MOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH
SHAH ALAM – Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya sewaktu menghadiri sebuah majlis Perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu
Katanya, beliau mengenakan pakaian berkenaan selepas penduduk di situ memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.
“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat cina dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.
“Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya,” katanya lagi.
"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya. Kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari ALlah dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung. Saya yakin Pas dipimpin oleh Kepimpinan ulamak dan mereka lebih arif dari segi hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan nanti, saya terima"
Mohd Khairuddin Othman
8hb Februari 2016
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej