Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, September 30, 2017

Perkongsian menarik dari sahabat Fastaqim malam ni..




Perkongsian menarik dari sahabat Fastaqim malam ni...
Guru saya Syeikh Mu'taz Subaini di Fastaqim.

Beliau digelar Musnidul Syam kerana mengumpul sanad terbanyak di Syria. Murid kepada Syeikh Yaasin Fadani, ulama nusantara keturunan Sumatera, yang dikenali dengan gelaran Musnidul Dunya, kerana mengumpul sanad terbanyak di dunia.

Syeikh bercakap berkenaan kesatuan Islam. Menegaskan bahawa musuh utama umat Islam adalah gabungan sekumpulan Kristian dengan Yahudi.

Beliau mengesali sikap umat Islam hari ini yang tertipu dengan propaganda musuh, sehingga sibuk berselisih sesama sendiri dalam berbagai perkara. Tidak dinafikan wujud perselisihan baik dari segi furu' mahupun usul, tetapi perselisihan ini sepatutnya tidak ditangani dengan melampau sehingga membuatkan umat ini lupa musuh sebenar.

Walaupun tinggal di negara Islam paling bergolak di dunia, syeikh antara ulama Syria yang tidak terpengaruh dengan sentimen mazhab dan aliran dalam Islam.

Menarik foto ini. Ucapan beliau ibarat pukul anak, sindir menantu
.
Semoga semua umat Islam sedar akan hakikat ini. Tidak lagi memainkan isu-isu sektarian yang merugikan.

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej