Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, April 2, 2015

Anak Ustaz Fadzil sokong kumpulan tertentu (dia namakan Husam dan Mat Sabu)"

Saya sebenarnya rasa kelakar juga dgn yg tergamak usung anak Almarhum Ust Fadzil Noor, peguam muda Muhammad Faiz Fadzil untuk kononnya tag line "Anak Ustaz Fadzil sokong kumpulan tertentu (dia namakan Husam dan Mat Sabu)".
Almarhum meninggalkan kita tahun 2002. Faiz ini terputus asuhan bapanya sudah 13 tahun. Beliau lupakah sahabat sehati sejiwa bapa nya adalah DS TGHH? Teman sejati. Tempat bertukar fikiran.
Sebelum dunia mengiktiraf DS TGHH sebagai tokoh Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia sebaris Sheikh Yusof Qardhawi yg kini uzur, Almarhum lebih dahulu jadikan DS TGHH rakan bertukar2 ilmu.
Bukan senaskhah dua penulisan ilmiah dibuat bersama.
Sangat menarik kontras yg ada dgn si adik Ustaz Fauwaz yg kini menjadi pendakwah bebas. Berkelulusan agama Universiti Al Azhar seperti bapanya juga.
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor pula cenderung dgn seruan agar kematangan berpolitik umat Islam ditingkatkan agar kerjasama yg baik untuk agama boleh dibuat rentas sempadan parti politik sama ada PAS atau UMNO.
Mustahil Ust Fauwaz tak menyelami hati org tuanya. Dia yg belajar agama sama tempat dgn bapanya yg mendapat inspirasi dari Ikhwanul Muslimin Mesir, bumi Al Azhar tentu bercakap 'bahasa yg sama'. berbanding dgn yg sedang belajar jurusan undang2.
Apa pula kata anak Almarhum Ust Fadhil Noor yg adik. Ni umur 36 tahun. Tapi jadi pendakwah. Lulusan Al Azhar.
Lagi daring. Ajak kerjasama PAS dan UMNO.
Abdullah bin Umar .a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya. (Riwayat Muslim)
Like · Comment · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej