Melihat kepada status yang ditulis ini, terfikir aku bagaimana seorang mufti boleh mengeluarkam tulisan mengelirukan ini.
Bagaimana aplikasi usul fiqh, qawaid fiqhiyyah dalam mengeluarkan pendapat sebaga seoarang yang diberikan dan diperuntukkan kuasa dalam urusan Ifta' umat Islam.
1. Kegagalan memahami kenapa berlaku fiqh al aqliyyat di negara jiran. Dari segi hak autonomi dan sejarah umat Islam di sana.
Juga bagaimana sesuatu taggungjawab tidak ditaklifkan kerana tiada kuasa untuk melaksanakan. Sememangnya beban umat islam yang hidup di negara kuffar bukan taqnin syariat tetapi sebagai pendakwah dan duta umat islam.
2. Berkenaan hukum potong tangan dan rejam, ia adalah hukum qatie dari quran dan sunnah. Ia bukan kontekstual seperti yang dicanang. Sebagai seoarang Mufti, sepatutnya memahami kaedah fiqh dalam taqnin syariat, tatbiq syariat.
3. Pada kekuatan umat Islam, apa tanda kekuatan dan kebebasan umat Islam? Kekuatan dari makhluk atau dari Allah. Apa pula ukuran kekuatan taqwa masyarakat? Menjalankan syariat atau menangguhkan syaruat ketika berkuasa bersuara, memilih dab merangka perlembagaan?
4. Sekiranya menumpu kepada nilai nilai Islam atau intipati Islam, maka apa dia intipati Islam? Membidaahkan orang? Menjulang khilafiah lebih afdhal dari menperjuang yang qatie dari Quran dan Sunnah?
Protokol dan prioriti yang bagaimana? Hukum quran dan sunnah kemudian, nilai pada akal didahulukan?
Terlalu banyak kepincangang yang boleh ditimbulkan dari sudut usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah pada yang ditimbulkan oleh Seorang Mufti Negeri Umat Islam ini.
Ahmad Hakimi Othman.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204116826401234&id=1842633316
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej