Saya nak menyertai PAS dulu, saya berdebat dengan puak umno dan ustaz ustaz mereka.... sya buat istikhorah , lebih 2 tahun saya cari kebenaran.... akhirnya saya dapat pelajaran di pondok lanai, kedah. Ustaz Awang Lanai masa tu mengajar di pondok tok guru hj omar, dia baca kitab minhaajun abideen dlm bab bagaimana nak tahu jalan sesat dan jalan yg benar. Siapa yg patut kita ambil contoh dan ikutan.
Dari situ baru sya tahu bagaimana nak pilih jalan yg betul dari jalan yg samar samar, jalan yg kita tak berapa jelas kedudukannya.
Imam al ghazali dlm kitabnya menyebut, pilihlah jalan majoriti ulama dan org org soleh, mereka sedikit buat salah berbanding org awam.
Ilmu inilah saya buat kiasan memilih parti mana terbaik untuk sya berada dalamnya.
Setelah saya keluar merantau, saya dapati alim ulama dan org org soleh majoritinya menyokong PAS.
Begitulah seterusnya sekarang pun, sya masih berpegang dengan kaedah itu.
Allah tak tunjuk kpd kita secara terang terangan yg mana benar yg mana salah. Allah dan Rasul cuma memberi kita beberapa "tips dan hints" saja ! Nabi sebut para sahabat adalah bintang. Para Ulama adalah pelita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej