Antara DISIPLIN dan KEBEBASAN
Di antara seruan kekabutan liberal dlm dunia perkembangan gerakan Islam ialah seruan kononnya kerana ketiadaan KHILAFAH atau AMIRUL MUKMININ, maka hilanglah peranan dan kewajipan BAI'AH, WALA', TAAT, THIQAH dan DISIPLIN kepada kepimpinan mana2 jamaah Islam krn mrk bukan JAMAATUL MUSLIMIN yang ditakrifkan dengan KHILAFAH itu. Maka bercambahlah pemikiran FAUDHA atau ANARKI dlm dunia gerakan Islam. Masing2 bebas dan tidak terikat dengan AKHLAK, ADAB dan DISIPLIN berjamaah. Bebas sehingga boleh keluar masuk jamaah sesuka hati. Membina adab dan disiplin dalam berjamaah dimomokkan sebagai pembodohan. Tarbiyah diburukkan sebagai infoktrinasi.
Berbangga atas nama KEBEBASAN tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang membantu musuh MENCACAMARBA dunia gerakan Islam. Gerakan Islam hilang kekuatan disiplin dan jatidiri, musuh tersenyum menyeringai sambil bertepuk tangan.... mereka melihat SUSUNAN BATU-BATA Islam itu semakin lemah dan longgar, menunggu masa untuk mereka MEREMPUHNYA.... atau cukup dengan MENOLAKNYA untuk roboh dan runtuh... Sekali lagi, strategi menggunakan KAYU (hulu kapak) untuk menumbangkan KAYU (pokok) berjaya digunakan. Dulu menggunakan anak pribumi (yang berjaya disekulerkan) seperti Atartuk untuk menjatuhkan kekuatan perjuangan Sultan Abdul Hamid II... hari ini menggunakan pejuang Islam dari dalam gerakan Islam untuk melemahkan kepimpinan gerakan Islam...
Justeru itulah anak2 gerakan islam mesti bersifat FATHONAH, bijaksana dan jangan terlalu naif...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1741900309373517&id=1657666887796860
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej