Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 6, 2017

Maklumat Salah, Tindakan Pun Salah* Ust Hj Idris

☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
*Maklumat Salah, Tindakan Pun Salah*
Ust Hj Idris Hj Ahmad

Daripada mana awak dapat maklumat mengatakan Pas hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat Pas dapat RM90 juta?. Daripada mana awak dapat maklumat Pas tidak bersuara mengenai 1MDB,  RM2.6 bilion, DOJ?. Jawapannya daripada FB, wasap, ceramah orang yang benci kepada Pas, portal,  laman web.

Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin Pas?. Awak baca Harakahdaily.? Awak baca harakah?. Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah  di markaz Pas? Awak dengar ceramah Pas?.Jawapannya semuanya tidak.

Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.

Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir,munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh.

Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan Pas jangan pula fitnah Pas. Kritiklah Pas dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum
����������������������

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej