Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, February 25, 2016

isu tantawi vs LGE nih.aku pecahkan ikut point bagi korg faham.x faham jugak,sila hantuk kepala sendiri ke dinding.

Eddie kassim jln ipoh

okey la..last kot pasal isu tantawi vs LGE nih.aku pecahkan ikut point bagi korg faham.x faham jugak,sila hantuk kepala sendiri ke dinding.

APA SEBENARNYA BERLAKU?

1) Tantawi menulis sebuah artikel MEMPERTAHANKAN kerajaan PKR selangor dari dihentam oleh LGE berhubung KIDEX.

2) dalam artikel tu,tantawi simply kata "LGE jangan jd ketam yg nak ajar anak jalan lurus" dengan mengemukakan 5 keraguan :

a) projek terowong bawah tanah penang dianugerahkan tanpa open tender
b) projek terowong berkenaan tidak mengambilkira pandangan org awam secara menyeluruh
c) projek terowong berkenaan - pada kos RM4.63 billion utk sepanjang 6.5km - terlalu mahal berbanding sepatutnya (overpriced)
d) kerajaan penang beroperasi di atas bajet defisit
e) LGE ialah seorg hipokrit utk mengkritik KIDEX yg mengenakan tol sedangkan dia sendiri benarkan kutipan tol utk terowong penang selama 30 tahun.

(dalam artikel berkenaan,tantawi juga jelaskan KIDEX adalah projek kerajaan persekutuan manakala projek terowong adalah usaha kerajaan penang).

3) LGE bertindak menyaman tantawi berhubung artikel tersebut.

APA YANG TERJADI?

1) team LGE dari awal cuba meminta kes diselesaikan di luar mahkamah,pada mulanya dgn syarat tantawi minta maaf dan menanggung kos guaman.

2) tantawi menolak tawaran tersebut.

3) team LGE berusaha lagi utk mencapai persetujuan tanpa bicara,kali ini mereka menekankan tentang penggunaan terminologi yang salah berkenaan bab "tiada open tender" tersebut kepada istilah sebenar iaitu "RFP (request for proposal,permintaan utk cadangan).RFP ni open tender pun bukan,direct nego pun bukan.dalam ertikata lain,tantawi x salah dan x juga betul berkenaan point "tiada open tender" tersebut.

4) maka selepas perbincangan sulit antara hakim dan kedua2 pihak (tanpa lawyer),satu persetujuan dicapai :

a) pihak plaintif (LGE) MENARIK BALIK kes.
b) pihak defendan MEMBAYAR KOS MAHKAMAH sebanyak RM10K iaitu satu amalan mahkamah yg biasa bila plaintif menarik balik kes atas persetujuan bersama,defendan kena bayar kos mahkamah.
c) pihak defendan TIDAK PERLU MEMOHON MAAF kepada plaintif kerana HANYA SATU BAHAGIAN ARTIKEL (iaitu berkenaan bab tender) yang ditarik balik atas alasan terminologi dan bukan keseluruhan artikel yg ditarik balik.

POINT MENARIK :

1) pihak plaintif bersungguh2 nak setel luar court.

2) tantawi kemukakan 5 point besar tapi hanya satu point yg disentuh oleh LGE dan itupun atas alasan terminologi.baki 4 point LANGSUNG TIDAK DISENTUH oleh LGE.

3) jadi jika LGE tidak teruskan saman tantawi atas kesemua point lain tersebut,maka adakah point2 tantawi tersebut benar?.maka benarlah kos tunnel tu overpriced,tunnel tersebut tiada public consultation,kerajaan penang beroperasi atas bajet defisit serta benarlah LGE ni hipokrit,begitu?

kalau ikutkan pemikiran kanak2 di luar sana,depa dah dok canang tantawi bersalah berdasarkan satu hujah - tantawi kena bayar RM10K kos mahkamah sedangkan mmg amalan mahkamah jika kedua2 pihak berunding dan plaintif tarik balik kes,pihak defendan akan tanggung kos mahkamah (melainkan jika pihak plaintif setuju defer kos tersebut seperti kes TSKI melawan saifudin).

aku bukan terer law.aku cuma ada ramai kawan lawyer yg boleh aku rujuk.so nasihat aku,jangan dok delusi sgt.faktanya ialah drpd 5 point,tantawi betul 4 setengah point.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej