Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, February 26, 2016

PETIKAN UCAPAN MAJLIS PERASMIAN HARAP 3.3

PETIKAN UCAPAN MAJLIS PERASMIAN HARAP 3.3

Oleh : Ustaz Nassurudin Haji Daud | Ahli Kuasa Kerja Pas Pusat.

1. Muqadimah :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

(Surah Saff : 4)

2. Himpunan ini untuk menyatakan Pas semakin kuat dan Pas bersedia untuk mengambil alih kerajaan Terengganu, lebih-lebih lagi UMNO dalam keadaan penat hari ini.

3. Kita diperintah supaya tetap istiqamah dengan Islam.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Surah Hud :112

Ayat ini menyebabkan rambut nabi beruban kerana menanggung bebanan perintah Allah yang berat. Allah perintah supaya istiqamah kepada semua umat nabi.

4. Bekas menteri besar kelantan, keluar dari PAS tubuh BERJASA. Bekas presiden PAS meninggalkan PAA menubuhkan HAMIM. Tetapi kita tetap kekal. Kalau ditubuh bekas Presiden pun tidak kekal, apakan pula PAN. PAN dalam bahasa Arab dengan maksud hancur. Sebab itu saya nasihatkan supaya kembali kepada PAS.

5. PAN keluar daripada PAS untuk bergabung DAP. Sedangkan DAP bukan hanya tidak bersetuju bahkan menentang pindaan Hudud di Kelantan.

6. Ibnu Khaldun menyatakan baiah ialah janji setia kepada pemimpin dan setia kepada jemaah. Orang ini berani melanggar baiah. Sedangkan Allah menyebut:

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلَا تَنْقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

Surah Nahlu : 91.

7. Ada seorang perempuan gila di Mekah yang terkenal kerana gila. Kerjanya pintal kayu kemudian dia rombak balik. Lalu Allah membuat bandingan orang yang langgar janji dengan orang gila. Dan kalau kita ikuti ucapan dia sebelum dia lompat parti, dia menyatakan sekiranya saya lompat parti, jangan ikut saya kerana ketika itu saya sudah tidak betul. Dan sekarang pun dia sedang mengila. Biasanya orang yang ikut orang gila, orang gila juga. Orang gila sahaja boleh buat kira dengan orang gila.

8. Jangan mengkhianati baiah kita. Jangan khianati jemaah kita. Kerana jawatan yang diberikan kepada kita adalah amanah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

(Surah Anfal : 27)

9. Kalau diberi harta kerana jawatan maka itu lah dipanggil rasuah. Maka ia dilarang oleh Islam.

Catatan,
Abdul Latif Al Marangi,
26 Februari 2016.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej