PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
JANGAN LETAK GAMBAR TOKOH PADA BAJU
Berita kedatangan Nabi SAW bukan sahaja disebut dalam kitab-kitab samawi Taurat dan Injil, tetapi turut terkandung di dalam kitab-kitab agama lain seperti Buddha, Hindu dan lain-lain. Ini kerana, agama-agama ini telah sejak ribuan tahun yang lalu, sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.
Agama-agama ini asalnya mentauhidkan Allah. Di bawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu. Tetapi setelah lama, pengikutnya menyeleweng. Selepas kematian Nabi atau pemimpinnya, pengikutnya membuat patung-patung dan gambar memperingati mereka. Lama-kelamaan, patung dan gambar itu mula dipuja dan disembah seperti tuhan.
Oleh kerana itulah tidak digalakkan melukis dan menggantung gambar-gambar manusia. Para Ulama berpendapat sebagai makruh. Sebahagiannya hanya membolehkan untuk urusan pengenalan diri seperti pada kad pengenalan, pasport dan perkara-perkara penting sahaja. Meletakkan gambar pemimpin-pemimpin di baju juga tidak digalakkan. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan kita hanyut dan terpesong.
Masjid Rusila
26 Februari 2016
17 Jumadal Ula 1437
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej