PEMBERITAAN SPIN OLEH UTUSAN MALAYSIA DAN THE MALAYSIAN INSIDER
Seperti amalan kebiasaan, Utusan Malaysia dan The Malaysian Insider (TMI) berkongsi aspirasi melaporkan berita secara sekerat-sekerat, sehingga memberikan maksud yang sangat salah kononnya Presiden PAS setuju untuk PAS memberikan sokongan kepada UMNO-BN.
Bacalah kenyataan media Ketua Penerangan PAS, YB Ust Nasrudin Hassan dalam kita memahami maksud ulasan Tuan Guru Presiden PAS.
Cukup sekadar kita menjadi orang yang waras untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ulasan beliau dengan merujuk kepada sumber utama.
Cukuplah kali ini kita merujuk kepada pemberitaan murahan dan picisan dari media yang hidup atas asas sensasi bukan kebenaran. Pemberitaan seperti ini hanyalah layak dibakul sampahkan.
DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
29 Feb 2016
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej