Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, December 17, 2015

CORETAN SEMPENA MULTAQA SERANTAU ALUMNI AL-AZHAR MALAYSIA

Beliau adalah guru. Keilmuannya diiktiraf. Sejarah pengajian beliau menjadi contoh ramai penuntut ilmu dalam pengajian Islam. Kesederhanaan dalam berfatwa dan memberi pandangan dikagumi ramai.

Sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, beliau melontarkan pandangan.

***

CORETAN SEMPENA MULTAQA SERANTAU ALUMNI AL-AZHAR MALAYSIA

1. Pada hari ini 5 Rabi’al-Awal bersamaan 17 Disember 2015, hatiku merasa cukup bahagia, syahdu dan begitu sayu. Inilah damainya kesatuan. Indah dan terbit daripada keikhlasan hati oleh pemimpin kedua-dua parti. Memetik hujah kalam Ilahi - wa’tasimu bi hablillah (berpeganglah kamu kepada tali Allāh) - [Surah Ali Imran: 103], mereka sepentas merentasi batasan ideologi politik dan asabiyah dan kembali tunduk, patuh kepada perintah-Nya.

2. Apa lagi perkara yang lebih meruntun jiwa kita selain melihat mereka yang selama ini berseteru, kini bersatu atas satu pentas? Semoga ikatan ini berkekalan dan memberi manfaat yang baik kepada masyarakat Malaysia amnya, dan umat Islam khususnya tanpa mengira bangsa.

3. Nabi SAW bersabda: Bahawa Allah SWT telah berfirman
المتحابُّونَ في جلالي لَهُم مَنابرُ مِن نورٍ يغبطُهُمُ النَّبيُّونَ والشُّهداءُ
Mereka yang saling mencintai (antara satu sama lain) kerana keluhuranKu, akan mendapat mimbar-mimbar dari cahaya yang membuatkan para nabi dan syuhada’ cemburu akannya.” [(Riwayat al-Tirmizi, no. 2930). Dinilai oleh al-Tirmizi sebagai hasan sahih.]

4. Al-Hasan Al-Basri berkata:, "Berjabat tangan itu dapat menambah kecintaan." [Jami'ul 'Ulum wal Hikam, hal. 291]. Ibn Qayyim berkata: “Barangsiapa bersikap lemah lembut terhadap hamba-hamba Allah, maka Allah akan berlemah lembut kepadanya. Barangsiapa menyayangi mereka, maka Allah pun akan menyayanginya. Barangsiapa berbuat baik kepada mereka maka Allah pun akan berbuat baik kepadanya…” [Al-Wabil al-Soyyib hlm. 35]

5. Akhir sekali, pesananku kepada pemimpin-pemimpin ini agar jadikanlah Islām sebagai titik utama kepada penyatuan, maka perpaduan yang dibina akan terus utuh. Semoga ‘izzah da’wah ini menjadikan kita sebagai khaira ummah (sebaik-baik ummah).

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej