Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, July 2, 2017

KALAU BENAR PAS TIDAK HEBAT

KALAU BENAR PAS TIDAK HEBAT

Usaha 'membunuh' Pas oleh Umno/BN semenjak dahulu, kini digandakan oleh Pan, Dap dan Pkr. Panggilan 'lebai' dan 'parti lebai' dipalitkan golongan ini terhadap Pas utk memberi gambaran kelekehan Pas.

     Dek kerana itu, PH sangat menekankan dengan memainkan isu ekonomi untuk menampakkan bahawa Pas tidak punya kepakaran tentang itu. BN mendahulukan isu global utk menyatakan yg Pas tidak mahir tentangnya.

      Malah, apa sahaja isu berkaitan agama diputarbelit oleh pembunuh-pembunuh Pas dengan mengundang ustaz² liberalis agama dan ustaz² lgbt untuk memberi pandangan lain yg mengelirukan, supaya orang Islam semakin tidak faham lalu menganggap Pas tidak tahu apa-apa mengenai agama.

      Semua perkara mengenai Pas diperlekehkan. Dasar Pas, pemimpin Pas, wawasan Pas, halatuju Pas dimomok seburuk mungkin. Apa sahaja perbuatan sumbang dan merugikan rakyat serta negara oleh kerajaan BN akan cuba sedaya upaya dikaitkan dengan Pas. Bagi DAP dan PH muncung serangan lebih diarahkan kepada Pas, walaupun BN sebenarnya yg  menjadi musuh.

       PH dan BN bersetuju untuk memberi gambaran buruk terhadap Pas dengan mengelirukan rakyat melalui isu yang sengaja diberi provokasi.

      Namun bagi yang berfikir matang dan waras, mereka akan bertanya kenapa sehingga ketahap itu PAS mahu dibunuh? Kalau benar Pas tidak hebat dalam agama, tidak hebat dalam ekonomi tidak hebat dalam globalisasi, mengapa rasa tercabar dengan PAS? Mengapa takut terhadap Pas? Mengapa Pas mesti 'dibunuh'?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej