Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, August 23, 2014

Setiap 5 tahun kamu datang cari kami

Setiap 5 tahun kamu datang cari kami. Kamu perlu kami untuk kekalkan hidup mewah kamu. Kamu perlu kami supaya kamu masih ada kerja untuk bayar kereta besar kamu, rumah besar kamu dan makan besar kamu. Kamu sedar, tanpa kami, kamu tidak mungkin dapat duduk dikerusi empuk dengan minum kopi dalam cawan tembaga.

Sebab kamu mahu hidup mewah, kami bercakaran sesama kami. Kami caci hina sahabat handai kami dan keluarga kami. Siang malam kami bergeseran ramai ramai dengar pidato kamu, dengar suara kamu, tatap wajah kamu.

Setelah itu kamu hilang, kamu sengih bangga apabila depan nama kamu ada tulis YB. Kamu jalan bongkak dengan pingat dan pangkat di dada. Kamu Hilang.

Tinggal lah kami dengan motorsikal buruk kami. Tinggal lah kami dengan bumbung tiris kami. Kami tetap macam itu, jerih mencari rezeki. Tinggal lah kami berpaut di dahan janji manis kamu. Menunggu lagi 5 tahun untuk melihat muka kamu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej