Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 25, 2017

Bila Pas menyatakan sokongan kpd PPIM, ada juga pihak yg mencebik


Bila Pas menyatakan sokongan kpd PPIM, ada juga pihak yg mencebik. Bila Pas tegas menyambung seruan PPIM utk lawan "9 Dragon" tu, ada juga pihak yg menyindir.
Kenapa? Mereka kata "Pas menumpang usaha PPIM". Kononnya "Pas selaku parti politik jgn menyibuk nak hijack usaha PPIM selama ni!"
Sungguh, yg berkata begini mmg sgt bodoh dalam bab gerakan massa.
Setiap perkara dalam dunia ini wujud secara simbiosis. Jika anda x faham apa itu simbiosis, sila buka buku asas sains darjah 3. Contoh simbiosis mudah ialah pokok menghasilkan oksigen yg digunakan oleh manusia utk pernafasan, dan manusia menghasilkan karbon dioksida utk digunakan oleh pokok bagi membantu pertumbuhannya.
Begitu juga dgn perihal 9 Dragon, PPIM dan Pas ni.
Baik, sy nak uturn kejap. Kita kenali PPIM antara lain atas raid depa ke atas DBI dan Boy Iman. Adakah PPIM yg mula² dedahkan pasal DBI? Tidak. Yg dedahkan ialah page² FB mcm Skim Ponzi Alert dll. So bila PPIM pi raid Boy Iman, boleh ke kita kata PPIM "makan usaha" page tersebut?
Tidak. Page tersebut maybe mampu dedah, tapi x mampu bertindak. PPIM bukan agensi mendedah, tetapi agensi bertindak atas laporan. Ini simbiosis.
Begitu juga Pas. Dgn segala kehebatan PPIM, depa xde political power utk push cause depa sampai ke parlimen atau DUN dan sebagainya. Jadi sokongan politik juga penting. Pas selaku parti politik tidak akan mampu utk buat mcm mana NGO seperti PPIM buat, antaranya "terjun" ke dalam kandang singa utk bertarung. Namun Pas ada kekuatan politik yg tiada pada PPIM. PPIM pula tidak boleh jd parti politik kerana once mereka jd parti politik, depa sudah kehilangan keupayaan utk bertindak melangkaui sempadan politik. Mereka perlu kekal sebagai NGO utk meniadakan "political gap". Dan jika mereka mahukan sokongan politik, maka Pas berusaha memberikannya.
So apa yg Pas buat itu adalah normal. Kita x riding populariti PPIM (PPIM sendiri gunakan pentas Pas di fastaqim utk menyampaikan agenda mereka) bahkan kita compliment usaha PPIM menerusi keupayaan politik kita. Atas kefahaman inilah Kongres Rakyat diwujudkan utk gabungkan semua NGO ini bawah satu payung, dan Kongres Rakyat pula bergabung dgn Pas menerusi Gagasan Sejahtera. Gagasan yang melangkaui segala sempadan politik. Inilah kebijaksanaan Pas!
Daripada anda mempersoal dan mempertikai tindakan Pas menyatakan sokongan kpd PPIM, lebih baik anda tanya adakah parti² lain turut senada dgn PPIM dalam membebaskan negara drpd cengkaman 9 Dragon tersebut. Di manakah mereka? Masih meratapi kegagalan himpunan KKTK ke?
Fais Al-Hajari
Peminat Dragonball esp zaman Goku budak²
25 Oktober 2017

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej