Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, July 19, 2015

my posting 19Jul_12_am


6 hrs · 
Risalah Tentang "Berbilang Jemaah" Oleh Tok Guru Haji Hadi
Persoalan tentang berbilang-bilangnya jemaah agak hangat di bumi Mesir. Maka, suka untuk saya memetik daripada sebuah buku karangan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1993 lagi, yang bertajuk Tafsir Surah As Soff. Artikel ini bukanlah berniat untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya menjelaskan penyelesaian.
Alasan Menubuhkan Jemaah Baru
Terdapat di dunia ini bermacam-macam jemaah yang menamakan jemaah mereka sebagai gerakan Islam. Ia tertubuh walaupun gerakan Islam sudah sedia ada. Matlamat dan tujuannya sama sahaja. Maka akan terbentuklah jemaah yang berbilang-bilang. Selain itu, ia tertubuh disebabkan beberapa faktor-faktor, antaranya ialah :
1. Gerakan Islam yang sedia ada didakwa telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat dan cita-cita untuk menegakkan Islam belum kesampaian. Maka, hasilnya ramai yang berjuang separuh jalan, kemudian mencari perjuangan lain, kerana bosan dengan gerakan yang sedia ada, tidak istiqamah dengan perjuangan tersebut.
2. Gerakan Islam yang telah wujud didakwa tidak lengkap dan tidak menyeluruh, maka mereka menubuhkan jemaah lain, semata-mata untuk mempamerkan manhaj yang lengkap. Sedangkan mereka sepatutnya berusaha untuk melengkapkan gerakan yang sedia ada.
3. Gerakan Islam yang sedia ada didakwa mempunyai kekeliruan. Maka, dengan mewujudkan jemaah lain akan menyelamatkan mereka daripada sebarang tuduhan dan kekeliruan tersebut. Mereka tidak yakin dengan perjuangan asal, lalu mereka menubuhkan jemaah baru kononnya mereka lebih yakini dengannya.
4. Gerakan yang sedia ada didakwa telah banyak melakukan kesilapan, maka mereka menubuhkan jemaah baru kononnya untuk melepaskan diri daripada kesilapan tersebut. Walhal mereka hanya nampak kesilapan, dan tergesa-gesa menghukum.
Persoalan
Di atas ini adalah antara alasan untuk menubuhkan jemaah baru, sedangkan gerakan yang sedia ada sudah tertubuh. Maka, persoalan yang dilontarkan di sini ialah,
1. Adakah pertubuhan baru tersebut telah mencapai matlamatnya?
2. Adakah pertubuhan baru ini berjaya melepaskan diri daripada sebarang tuduhan dan kecaman?
3. Adakah pertubuhan baru ini dapat melaksanakan dakwah dengan selesa setelah keluar daripada gerakan Islam asal yang penuh dengan dugaan?
4. Adakah pertubuhan baru ini benar-benar lengkap sepertimana yang diharapkan setelah keluar daripada gerakan asal?
5. Dan sebagainya.
Alasan-alasan untuk menubuhkan jemaah baru adalah penyebab hancurnya sistem berjemaah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Surah as Soff ayat 4. Penubuhan jemaah baru ini, pastinya tidak dapat berhadapan dengan realiti kerana beberapa perkara berikut :
Realiti Penubuhan Jemaah Baru
1. Mereka menyangka kesalahan, tuduhan dan kecaman tidak akan mereka terima dengan tertubuhnya jemaah baru, sedangkan mereka lebih banyak menerimanya setelah penubuhan jemaah baru. Bahkan mereka tidak sedar, apa yang mereka tentang itu adalah Islam sendiri.
2. Kesalahan yang mereka lihat pada Gerakan Islam yang sedia ada, lalu mereka menubuhkan jemaah lain, hakikatnya kesalahan tersebut terpalit kepada mereka pula. Bahkan mencetuskan perpecahan sesama umat Islam.
3. Hasilnya, jemaah baru ini hanya mengulangi apa yang telah dilakukan oleh Gerakan Islam yang sedia ada, dan mereka baru sahaja memulakan langkah itu, sedangkan Gerakan Islam yang sedia ada sudah lama maju ke hadapan.
4. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan yang baru ini seolah-olah memberi gambaran buruk kepada masyarakat, meragui kemampuan Islam dalam menyelesaikan masalah ummah. Mereka melihat Islam mengajak kepada kesatuan, tetapi apabila melihat jemaah yang berbilang, mereka akan hilang kepercayaan terhadap Islam dalam menyatukan ummah.
Anologi Penubuhan Jemaah Baru
Contoh yang paling sesuai, apabila seorang doktor melihat klinik sahabatnya kekurangan tenaga pakar, peralatan dan kelengkapan, lalu doktor ini menubuhkan pula klinik baru di kawasan yang sama, dengan harapan kliniknya dapat menyediakan perkhidmatan yang lengkap, dan cukup dengan tenaga pakar.
Akhirnya doktor ini telah menyebabkan klinik milik sahabatnya itu akan terus dengan kekurangannya, dan klinik miliknya juga akan mengalami masalah yang sama. Bayangkan sekiranya doktor-doktor lain juga berfikiran yang sama sepertinya. Maka, semua klinik akan mengalami kekurangan tenaga pakar, disebabkan bilangan klinik melebihi bilangan tenaga pakar.
Maka, jalan yang sepatutnya ialah, doktor tadi perlu bergabung dengan sahabatnya untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap kliniknya, sehinggalah kliniknya benar-benar pulih, barulah dia merancang untuk membuka cawangan sekiranya perlu, dan mempunyai kelengkapan yang cukup.
Telah kita sebutkan bahawa kita adalah penyambung perjuangan nabi-nabi, dan kita bukanlah pencipta perjuangan yang baru. Kita perlu menggabungkan diri dengan perjuangan-perjuangan yang telah dilalui oleh mereka.
Memperbetulkan Keadaan
Untuk memperbetulkan sistem yang telah rosak disebabkan berbilangnya jemaah, maka perlunya kepada salah satu daripada 2 penyelesaian ini. Iaitu :
1. Jemaah yang tertubuh atas dasar tidak puas hati, benci, kritikan, tuduhan atau sebagainya yang telah disebut sebelum ini, haruslah kembali kepada jemaah yang asal, dan sama-sama memperbetulkan kesilapan masing-masing untuk menghidupkan dan membina jemaah tersebut.
2. Atau menjalinkan kerjasama dengan membuat penetapan atau persetujuan. Antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan dalam membuat kerjasama ini ialah :
a. Setiap jemaah boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-masing secara berasingan, tetapi perlu bersedia mengubah cara bekerja dari semasa ke semasa.
b. Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan anggotanya sentiasa tunduk dan patuh kepada pimpinan umum.
c. Setiap anggota jemaah hendaklah memberikan wala’ kepada pimpinan umum selagi mana ia bertindak mengikut peraturan dan etika yang telah dipersetujui.
d. Setiap anggota daripada setiap jemaah hendaklah tidak boleh sama sekali memberi bantuan, sokongan atau kerjasama kepada mana-mana pihak yang menjadi musuh pakatan ini.
e. Setiap jemaah haruslah tidak menyerang satu sama lain, malah hendaklah sama-sama mempertahankan jemaah yang disepakatinya ketika menghadapi serangan.
f. Bidang kerja setiap jemaah dan anggota hendaklah diselaras dengan baik.
g. Untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengurusan pakatan ini, hendaklah diwujudkan jemaah kepimpinan mengikut persetujuan bersama.
Insya Allah, sekiranya ia terlaksana Islam pasti akan kembali bersatu. Semoga usaha ini dapat dilakukan bagi menyelesaikan konflik berbilang jemaah. Maka, lihatlah firman Allah SWT di dalam ayat 4 Surah as Soff ini, Allah SWT menyuruh umat Islam supaya bersistem dan berjemaah.
Maka, kembalilah kepada sistem ini, dan gabungkanlah diri anda dengan gerakan Islam. Elakkanlah perbalahan dan perpecahan yang terhasil disebabkan berbilangnya jemaah.
[Kredit to Is Fiqh Dahlan]


