"Kami mengingatkan umat kami bahawa di hadapan, semua jalan telah tertutup, kecuali hanya satu jalan, iaitu jalan Islam. Demikian pula semua panji dipasang hanya setengah tiang, kecuali panji Al-Quran. Cukuplah umat kita melakukan percubaan yang melelahkan. Dan semoga para pemimpin kita menuju pada jalur yang benar di bawah panji Al-Quran. Berikut ini kami kutipkan syair Arab :
فيا أولي الأمر بالقرآن فاعتصموا # وتحت رايته سنوا القوانين
"Wahai para pemimpin, berpegang teguhlah kalian dengan Al-Quran, di bawah panjinya kalian membuat undang-undang."
جربتم ألف قانون فما أغنت # شيئا ألا تأخذ الشرع قانونا
"Kalian telah mencuba ribuan undang-undang, namun tidak mencukupi sedikitpun, hendaknya kita menjadikan syariat sebagai undang-undang."
إن كان في الأرض ذو عقل وتجربة # فليس يفضل شرع الله تقنينا
"Seandainya di dunia terdapat orang yang berakal dan berpengalaman, tentunya tidak ada yang dapat mengalahkan syariat Allah sebagai undang-undang."
أنستعير قضاء الغرب مضطريا # مشوها وكتاب الله يكفينا
"Apakah kita meminjam ketetapan Barat yang kacau bilau, sedangkan Kitab Allah mampu mencukupkan kita."
وكيف نرجو صلاحا أو نؤمّله # ونحن نتبع أحكام المضلّين
"Bagaimana mungkin kita berharap perbaikan atau mengimpikannya, sementara kita mengikuti hukum orang-orang yang sesat..."
نحي قوانين أهل الغرب ظالمة # لم تسعد الغرب وهي الأن تسقينا
"Kita menghidupkan hukum orang-orang Barat dengan zalim, padahal hukum itu tidak membahagiakan mereka sendiri, dan kini hukum itu menyengsarakan kita."
نرجوا الدواء من المرضى لعلّتنا # والذكر فيه شفاء بين أيدنا
"Kita mengharapkan ubat dari penyakit kita, ubat itu adalah Al-Quran, yang di dalamnya terkandung penyembuhan."
Rujukan :
- Dr Muhammad Sayyid Yusuf, Metode Al-Quran Dalam Membaiki Masyarakat (Manhajul Qur'anil Karim Fi Ishlahil Mujtama'), Cetakan Pertama 2006, terbitan JAHABERSA.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej