Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, February 2, 2016

MELAYU AKAN JADI MACAM ARAB KALAU TINGGALKAN ISLAM

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
MELAYU AKAN JADI MACAM ARAB KALAU TINGGALKAN ISLAM

Firman Allah SWT:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
Dan jika kamu berpaling (meninggalkan ajaran Islam) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(Muhammad:38)

Allah menegaskan bahawa agama ini tetap akan terpelihara. Cahaya Islam tak akan dipadamkan selama-lamanya. Allah akan tukar kaum lain, sekiranya kaum yang sebelum ini menganut Islam, meninggalkan Islam.

Selepas daripada zaman sahabat dan tabiin, orang-orang arab mula meninggalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit. Mereka semakin malas membaca dan mengkaji. Lalu Allah pilih bukan arab pula yang membawa ajaran Islam.

Maka muncullah Imam Bukhari daripada Asia Tengah, Imam Muslim daripada utara Iran. Begitu juga Tirmizi, Ibn Majah, Abu Daud dan Nasaie. Semua mereka bukan arab. Imam Fakhrurazi juga daripada Asia Tengah. Imam Syirazi dan Imam Ghazali pula daripada Iran. Imam Qurtubi daripada Sepanyol.Termasuklah juga Ulama daripada melayu bernama Muhammad Al-Khatib, pernah menjadi imam di Masjid Mekah beberapa ratus tahun dahulu.

Apabila orang arab meninggalkan ilmu dan jihad, sehingga Baitul Maqdis ditawan oleh tentera salib, Allah lahirkan Salahuddin al-Ayubi, daripada keturunan Kurdi untuk membebaskan Palestin. Bukannya arab! Sebagai membalas dendam, sampai ke hari ini Kurdi dinafikan haknya untuk menubuhkan negara.

Begitulah seterusna, Allah memberikan khilafah Islam kepada orang Turki. Khilafah Uthmaniyah telah memimpin Islam beratus-ratus tahun sebelum ini. Juga bukan arab! Ini semua akibat arab meninggalkan Islam!

Kita juga sama. Jangan berbangga dengan keturunan melayu. Jangan ingat jadi melayu sudah memadai, sehingga tidak ikut ajaran Islam. Kalau kita tinggalkan Islam, tuhan akan gantikan melayu dengan kaum lain pula di Malaysia ini yang menerima Islam, sama seperti tuhan menukarkan orang-orang arab dengan kaum lain.

Kita melihat orang arab hari ini mengecewakan umat Islam khususnya di Palestin. Mereka meninggalkan perjuangan menentang musuh di Palestin. Merela tak tolong pejuang di Palestin. Orang Palestin terpaksa berperang menggunakan batu, pisau dan kayu sahaja. Namun begitu, Nabi telah bersabda:
لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله
"Mereka tidak akan terkesan dengan sikap orang yang mencewekan mereka, sehingga Allah mendatangkan (kemenangkan Islam) apabila tiba waktunya."

Orang arab hari ini duit banyak, harta banyak, tetapi menggunakannya untuk membeli senjata dan berperang sesama sendiri. Bukan untuk lawan yahudi, tapi lawan sesama Islam. Tidak dinafikan ada yang zalim, ada yang salah, tetapi tidak boleh lupa musuh sebenar kita sekali-kali.

Musuh agama kita adalah Zionis. Umat Islam perlu melupakan dahulu sengketa kelahi walau tak puashati macam mana sekalipun, walaupun ada yang salah. Tinggalkan semua itu dahulu dan bersatu untuk lawan Zionis musuh sebenar. Apabila kita sibuk kelahi sesama sendiri dahulu, musuh ambil peluang untuk bina kekuatan mereka.

Akhirnya kita semakin lemah dan binasa. Inilah akibat daripada meninggalkan jihad.

Masjid Rusila
19 Rabiul Akhir 1437
29 Januari 2016

(Alang Ibn Shukrimun)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1689834651296646&id=100008103810732

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej