Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, February 11, 2016

TUAN GURU HAJI MUSTAFA DIDAKWA KERANA PENJELASAN TENTANG BATAS-BATAS IMAN

✳ HARI INI DALAM SEJARAH PAS

TUAN GURU HAJI MUSTAFA DIDAKWA KERANA PENJELASAN TENTANG BATAS-BATAS IMAN (12 FEBRUARI 1981)

PADA hari ini dalam tahun 1981, Timbalan Pengerusi Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar yang juga Mudir Madrasah ad-Diiniah al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh) telah didakwa di Mahkamah Syariah Besut kerana kuliah agamanya yang menjelaskan batas-batas iman dan kufur kepada masyarakat. Dalam bacaan kes pada 10 Februari 1981, beliau dikatakan memberi fatwa yang mengkafir orang Umno, dan kes ini mula dibicarakan pada 12 Februari 1981. Beliau didakwa berbuat demikian pada 4 November 1979 di Surau Salleh Mat Ali, Kampung Sebarang Sungai, Keruak,Hulu Besut.

Isu kafir-mengkafir ini timbul semula pada awal 1980-an ekoran tekanan politik berterusan Umno dalam menghadapi arus kebangkitan Islam pada permulaan abad ke-15 Hijriyah (1980). Isu yang asalnya kuliah tentangan batas iman dan kufur telah diperbesarkan sehingga timbul isu Amanat Haji Hadi pada 7 April  1981. Sebagai langkah menhhadapi tindakan Umno yang menggunakan mahkamah untuk mendakwa pemimpin PAS ini, Dewan Ulamak PAS Kelantan telah menerbitkan buku bertajuk 'Islam dan Politik: Hasil Kajian Ilmiah Ulamak PAS' pada 1980 yang diubah suai daripada kertas Kerja Tuan Guru Haji Zakaria Ismail, Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar dan Ustaz Mohamad Daud dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Terengganu.

Mereka telah menjelaskan hukum murtad dalam politik berlaku kepada tiga golongan iaitu orang yang menghalalkan pemisahan agama dari politik, orang yang menolak undang-undang Allah dan menggantikan dengan undang-undang manusia serta orang yang berpendapat maslahat manusia adalah berlainan daripada yang syariat Allah. Asas inilah yang membentuk ketegangan apabila para ulamak PAS menyebut tentang tiga jenis perbuatan yang merosakan aqidah dalam politik, sehingga pemimpin parti sekular Umno merasakan ia dituju kepada mereka.

Tuan Guru Haji Mustafa adalah seorang ulamak terkenal di Kelantan yang merupakan lepasan Pondok Tok Kenali (1937-1940), Pondok Haji Ali Pulau Pisang (1940-1943), Pondok Bunut Payung (1943-1950) dan berguru di Mekah selama empat tahun (1950-1953). Pada 1954, beliau mengasaskan Pondok Pasir Tumbuh bersama adiknya, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan menjadi mudir pondok terbesar di Kelantan ini. Dalam PAS, beliau akrif sebagai pimpinan Dewan Ulamak PAS Kelantan, selain pernah menjadi Ahli Perhubungan PAS Kelantan dan Timbalan Pengerusi Jamaah Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Dengan tuduhan yang menyifatkan kenyataan beliau sebagai 'fatwa' oleh Mahkamah Syariah Besut, pada 14 Februari 1981, beliau telah dikatakan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan. Kes ini kemudiannya dirayu ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan hukuman penjara ditangguhkan. Ketika kes ini masih dibicarakan, Tuan Guru Haji Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984 tanpa sempat menjalani hukuman tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
12 Februari 2016

pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas

Centralized PAS Portal (CPP)
    pas.org.my

Like Facebook PAS Pusat
facebook.com/paspusat
Subscribe Telegram
http://tinyurl.com/PASPusat
http://tinyurl.com/PASPusatBot
Follow twitter PAS Pusat
www.twitter.com/PASPusat
Follow Instagram PAS Pusat
instagram.com/paspusat

Sebarkan seluas-luasnya….
Terima Kasih.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153259133182312&id=303331692311

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej