Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 6, 2017

Mufti berhingus PKR tafsir hukum guna kepala lutut!

Mufti berhingus PKR tafsir hukum guna kepala lutut!

ini jwpn balas...

Demikian juga masalah anjing. Memang benar Imam Malik menyatakan anjing itu bersih tetapi haram melakukan jual beli. Bersih disisi Imam Malik bukan beerti dijadikan sebagai teman. Bahkan tiada ulamak dalam mazhab Maliki menyatakan sunat bertemankan anjing serta bermain-main dengannya.

Imam Malik menganggap kebenaran penggunaan anjing hanyalah untuk menjaga binatang ternakan, memburu atau tujuan pertanian untuk menjaga kebun atau ladang. Sesiapa melihat perbahasan tentang anjing dalam mazhab Maliki pasti akan mengetahui batasan dan sempadan yang telah ditetapkan.

Satu kejahilan bila mengganggap hanya mazhab As-Syafie yang menyatakan anjing itu najis. Hakikat sebenar ialah, jumhur ulamak (kebanyakkan) menyatakan anjing itu najis sebagaimana yang disebut oleh As-Son'ani dalam kitab Subulus Salam jilid pertama. Perlu diketahui juga bahawa, dalam mazhab Malik sendiri ada yang menyatakan ianya najis.

Sebagai penutup bicara, perhatikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Nabi s.a.w melarang hasil daripada jual beli anjing, hasil daripada pelacur dan upah kepada tukang tilik. (Bukhori dan Muslim). Lihat bagaimana sama kejinya keuntungan yang diperolehi daripada jual beli anjing dengan keuntungan orang yang menjual maruah dirinya.

Kalau jumhur kata anjing tu haram dibela..Wan Ji ambil pendapat mari mana kata tak haram....dia tahap mujtahid ke nak lawan imam mazhab....

#KalauMasihLagiTarafMUJTAHIK tok soh ada hati nak lawan MUTJAHID...punah ranoh abih masyarakat...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej