Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, December 16, 2015

Antara kesilapan terbesar PAN dan sekutunya adalah menyerang batang tubuh Dato Dr Haron Din

Antara kesilapan terbesar PAN dan sekutunya adalah menyerang batang tubuh Dato Dr Haron Din. Ulama ini punya pengaruh yang amat besar, terutama di kalangan masyarakat atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik, dan yang memang tidak minat berpolitik. Golongan inilah yang membentuk kumpulan terbesar di Malaysia.

Sanjungan masyarakat terhadap Mursyidul Am PAS ini tidak jauh beza berbanding Mursyidul Am lama, Tok Guru Nik Aziz. Kedua mereka punya aura yang tersendiri. Pihak yang menunjukkan kebencian terhadap mereka, nescaya pihak itu pula yang akam dibenci.

Long live TGHD!

Ulama ialah pewaris Nabi

Ertinya ulamak mewarisi:

a] Risalah hidayah yang dibawa oleh Nabi saw
b] Perjuangan untuk mengimarahkan bumi dengan agama dan mendaulatkannya
c] Memimpin dan membimbing ummah untuk tunduk dan patuh kepada Allah.

Nabi-nabi as berpolitik:
Adalah Bani Israel, pemimpin politik mereka ialah nabi-nabi as. Setiap kali seorang nabi wafat, di belakangnya ada nabi yang lain menggantikannya dan sesungguhnya tiada nabi selepasku - (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Akan terungkai ikatan Islam serungkai demi serungkai, maka setiap kali terungkai satu ikatan, manusia akan berpaut pada ikatan yang berikutnya. Yang terawal terungkai ialah ikatan pemerintahan dan yang paling akhir terungkai ialah solat - (Riwayat Imam Ahmad).

Justeru itu, ulama selaku pewaris tunggal nabi saw tidak boleh meninggalkan warisan ini melainkan ulama mesti berpolitik. Politik bukan pilihan atau kerjaya atau profession tetapi politik adalah sebahagian dari tanggungjawab yang mesti ditangani oleh para ulama Islam.

Islam itu sendiri adalah agama ibadah dan agama pemerintahan, sebagaimana yang Allah sebut dalam al-Quran:

{...إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلّهِ أَمَرَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ }

Keputusan (ketetapan hukum) hanya milik Allah swt Dia telah memerintahkan kamu agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah cara hidup yang lurus namun malang kebanyakan manusia tidak mengerti - (Surah Yusuf : 40)

Imam Hassan Al Banna pernah menyebut:
"Islam ialah satu sistem yang menyeluruh mencakupi segenap aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan bangsa. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah material dan pembendaharaan atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jidah dan dakwah atau tentera dan fikrah seperti Islam itu juga adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sohih, sama dan serupa."

Adolf Hitler pernah menyebut satu ungkapannya yang popular:
"Sesungguhnya aku tidak gentar berdepan dengan Yahudi dan aku tidak gentar berdepan dengan komunis, tetapi apa yang aku bimbang ialah berdepan dengan politik Islam."

Al Imam Ghazali rhm pernah menyebut di dalam kitabnya Al Iqtisad Fil I'tiqad;
"Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang."

Politik adalah urusan terbesar ummat manusia khasnya Ummat Islam justeru ia melibatkan soal peraturan dan undang-undang yang akan mengatur sistematika kehidupan manusia di atas muka bumi. Manusia tidak akan sempurna hidup tanpa undang-undang dan peraturan. Komunis di hutan pun ada peraturan dan undang-undang pergerakkannya. Inikan pula Islam agama yang sempurna sebagai cara hidup manusia yang telah diwahyukan oleh Allah swt.

Sungguhpun Islam adalah agama ilmu dan hujah, namun di sana terdapat manusia yang hanya boleh didisiplinkan dengan peraturan dan undang-undang. Lantaran itulah Islam datang dengan pakejnya yang lengkap dan sempurna iaitu hujah dan syariat (peraturan).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej