Masa Nabi saw masih hidup pun sudah ada kaum munafiq. Berpura-pura beriman tp menentang dalam senyap. Mereka malah menzahirkan penentangan secara halus ketika perang Uhud. Adakah Nabi saw tidak tahu? Nabi saw tahu malah kenal satu persatu muka-muka munafiqun ini. Tapi kerana aura Nabi saw berserta rahmat Allah swt mereka tetap selamat didalam kelompok Mukminin.
Akhirnya bila Nabi saw wafat, mereka akhirnya menzahirkan penentangan secara terang dan keras. Malah ketika di masa Sayyidina Abu Bakar r.a menjadi khalifah, mereka dgn tegas dan lantang mengatakan 'kami membayar zakat kerana Rasulullah saw dan sekarang Baginda sudah wafat maka kami tidak lagi perlu membayar zakat', sehingga Sayyidina Abu Bakar r.a terpaksa memerangi mereka ini demi memartabatkan Islam.
Ketika almarhum TGNA masih hidup pun sudah ada puak talam dua muka didalam PAS. Mereka menentang secara halus dengan menyanggah keputusan pucuk pimpinan. Bertindak secara peribadi dari mendengar arahan pihak parti. Adakah aTGNA tidak tahu? Beliau tahu dan kenal siapa. Tetapi kerana aura beliau dan juga rahmat dari Allah swt, mereka-mereka ini hidup selamat didalam PAS diera aTGNA.
Akhirnya bila TGNA meninggal dunia, mereka-mereka ini mula menentang secara terang-terangan sehingga TG Presiden terpaksa memerangi mereka dengan cukup tegas demi menegakkan kebenaran Islam yg dibawa oleh PAS.
Rentetan peristiwa yang sama, cuma dizaman Nabi saw telah dinukilkan kaum ini sebagai munafiqun. Namun diera TGHH ini saya tidak akan meletakkan mereka ini dengan istilah yang sama. Cukuplah saya sifatkan mereka ini seperti talam dua muka atau secara khususnya pengkhianat kepada perjuangan Islam.
Wallahua'lam.
P/s: jgn spin pulak kata aku menyamakan aTGNA dgn Nabi saw. Bkn blh caya sgt puak2 gila sondol ni.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej