Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, August 28, 2014

Doa semasa nak MERDEKA 1957

Doa semasa nak MERDEKA 1957
#malaysia #merdeka
DOA MERDEKA 1957

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq
kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para
sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi
memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara
hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan
dalam undang-undang dan berpegang kepada
keindahan Islam.
Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal
keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini
meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai
cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah
bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami
menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan
yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada
umat Islam yang telah menikmatinya, bukan
sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan
juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang
kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang
boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada
segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang
diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan
bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam
keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami
dengan segera daripada segala kepayahan dengan
rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala
yang penyayang.
Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang
lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang
menghalang kami dan mereka daripada sebarang
pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala
musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah
kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang
melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah!
Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah
lena dan bentengilah dengan perlindungan dan
bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said,
doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan
Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej