud buat kesalahan tidak hadir dalam perbarisan tentera sehingga nyaris dikenakan hukuman berat daripada Nabi Sulaiman AS, namun hud hud ada alasannya, dan akibat daripada 'kesalahan' hud hud melanggar SOP itu, Nabi Sulaiman AS berjaya mengIslamkan seorang Raja Perempuan dan menundukkan kekuasaan sebuah negeri sehingga berada di bawah pengaruh pemerintahan Nabi Sulaiman AS.

Adakah hud hud bersalah kerana melanggar arahan supaya berhimpun? Jawabnya ya, ia bersalah kerana tidak berhimpun dan tiada dalam perbarisan.

Jadi adakah hud hud wajar dikenakan hukuman yang berat? Jawabnya Nabi Sulaiman AS mempertimbangkan alasan hud hud dan tidak terus menjatuhkan hukuman atas alasan melanggar SOP.

Jadi itulah analogi Tuan Guru al-Mursyid al-Am kepada kes Dr. Khairuddin, Menteri Komoditi yang terlanggar SOP kerana tidak kuarantin setelah pulang dari luar negara.

Jadi mari sama-sama kita fikir:

Adakah melanggar SOP itu satu kesalahan? Ya satu kesalahan.

Adakah kita perlu pertahankan kesalahan orang yang langgar SOP, hanya kerana dia kawan kita?
Tidak, adililah dia dan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Adakah beliau dikenakan hukuman? Ya, beliau telah dikenakan hukuman dan beliau mengambil tanggungjawab untuk memulangkan 4 bulan gaji.

Implikasi Dr. Khairuddin yang tidak kuarantin itu, apakah beliau menjadi sebab kepada penularan virus Covid? Tidak, tak ada pun kluster takiri, takanan, tatengah, tadepan ataupun tabelakang.

Menilai prestasi Dr. Khairuddin sebagai menteri, adakah beliau 'perform'?

'Performance' beliau yang wajar dipuji ialah kejayaan beliau melonjakkan harga komoditi sawit lebih tinggi daripada menteri sebelum beliau (anda boleh tanya orang yang ada kebun sawit dan buatlah perbandingan).
Yang terakhir, adakah Dr. Khairuddin wajar disiksa dan disembelih (letak jawatan menteri) seperti desakan daripada musuh politik beliau, terutamanya daripada orang 'kafir' yang 'jujur' dengan kes terowong ghaib dan 'lundingan telus'?

Beliau 'perform' dalam kementerian beliau;

Beliau terlanggar SOP kerana giat bekerja untuk negara dan rakyat;

Tak nampak pun beliau sibuk berpolitik dan buka pekung mendedahkan kelemahan menteri sebelum beliau;
harga sawit naik dan rata-rata pekebun puas hati dengan prestasi Kerajaan PN berbanding sebelumnya;

Tiada pun kluster Covid yang melibatkan beliau;

Beliau bukan buat kesalahan syariah seperti meliwat, zina, minum arak sehingga perlu dijatuhkan hukuman hudud dan qisas;

Beliau bukannya songlap duit rakyat ataupun buat projek ghaib yang belanja menelan bilion;

Beliau dah dikenakan tindakan dan bertanggungjawab di atas kesalahan;

Kesalahan beliau hanya tak ikut SOP kuarantin 14 hari .... dan beliau sudah pun kena hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Jadi isunya wajarkah hud hud Takiri ini disiksa dengan siksaan yang berat ataupun disembelih atas kesalahan langgar SOP?

Soalan ini masing-masing tanya iman dan jawablah sendiri, masing-masing nak jadi hakim, tapi adakah hukuman kita adil umpama adilnya Nabi Sulaiman yang memutuskan hukuman terhadap kes hud hud?

Kesimpulannya, poin Tuan Guru al-Mursyid al-Am dalam analogi ini bukanlah untuk membela atau mempertahankan kesalahan Dr. Khairuddin yang melanggar SOP tapi lebih kepada bertanyakan pendirian ahli PAS adakah wajar untuk hanya berdiam dan tunduk dengan desakan pihak lawan yang mahukan Dr. Khairuddin dikenakan hukuman yang lebih berat seterusnya melepaskan jawatan sebagai menteri, ataupun memberi sokongan kepada beliau untuk 'move on' dan teruskan tanggungjawab sebagai menteri, setelah beliau sendiri akur dengan kesalahan dan menerima tindakan.

P/S: Kepada Dr. Rozaimi yang dirahmati dan para pembaca yang sudi baca certot ini sampai la ke perenggan ini, saya mengajak untuk bersama-sama mengaminkan doa ini:

اللهم أرنا الحق حقا و ارزقنا اتباعه, و أرنا الباطل باطلا و ارزقنا اجتنابه، و لا تجعله ملتبسا علينا فنضل و اجعلنا للمتقين إماما.

Ya Allah! Bagilah kami nampak kebenaran itu jelas nampak benarnya dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, dan bagilah kami nampak kebatilan itu jelas nampak batilnya dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya, dan jangan bagi ia nampak samar-samar terhadap kami lalu kami pun tersesat, dan jadikanlah kami imam kepada golongan bertaqwa.

Rif'aat Razman.

#Sumber : FB  dan Tajuk artikel ini adalah tanggungjawab MindaRakyat 

MR : penggunaan perkataan bodoh nampak kasar tapi banyak ayat Quran guna bodoh untuk orang hebat ilmunya seperti Karun dan Firaun kerana jahil dan rasa besar diri