Ayob Hussin shared a link.
3 hrs · 
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk mengurangkan jumlah pembiayaan bagi pelajar di instisusi pendidikan tinggi kerana kekurangan dana berikutan ramai peminjam gagal membayar...
SINARHARIAN.COM.MY




2 hrs · YouTube ·
GHB perlu rujuk DAP dulu jika mahu teruskan agenda ......

SHAH ALAM: DAP akan mempertimbangkan hasrat Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk terus membawa agenda hudud dalam Pakatan Rakyat 2.0. http://antara...



2 hrs · 
Ini adalah coretan lama di laman TKO
Geronimo
Tengok berita Al-Jazeera pagi tadi, pentadbiran Bush dijangka akan mengisyhtiharkan "VICTORY" atau pun KEMENANGAN dalam dua tiga hari lagi terhadap peperangan mereka menceroboh Iraq.
...Continue Reading


2 hrs · 
Apa yang terlintas dalam pikiran Anda jika disebutkan “Zombie”????Jika yang muncul adalah sosok mayat hidup yang berlumuran darah dan mengejar manusia untuk digigit dan dijadikan mayat hidup berikutnya, bererti ghazwul fikri yang dilancarkan Barat telah berhasil 100%.......
Barat melahirkan istilah “zombie” untuk menggambarkan mayat hidup yang tidak memiliki pikiran dan bernafsu memangsa manusia normal. Melalui serangkaian cara mulai dari novel, film hingga game, zombie digam...
See More



2 hrs · 
Muhamad Haji Noh with Seniman Nunui At Tantawi and 13 others
"Pas sudah tak releven"- Mat Sabu ?
Fakta Pas yg sudah tidak relevan sebab sudah 3 pru Abg Mat tidak kentut atas kerusi empuk parlimen..
1- Parlimen kuala kedah : Abg Mat bertanding Kalah, Bila abg mat blah menang.
2- Parlimen kuala terangganu : Abg Mat bertanding KALAH, Bila abg mat blah menang.
3- Parlimen pendang : Doktor Hayati Menang, Abg mat mai KALAH.
TAK pa lagi pun Abg Mat Sabu Bukan nak Menang.
Kalau abg Mat nak menang bertandinglah di Pulau Penang Parlimen Permatang Pauh..



1 hr · 
kita selalu update status lawan BN / UMNO .... tup tup , menuduh kita org UMNO !
depa nak kita lawan UMNO macam mana ?
Kena maki hamun UMNO ?
kena kutuk kaw kaw punya ?
Kena edit gambar pemimpin BN dengan cara yg tak senonoh dan jijik ?
baru dinamakan lawan BN/UMNO ?
macam tu kah rupa menentang BN / UMNO ?
Kita mengaji sekolah yg sama, buku yg sama, pusat pengajian yg sama,
saya tak jumpa pun cara berpolitik cam gitu gaya !!!!
BILA MAU MATANG ?
Oh bangsaku.... oh tanah airku !

1 hr ·
Melayu jd red Indian d negara sendiri
58 mins ·
dulu , kini dan selamanya....
dia kata nak jadi macam khalifah umar abd aziz,
dia bagi saguhati kpd para penghafaz quran
dia bagi bantuan kat kelantan ....
kita ingat dia dah mesra-islam ...
rupanya tidak, kita dapat tahu, dia buat begitu (menolak hukum hudud) kerana nak jaga pengundi cina....
54 mins ·

Ada orang kata Harapan Baru VS Harapan Lama..Ya mungkin baru bagi mereka tapi tidak bagi saya..Hanya Harapan Baru VS Harapan Saya..atau Harapan Kita!.
Yang baru tidak semestinya betul dan berkualiti..Yang lama tidak semestinya buruk dan tidak boleh diguna lagi..
Pilihan masing2..Saya memilih untuk istiqamah bersama Harapan Saya sehingga kemenangan..Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti tidak disia-sia..
Harapan Saya dan Harapan Kita sudah lama termaktub di dalam Al Quran untuk membawa Islam dan prinsipnya ke tempat yang tertinggi tidak selainnya..
41 mins ·
Daarul arqam runtuh dengan dipancung sampai ke pangkal, ekonomi pun mereka pancung .... habis lunyai....
kami tahu, siapa dalangnya .... tapi apa boleh buat ... tiada kuasa ....
PKFZ .... habis berbilion ..... semua tahu siapa dalangnya
Kes perwaja ... berbillion ..... semua tahu...
banyak lagi kes..... ramai yg maklum
kes MH370 ...... maklum ....
semua tu melibatkan wang negara !
Siapa sebenarnya nak jatuhkan negara ini ?
Kalau Tuhan nak tunjukkan siapa dalang di sebalik itu , kita akan tahu...
tapi Allah tak tunjukkan, kerana apa .... kerana Allah nak balas dan nak seksa umat ini kerana meninggalkan kerja Amar Makruuf dan nahi munkar !
Salah satu sebab Allah naikkan pemimpin yg zalim adakah kerana rakyat sendiri yg menzalimi diri, meninggalkan agama, meninggalkan arahan allah dan rasul.
Sekiranya rakyat soleh , Allah akan taqdirkan pemimpinnya juga di kalangan org soleh ....
fikirlah lah ... fikiiir !

hari hari tengok wayang.... wayang BN / UMNO !!!
Tengok wayang tahun1975 cukai 30%. La ni cukai gst 6% ok ka?


Ayob Hussin shared a video on YouTube.
15 mins · YouTube ·
Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz Tegas Pertahan Dasar Islam - Ustaz Sidek Noriha Nor 

Taujihad Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Sidek Nor. Tuan Guru N






No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej