Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, September 28, 2017

BENDERA PAS DICABUT


Lunak nya nada pemimpin pas bila berdepan sesuatu , bkn dgn cara mengajak ahli bertindak balas ....ni aku suka pas ni ....
*BENDERA PAS DICABUT*
_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Pengerusi FASTAQIM 2.0_
1. Sebentar tadi saya dimaklumkan bahawa bendera PAS yang di pasang oleh para petugas FASTAQIM 2.0 di atas Jambatan Sultan Mahmud kuala Terengganu telah di cabut oleh pihak berkuasa tempatan.
2. Sememangnya bendera itu dipasang adalah bertujuan untuk *menyambut kedatangan seluruh ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara ke negeri Terengganu Darul Iman.* Selain itu, ia turut memeriahkan suasana FASTAQIM 2.0
3. Namun pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan sebarang bendera dipasang di atas jambatan tersebut dan mereka telah mencabutnya.
4. Bagi pihak kami AJK FASTAQIM 2.0 *akur dengan larangan* tersebut dan kami akan mengambil kembali semua bendera PAS yang telah dicabut untuk dipasangkan kembali di lokasi-lokasi yang dibenarkan seperti sekitar jalan masuk Pantai Tok Jembal dan lainnya.
5. Sebagai Pengerusi FASTAQIM 2.0, *saya harap semua petugas yang telah bertungkus lumus membuat persiapan dan menceriakan suasana FASTAQIM 2.0 dapat bersabar mendepan situasi ini,* tanpa mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dengan pihak berkuasa tempatan yang telah menjalankan tugas mereka.
6. Kita tidak mahu mencetus pertikaian dengan mana-mana pihak sebaliknya kita mahu semua pihak termasuk *penjawat awam dapat hadir menyertai himpunan FASTAQIM 2.0 dengan selesa, aman dan harmoni.*
7. FASTAQIM 2.0 adalah *Himpunan Mesra Keluarga*, *Himpunan Rakyat Sejahtera*, *Himpunan kasih Sayang* *Himpunan Damai* dan *Himpunan Persahabatan*.
8. Justeru itu, kita fokus kepada persiapan FASTAQIM 2.0 yang hanya tinggal separuh hari sahaja lagi dan kita harap supaya *pihak berkuasa tempatan juga dapat banyak bertolak ansur dengan kita selaku penganjur.*
9. Sebetulnya FASTAQIM 2.0 yang bakal *menggamit 200K* peserta dari seluruh negara ini turut menjayakan *Tahun Melawat Terengganu* dan secara tidak langsung membuka peluang rezeki ke Terengganu khasnya bagi penduduk tempatan.
10. *Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada semua petugas FASTAQIM 2.0* yang terdiri dari anak-anak muda, individu prihatin dan pimpinan PAS di peringkat Negeri, Dewan, Kawasan, DUN dan Cawangan yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan himpunan bersejarah ini. Kesabaran anda semua insyaallah memulangkan kejayaan gemilang buat perjuangan Hijau Menuju Kemenangan.
_Sejahtera Bersama Islam_
_Hijau Menuju Kemenangan_
Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej