Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, February 25, 2016

TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM

TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM :
LUAHAN HATI DARI SEORANG AHLI JEMAAH ISLAM

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhammad merupakan seorang tokoh yang tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang dikenali dunia, disamping merupakan seorang tokoh politik Islam Malaysia yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Dalam akhir 70 an dan awalan 80 an, nama “Haji Hadi” telah bergema di Malaysia, dikala ulama-ulama pondok ketika itu mengajar di pondok-pondok mereka berkenaan hukum-hakam ibadat, tetapi kelainan yang dibawa oleh Tuan Guru apabila beliau telah membawa satu fikrah Islam yang selayaknya diterapkan dalam jiwa umat Islam, iaitu fikrah “Islam dan pemerintahan” tidak selayaknya di pisahkan.

Pemikiran ini telah menggugat pemikir-pemikir dan pendokong-pendokong fahaman secular yang bertapak didalam kerajaan, walaupun pada asalnya fikrah islam ini digemakan oleh tuan Guru sekadar di Masjid Rusila sahaja.

Rusila yang merupakan sebuah desa yang tidak dikenali sudah menjadi satu desa yang diserbu oleh ribuan rakyat terengganu dan rakyat luar terengganu pada setiap hari jumaat untuk mendengar kuliah tafsir dan khutbah jumaat, yang menjadi mimbar untuk Tuan Guru menyampaikan fikrah Islam beliau.

“HAJI HADI” DAN “RUSILA” : DUA NAMA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Pernah seorang wartawan yang berasal dari terengganu menceritakan kisah pertemuannya dengan seorang wartawan dari luar Negara, yang mana, dalam pertemuan tersebut, wartawan luar Negara itu bertanya kepadanya tentang dari mana asalnya, dia menjawab, “berasal dari terengganu, Malaysia”. Mendengar jawapan tersebut, wartawan luar Negara tersebut terus bertanyakan jarak antara rumahnya dengan Rusila.

Tujuan wartawan luar Negara itu bertanyakan tentang Rusila adalah untuk meminta bantuan dari wartawan terengganu itu membawanya berjumpa dengan tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, seorang tokoh ulama dan tokoh politik Islam yang mempunyai ucapan yang berani, tegas dan pintar[1].

Kisah ini mengambarkan betapa hebatnya “aura” yang ada kepada seorang tokoh hebat yang bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, sehingakan Rusila merupakan sebuah desa yang tidak dikenali menjadi desa “rujukan” atau “universiti” dalam memahami politik Islam di dunia.

TAHUN 1999 : TAHUN PEMBUKTIAN KEMAMPUAN TUAN GURU

Setelah selesai berlalunya pilihanraya umum pada tahun 1990, SPR mengisytiharkan bahawa negeri Kelantan sudah berjaya dimenangi oleh PAS. Lalu seluruh kepimpinan parti PAS bersetuju untuk “menabalkan” Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu memegang jawatan Dewan Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sejarah kemenangan islam di Malaysia berulang kembali, apabila Terengganu telah dikuasai oleh PAS pada tahun 1999, yang ketika itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dilantik secara rasminya menjadi Menteri Besar Terengganu.

Kepimpinan tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat di Kelantan telah membuktikan bahawa Islam mampu memerintah dan berjaya memberi kebajikan kepada rakyatnya.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru bersama exco-exco kerajaan negeri ketika itu adalah menghapuskan Tol di Kuala Terengganu, menghapuskan cukai pintu di seluruh negeri terengganu, memberikan hak tanah kepada mereka yang memerlukan dengan menghidupkan sistem “ihya Al-Mawat” dan banyak lagi.

Tindakan Tuan Guru itu menyebabkan pemerintahan Islam berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Terengganu, negeri terengganu diselubungi keberkatan sehinggakan orang-orang cina yang tidak beragama Islam sendiri mengakui kehebatan kepimpinan Islam dibawah pentadbiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

“HAJI HADI” LEBIH LAYAK BERBANDING “ANUAR IBRAHIM”

Pilihanraya kecil Dun Ijok membuktikan bahawa Anuar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini dinilai dengan tindak tanduk Anuar Ibrahim sendiri yang mempunyai karisma kepimpinan yang berimej “kurang bersih”, disamping perjuangannya tidak berasaskan kepada Islam.

Secara peribadi, aku tidak merasakan perbezaan antara kepimpinan UMNO dan Keadilan pimpinan Anuar Ibrahim. Perbezaan antara kedua-duanya, bukanlah antara “baik” dan “buruk”, tetapi perbezaannya antara “buruk” dengan yang “lebih buruk”.

Pemerintahan UMNO/BN dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Semuanya bermula dari pengamalan “kronisme”. Semuanya ini tidak mustahil berlaku didalam PKR dikala mereka memerintah.

Ini kerana, selagi mana sesuatu dasar perjuangan itu tidak di asaskan kepada Islam, selama itulah keadilan tidak dapat dilaksanakan. Disamping juga, dihari berlakunya pilihanraya kecil di Dun Ijok baru-baru ini, rata-rata petugas dari PKR lebih mengambil sikap menjadi “pengawal peribadi” anuar Ibrahim dan pemimpin PKR berbanding bekerja untuk menjadi perayu undi dan sebagainya.

Jika kita melihat kepada sejarah, semasa Anuar Ibrahim di dalam UMNO pun, beliau sentiasa menghina tindak tanduk PAS yang mahu melaksanakan undang-undang islam. Beliau menghina kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan diawal pemerintahan PAS di sana dan sebagainya.

ini menyalahi tindak tanduk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang lebih mempunyai kelayakan dari sudut keilmuan dan kewarakan dalam pemerintahan beliau semasa Negeri terengganu di “tangan PAS”

PENUTUP

Apabila ada “suara-suara” yang mengagungkan Anuar Ibrahim dan ingin “menabalkan” beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dikala Barisan Alternatif memerintah Malaysia, diri ini agak tidak boleh menerima kenyataan suara-suara tersebut.

Sebagai orang berkeahlian PAS, aku perpandangan, tidak selayaknya orang-orang PAS mengagungkan kepimpinan Anuar Ibrahim yang beliau sendiri tidak mempunyai akhlak pemimpin Islam yang selayaknya dicontohi.

Lihatlah bagaimana Anuar Ibrahim menari di Pentas di malam ceramah beliau di Ijok tempoh hari. Sebagai seorang yang mahukan Islam menjadi dasar perjuangan, aku agak merasa berdosa menghadiri majlis sebegitu.

Jika tidak kerana menjatuhkan UMNO/BN merupakan satu tanggungjawab, nescaya aku sendiri tidak akan menjadi petugas untuk menjatuhkan UMNO/BN di Ijok baru-baru ini.

Maka dengan ini, wajib kepada ahli-ahli PAS meletakkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai perdana Menteri Malaysia yang akan datang, bukan Anuar Ibrahim.

Apakah antum semua tidak mempercayai kebolehan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memerintah Malaysia, sedangkan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah membuktikan kejayaan perlaksanaan Islam memberi kebajikan kepada manusia seluruhnya.

Buka hati, buka minta, cermin diri. Cerminlah mengikut kacamata Islam, bukan pandangan hawa nafsu yang buta dari petunjuk.

Sekian

Wallahu ‘Alam

p/s :
sekadar pandangan peribadi.

Al-bakistani

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej