Apa kata Dr An Wang Seng isu jubah Cina ...Dalam isu pakaian kostum ADUN Paya Jaras, kostum tersebut bukanlah gambaran dewa kekayaan seperti yang digembar-gemburkan. Dewa kekayaan yang menjadi kepercayaan penganut budha mempunyai janggut berwarna putih.
Kostum yang dipakai adalah pakaian tradisional masyarakat cina yang dikenali sebagai "SamFu". Kostum itu terkenal dipakai dalam pertunjukkan opera cina menggambarkan watak pembesar-pembesar cina zaman dahulu. "SamFu" bukan pakaian dewa, ia pakaian tradisional masyarakat cina. Pakaian yang dikenakan itu adalah "SamFu" tradisional lama yang berbeza sedikit dengan "SamFu" moden.
Isu ini digembar-gemburkan mungkin kerana kurang kepekaan dalam mengenali masyarakat cina yang kaya dengan kebudayaannya. Dan isu ini juga mungkin digembar-gemburkan kerana tujuan politik murahan pihak tertentu.
Antara respon Dr Ann Wan Seng dalam program Himpunan Muallaf pagi tadi di Masjid Cina Ipoh Perak. Wallahualam.
https://m.facebook.com/hasan.omar.771/posts/1229805363751084
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej