Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, December 16, 2015

KHAS BUAT CYBERTROOPERS PRO-HUSAM; USAH BERMAIN POLITIK DESPERADO

KHAS BUAT CYBERTROOPERS PRO-HUSAM; USAH BERMAIN POLITIK DESPERADO

1. Mutakhir ini, setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang di lakukan oleh Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan YAB Ustaz Haji Ahmad Yakob dan ini di zahirkan sendiri oleh majoriti rakyat Kelantan. Pun begitu beberapa individu yang merupakan sebahagian daripada kerajaan,mulai rasa iri hati dan dengki dengan pentadbiran ini. Mereka mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan cuba menonjolkan diri bahawa yang 'dia' yang cerdik dan pandai mentadbir. Pembohongan demi pembohongan di lakukan bagi merealisasikan cita-cita mereka.

2. Banyak maklumat-maklumat sulit yang di salurkan kepada pihak tertentu bagi merancang strategi dan menjatuhkan kerajaan pasca Tok Guru Nik Aziz walau kita sedia maklum, pimpinan yang ada sekarang ini di restui oleh Almarhum Tok Guru selepas beliau melepaskan jawatan. Perasaan hasad dengki dan dendam peribadi mereka ini tidak terhenti di sini sahaja, selepas pendedahan maklumat-maklumat karut yang nyata memakan diri mereka sendiri, kini mereka sedang merancang untuk melakukan pembunuhan katekter terhadap beberapa pimpinan negeri yang mungkin boleh membuatkan mereka tergugat di kemudian hari.

3. Pembunuhan karekter ini amat terancang. Setiap kenyataan yang dikeluarkan pasti diputar belit dan dijadikan modal politik murahan. Segala isu yang dibangkitkan di sandari kepada kata-kata yang di keluarkan oleh YB Adun Salor seperti mana yang di tulis di laman sosial Mohd Sabri Salleh yang juga merupakan pendokong PAN. Tambahan lagi, PAN sengaja menggunakan beberapa orang ustaz dan ahli agama seperti Ustaz Che Ibrahim dan Ustaz Mohd Sabri Salleh untuk mempertahan Adun Salor yang jelas telah tersasar dari landasan perjuangan yang dikehendaki oleh Almarhum Tok Guru. Ini bagi menampakkan bahawa Adun Salor itu berada di dalam imej yang 'bersih' dan telus.

4. Sepatutnya Ustaz Che Ibrahim, yang merupakan bekas qadhi Kota Bharu dan Ustaz Sabri Salleh yang juga lepasan Al-Azhar Mesir yang di didik dan di ajar dengan ilmu agama menggunakan ilmu mereka untuk mempertahan Islam, namun mereka sanggup mengadaikan ilmu mereka semata-mata untuk mempertahan kroni dan Adun Salor yang jelas mengkhianati perjuangan dan amanah rakyat yang mengundi dan bekerja bagi memenangkan dia. Ini di perkukuhkan lagi dengan kata-kata orang ramai bahawa Husam Musa merupakan pelakon berkaliber didalam menyusun strategi bagi menjatuhkan Kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Sahutan pembunuhan karekter ini di sambut dengan desperado oleh Cybertroopers PAN yang lain walaupun dengan maklumat yang salah. Pembunuhan karekter ini penting bagi mereka supaya 'rahsia' 'bos' mereka tidak TERBONGKAR. Rahsia berkaitan KETIDAKTELUSAN sehinggalah kepada isu PERIBADI yang saya jangkakan jika di keluarkan kepada umum, 'political milleage' 'bos' mereka pasti akan jatuh teruk dan rakyat pasti menolak mereka nanti. Fitnah balak dan YIK terpaksa di lakonkan semula walaupun isu ini sudah di jawab. Ternyata mereka desperado di dalam menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan.

5. Bagi memastikan rancangan mereka berjaya, beberapa individu sudah berada di dalam 'list' mereka. Selepas gagal menghakis kepercayaan rakyat kepada Tuan Guru Presiden dengan tuduhan dan fitnah jahat UG UMNO-PAS yang di ungkapkan oleh Husam Musa dan terbaru dengan mengatakan wakil PAS perolehi dana daripada UMNO. Permainan FITNAH JIJIK ini t terus di putar. Pasti, serangan mereka sekarang ini terarah kepada individu-individu yang lantang mendedahkan sikap mereka seperti YAB Ustaz MB, YB Ustaz Nik Amar, YB Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan beberapa pimpinan lagi. Permainan yang di pentaskan oleh mereka amat licik dan terancang dengan memalitkan insan ini dengan fitnah jahat mereka seperti balak dan projek. Berteraskan dokongan oleh Cybertroopers murahan, mereka mengulang tayang skrip yang sama walaupun perkara yang di bangkitkan sudah terjawab. Banyak surat-surat yang di utuskan oleh 'bos' mereka juga mempunyai fakta yang mengelirukan. Tambahan pula, kebanyakkan perkara yang di bangkitkan adalah bersangkutan dengan 'tangan' bos mereka semasa dia menjadi Ahli Exco lagi.

6. Pesan saya, berhati-hati lah dengan permainan liar mereka ini. Jangan hanya kita lihat 'dia' menangis dan menagih simpati dengan kata-kata yang sedih, kita terus mempercayai dia. Mungkin dia berjaya pengaruhi muslimat dan Cybertroopers yang berkunjung ke rumah dia, tetapi tidak saya yang telah mengenali dia sekian lama. Jika sekalipun tiada orang lain yang BERANI dedahkan perbuatan licik dia, InshaAllah saya akan berdiri, dan mendedahkan siapa dia yang sebenarnya. Ingatan saya sekali lagi, berhati-hati dengan lakonan dan permainan jahat mereka di dalam menjatuhkan kerajaan Islam yang telah di bina oleh Almarhum Tok Guru. Mereka ini mula bermasalah dan mula menonjolkan kemunafikan selepas Almarhum Tok Guru sudah tiada. Keputusan dan restu Almarhum Tok Guru untuk tidak mewariskan amanah jawatan Menteri Besar kepada dia amatlah tepat agar negeri ini dapat di tadbir oleh mereka yang jujur dan tiada kepentingan diri.

Sekian,

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mohd Umar Othman Mat Faqih
Bekas sahabat Husam Musa
Rakyat Salor
15 Disember 2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej