Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, December 30, 2017

Siapa TG Haji Hadi yg dibenci DAP ?

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (TG Haji Hadi)
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Siapa TG Haji Hadi?
-Presiden PAS, Pendakwah, Tuan Guru, ADUN Rhu Rendang, MP Marang.
-Bapa kepada Ketua Pemuda PAS
2) Adakah semua orang iktiraf dia adalah ulamak?
-Ya, ada yang kata dia ulamak yang mesti diikut
-Ada juga yang kata dia ulamak jahat yang mesti dihindari
-Ada yang cuba nafi dia ulamak, tapi pada masa yang lain iktiraf tanpa disedari.
3) Dia ada ramai musuh? Siapa?
- Ya, Ramai.
- Musuh Islam
- Zionis
- Liberalis
- Sekularis
- Orang PH
- Banyak lagi (lihat di ruang komen)
4) Kenapa beliau dimusuhi?
- Sebab dia keras kepala
- Tidak mahu turut DAP
- Dianggap mahu berbaik dengan UMNO
- Mahu UG
- Dikatakan memperguna agama
- Selalu ponteng sidang Parlimen
- Memberi tongkat kepada UMNO
- Memusuhi DAP
- menuduh AMANAH sebagai pengkhianat
- Banyak lagi (lihat ruang komen)
5) Apa beza antara dia dengan ulamak yang lain?
- Selain memiliki ilmu agama dan banyak mengajar:
- Dia menjadi nakhoda parti PAS
- Dia menjadi ADUN dan Ahli Parlimen
- Dia aktif mencebur diri dalam politik Timur Tengah
- Dia dikenali di peringkat dunia terutama dunia Islam
- Dia dibenci ramai pihak (DAP, AMANAH, PPBM, UMNO, PKR etc.)
- Dia juga disukai oleh pihak yang lain.
- Kenyataannya suka dimanipulasi media musuh
- Berita mengenainya sering disalah tafsir
- Ramai haters dari kalangan netizen (lihat komen)
6) Siapakah ulamak yang paling ramai musuh?
- TG Haji Hadi
7) Siapakah ulamak yang paling dibenci DAP, UMNO, AMANAH, PKR, PPBM, Liberalis, Sekularis etc ?
- TG Haji Hadi
8 ) Siapakah ulamak yang selalu ditroll, dicemuh dan dicaci dalam komen-komen di Malaysiakini, TMO dan page-page Liberalis dan Pakatan Harapan?
- TG Haji Hadi
9) Siapakah ulamak yang selalu dimaki hamun sebagai bodoh, jahat, rasis, suka ponteng, bersekongkol dengan kleptokrat, teria rasuah berjuta-juta?
-TG Haji Hadi
10) Siapakah yang menulis buku Qazaf - mangsa Fitnah bagi membela DS Anwar Ibrahim?
-TG Haji Hadi
11) Siapakah ulamak yang Ustaz Wanji kata cara politik dan pemikiran beliau berbahaya?
-TG Haji Hadi
12) Mende dari tadi TG Haji Hadi memanjang. Siapakah TG Haji Hadi?
- Sila baca point (1) hingga point (12).
Sekian

Siapa TG Haji Hadi yg dibenci DAP ?

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (TG Haji Hadi)
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Siapa TG Haji Hadi?
-Presiden PAS, Pendakwah, Tuan Guru, ADUN Rhu Rendang, MP Marang.
-Bapa kepada Ketua Pemuda PAS
2) Adakah semua orang iktiraf dia adalah ulamak?
-Ya, ada yang kata dia ulamak yang mesti diikut
-Ada juga yang kata dia ulamak jahat yang mesti dihindari
-Ada yang cuba nafi dia ulamak, tapi pada masa yang lain iktiraf tanpa disedari.
3) Dia ada ramai musuh? Siapa?
- Ya, Ramai.
- Musuh Islam
- Zionis
- Liberalis
- Sekularis
- Orang PH
- Banyak lagi (lihat di ruang komen)
4) Kenapa beliau dimusuhi?
- Sebab dia keras kepala
- Tidak mahu turut DAP
- Dianggap mahu berbaik dengan UMNO
- Mahu UG
- Dikatakan memperguna agama
- Selalu ponteng sidang Parlimen
- Memberi tongkat kepada UMNO
- Memusuhi DAP
- menuduh AMANAH sebagai pengkhianat
- Banyak lagi (lihat ruang komen)
5) Apa beza antara dia dengan ulamak yang lain?
- Selain memiliki ilmu agama dan banyak mengajar:
- Dia menjadi nakhoda parti PAS
- Dia menjadi ADUN dan Ahli Parlimen
- Dia aktif mencebur diri dalam politik Timur Tengah
- Dia dikenali di peringkat dunia terutama dunia Islam
- Dia dibenci ramai pihak (DAP, AMANAH, PPBM, UMNO, PKR etc.)
- Dia juga disukai oleh pihak yang lain.
- Kenyataannya suka dimanipulasi media musuh
- Berita mengenainya sering disalah tafsir
- Ramai haters dari kalangan netizen (lihat komen)
6) Siapakah ulamak yang paling ramai musuh?
- TG Haji Hadi
7) Siapakah ulamak yang paling dibenci DAP, UMNO, AMANAH, PKR, PPBM, Liberalis, Sekularis etc ?
- TG Haji Hadi
8 ) Siapakah ulamak yang selalu ditroll, dicemuh dan dicaci dalam komen-komen di Malaysiakini, TMO dan page-page Liberalis dan Pakatan Harapan?
- TG Haji Hadi
9) Siapakah ulamak yang selalu dimaki hamun sebagai bodoh, jahat, rasis, suka ponteng, bersekongkol dengan kleptokrat, teria rasuah berjuta-juta?
-TG Haji Hadi
10) Siapakah yang menulis buku Qazaf - mangsa Fitnah bagi membela DS Anwar Ibrahim?
-TG Haji Hadi
11) Siapakah ulamak yang Ustaz Wanji kata cara politik dan pemikiran beliau berbahaya?
-TG Haji Hadi
12) Mende dari tadi TG Haji Hadi memanjang. Siapakah TG Haji Hadi?
- Sila baca point (1) hingga point (12).
Sekian

Org pakai tudung rayakan krismas

Wednesday, December 27, 2017

DR ROZAIMI, BERSABARLAH

Dr Tanaka Mustafa
3 hrs
DR ROZAIMI, BERSABARLAH
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Dr Rozaimi mengeluh kerana terpaksa menepis serangan penyokong PAS. Sabarlah. Anda kritik presiden dan parti depa, memang lah akan ada reaksi balas.
2) Sama je kalau anda kritik presiden parti lain. Cer cari satu dua kesilapan Abg Mat Sabu. Banyak je kesilapan yang boleh dikritik. InshaAllah walaun PAS tak kacau anda lagi. Anda kena tepis serangan trupers AMANAH pulak.
3) Nak test lagi? Cari salah Dr Wan Azizah atau salah DS Anwar. Tak ada manusia yang perfect. Mesti ada buat silap. Mesti Dr Wan Azizah atau DS Anwar ada buat silap. Bedil lah satu dua. InshaAllah, trupers PKR pulak akan serang anda.
4) Lagi mau cuba? Cuba bedil DS Najib. Yang ni lagi banyak salah silap. Takkan tak tau kut. InshaAllah macai-macai Umno akan serang anda. Mungkin anda jadi bahan kenduri dalam page-page Umno. Mungkin sampai dalam PAU kena bahan.
5) Nak lagi lagi power? Cuba kritik Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng. InshaAllah, anda kena rekrut team untuk tolong tepis. Bukan penyokong DAP saja akan bidas anda... ramai lagi yang lain-lain akan belasah anda.
6) Tak caya? Cer buat sekali dua, kita tengok. Takde isu? Ada. Mesti ada kalau tuan Dr pandai cari sebagaimana anda jumpa salah-silap yang Presiden PAS buat. Manusia, mana ada perfect der.
7) Anda marah dan menuduh penyokong PAS taksub TG Haji Hadi. Rileks. Sama je semua parti yang duk ada. Ketua kena bedil - walaun, malaun, babun, jebon semua keluar dari gua pertahan ketua mereka. Itu tipikal cara umat Malaya berpolitik lah. Tak kira Cina, Melayu, India etc. Anda rasa budak-budak parti selain PAS tidak taksub sebab anda belum pernah cuba.
8 ) Jadi, Dr Rozaimi, usah mengeluh jika diserang walaun, taksubers, macai, nangoi dan sebagainya. Hati biar teguh. Prinsip biar utuh. Contohi Ustaz Wanji. Emosi dia dah kebal daripada serangan walaun dan penyokong PAS. Bwahahaha...
Sekian

Monday, December 25, 2017

Mengulas kritikan RORA Mengapa Kalau Islam Tidak boleh

Mengulas kritikan Dr Rozaimi Ramli
TULISAN Dr Rozaimi Ramli (RORA) mengkritik artikel DSTG Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bertajuk "Mengapa Kalau Islam Tidak boleh?" yang ditularkan di dalam media sosial dengan tajuk "Jom kita tengok Dr Rozaimi sekolahkan Hj Hadi".
Pada asalnya, saya tak berminat nak mengulas kritikan RORA tersebut. Ia terlalu dangkal, tidak ilmiah, tidak objektif dan diselaputi kebencian berterusan RORA terhadap PAS dan Presiden PAS. Oleh itu, ia tak perlu dijawab dan diulas.
Patut dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja.
Namun kritikan itu diberi tajuk, "Jom kita tengok Dr Rozaimi sekolahkan Hj Hadi" di media sosial. Tajuk itu adalah terlalu kejam, sombong dan melampaui batas perbincangan ilmiah, bahkan melampaui batas perdebatan politik.
Topik Kritikan Rora
Kritikan RORA adalah seputar hadis berkaitan jawapan Baginda Rasulullah SAW kepada ketua kabilah Bani Amir yang meminta baginda SAW menjanjikan kepada mereka kuasa atau jawatan tertentu, jika mereka sanggup membantu perjuangan Rasulullah SAW sehingga perjuangan itu, pada suatu tahap berjaya mencapai kemenangan.
Di mana jawapan baginda Rasulullah SAW ialah, "Itu urusan Allah, Dia yang menentukan dengan kehendak-Nya”
Kesimpulan RORA Tentang Maksud Hadis Ialah Ia Tiada Kaitan Dengan Masalah Menamakan Calon PM
RORA menyimpulkan bahawa DSTG Abdul Hadi berpendapat tindakan menamakan calon PM adalah haram atau tidak mengikut adab Islam berdasarkan hadis tersebut. Seterusnya RORA merumuskan hadis tersebut sebenarnya bukan berkaitan meletakkan nama calon PM, tetapi mengenai masalah meminta jawatan.
RORA menulis, "Jika dilihat ia tidak berkaitan dengan penamaan calon pemimpin. Sebaliknya ia berkaitan dengan isu meminta jawatan. Jika dilihat dari teks ini jelas bahawa Bani Amir sudah dapat gambaran bahawa Nabi akan menjadi pemimpin mereka. Ini seolah mereka sudah dapat gambaran calon pemimpin apabila menang dan membentuk kerajaan nanti. Justeru mereka mahu berkuasa setelah Nabi."
Tulis beliau lagi, "Cubaan menggunakan riwayat ini untuk mengatakan menamakan calon pemimpin bukan adab Islam adalah tersasar bagi saya. Perlu diingatkan bahawa ulama tidak sepakat terhadap isu larangan meminta jawatan secara mutlak. Sebahagian ulama memperincikan hukumnya. Ia dibenarkan bagi mereka yang layak. Dan inilah pandangan yang kuat bagi sebahagian pengkaji moden."
Tulisan DSTG Abdul Hadi Sebenarnya Menjelaskan Tentang Kepentingan Perjuangan Islam Mendaulatkan Dasar-Dasar Islam, Bukan Setakat Mengubah PM
Jika kita membaca artikel DSTG Abdul Hadi, ia bukanlah mengenai haramnya menamakan calon bakal PM. Ia juga bukan berbicara mengenai haram atau tidak meminta jawatan.
Tetapi ia menegaskan tentang pentingnya memperjuangkan dasar-dasar pemerintahan Islam dan dasar-dasar itu nanti perlu ditegakkan dalam kerajaan yang baru dibentuk. Tentang siapa calon PM, PM mestilah orang yang sanggup memikul dan menggalas tanggungjawab merealisasikan sistem pemerintahan berasaskan sistem politik Islam tersebut.
Presiden PAS menjelaskan, PAS bukan hanya mahu menukar PM sahaja. Noktah. Tanpa mengambil kira pertimbangan bahawa PM baru itu nanti, tetap akan meminggirkan syariat Islam daripada arus perdana sistem politik negara kita. Ini tidak mungkin.
Namun malangnya RORA hanya setakat membuat kesimpulan mudah tentang tulisan DSTG Abdul Hadi, tulis beliau, "Namun setelah itu penulis (TGHH) seolah membayangkan bahawa adab Islam tidak meletakkan calon PM. Sebab itulah partinya tidak meletakkan calon PM."
Anda Boleh Baca Sendiri Petikan Tulisan DSTG Abdul Hadi Di Sini
"Maka PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal Perdana Menteri yang bakal menjadi bangkai sahaja. Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya. Lantas Baginda SAW bersabda:
“Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya”
Seterusnya Rasulullah SAW menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam yang diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah setelah memenuhi syarat-syarat yang diperintahnya.
Begitulah PAS boleh menerima dan bersama sesiapa sahaja termasuk DAP yang menerima Islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem) serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syarat-syaratnya juga."
Hentaman Demi Hentaman Berdasarkan Kesimpulan Syok Sendiri
RORA seterusnya mempersoalkan kenapa PAS menyertai pilihan raya, jika meminta jawatan adalah haram seperti kefahaman meleset beliau tentang artikel Presiden PAS itu.
Antaranya tulis beliau, "kenapa masuk pilihan raya dan kenapa letak manifesto?"
Antaranya lagi, "Jika meletakkan calon PM itu dikira sebagai meminta jawatan, mengapa penulis tidak terus sahaja katakan bahawa bertanding dalam pilihan raya juga meminta jawatan dan ia dilarang juga? Bahkan ia lebih direct meminta jawatan dari pengundi."
Antaranya lagi, "Jika meletakkan calon PM dikatakan menyalahi adab Islam, bagaimana pula dengan meletakkan manifesto? Bukankah kedua-dua isu ini berkait rapat iaitu meyakinkan pengundi tentang visi dan misi parti yang bertanding untuk meraih undi dan keyakinan dari pengundi?"
Tak Faham Politik Semasa
RORA barangkali tidak faham komen berbentuk sindiran DSTG Haji Abdul Hadi tentang penamaan bakal PM yang akan menggantikan DS Najib dan golongan yang ghairah mahu ke Putrajaya.
Masalah meletakkan calon nama PM ialah masalah dalaman PH, jika PH memerintah. Ia bukan masalah BN. BN sudah tentu mengekalkan PM sedia ada, jika kekal memerintah.
PAS pula, ia tidak mahu bercakap lagi tentang isu itu. PAS lebih menekankan aspek praktikal tentang isu ini. Iaitu berusaha memenangi sebanyak-banyak kerusi dalam PRU nanti. Jika banyak kerusi dimenangi, ketika itu bolehlah PAS mencadangkan nama PM yang sesuai mengikut agenda politik Islam yang ia perjuangkan.
Jika tidak banyak kerusi, cadangan nama PM daripada PAS tidak banyak mempunyai erti. Jadi PAS menekankan kepentingan berusaha memenangi banyak kerusi dahulu.
PH pula terdesak menamakan bakal PM mereka. Ini kerana mereka dianggotai oleh beberapa parti komponen bagi membentuk gabungan mereka. Setiap parti mempunyai falsafah politik yang agak berlainan, walaupun ada kesatuan suara dalam soal mahu menjatuhkan BN.
PBM dan DAP mahukan Dr Mahathir kembali menjadi PM. PKR kurang sokong. PAN tidak mempunyai calon PM daripada parti sendiri. PAN berharap semua komponen PH boleh bersatu di bawah Dr Mahathir.
Dr Mahathir pula, hanya bermain telefon ketika pimpinan PH lain mengangkat tangan, mahukan Anwar sebagai PM.
Jika PH meletakkan Dr Mahathir sebagai calon PM mereka, umum mengetahui sikap Dr Mahathir terhadap Islam, hadis Rasulullah SAW dan demokrasi adalah sangat tidak menguntungkan perjuangan Islam di dalam negara kita.
Penutup
Kita lihat kesimpulan RORA tentang isu ini.
"Maka kenyataan yang mengatakan menamakan calon PM bukan adab Islam itu sebenarnya yang menyalahi adab Islam. Jangan digunakan nama Islam untuk tindakan kita sewenangnya kerana bimbang nanti bila kita tukar pandangan nama Islam akan dibawa tukar juga."
Kesimpulan yang entah apa-apa... pada pendapat saya.
Anda boleh membaca sendiri tulisan DSTG Abdul Hadi dihttp://www.harakahdaily.net.my/…/4493-mengapa-kalau-islam-t…
ZAKARIA ISMAIL
25/12/2017

PAS pujuk supaya Tengku Razali masuk PAS ?


PAS pujuk supaya Tengku Razali masuk PAS ?

PKR DAN DAP DULU PUJUK TENGKU RAZALEIGH SERTAI MEREKA

(TRANSKRIPSI PENJELASAN DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG DI MARANG, TERENGGANU, PADA 5 SEPTEMBER 2014)


“Rombongan berjumpa Tengku Razaleigh, yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh PKR. Bukan kita, PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas tu DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh dok terliur belaka nak masuk dua-dua parti ini. Pah tu rakan-rakan kita mari berjumpa, suruh PAS pujuk supaya dia ni masuk Pakatan Rakyat, suruh PAS pujuk supaya Tengku Razaleigh masuk PAS. Kita pun pujuklah dia masuk PAS, dia tak nak masuk PAS jugak, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Orang lain pujuk dulu, bukan kita. Pah tu orang pun mengendeng kat kita suruh gi pujuk gatek. Itu yang berlakunya, jadi duk bising-bising tu kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya.”

Sunday, December 24, 2017

mereka cuma nak perdajal dan memperkudakan melayu saja

Ahli tegar DAP
kamu nilailah sendiri !!!
mereka cuma nak perdajal dan memperkudakan melayu saja
beri madu dan gula sebelum ada kuasa....
bila dah ada kuasa........mu tahu lah sendiri !!
di palastine seperti ini dahulunya !!!
nilai lah .. sebelum terlambat !!

Saturday, December 23, 2017

LEMBUT SESAMA ORANG BERIMAN DAN TEGAS TERHADAP ORANG KAFIR

SIFAT ORANG-ORANG BERIMAN ITU LEMBUT SESAMA ORANG BERIMAN DAN TEGAS TERHADAP ORANG KAFIR
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum (yang lain) yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka ini pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela . Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
-Surah Al-Ma'idah, Ayat 54

Wednesday, December 20, 2017

dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik

Kepada pejuang PAS. Ini panduan kita..
Surah Al-Ahzab (الْأحزاب), Ayat: 1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلْكَٰفِرِينَ وَٱلْمُنَٰفِقِينَ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pemimpin BN punca hutang negara berbilion ringgit


Pemimpin BN punca hutang negara berbilion ringgit
Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN
Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.
Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.
Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.
Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.
Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.
Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:
a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.
Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.
Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:
Perbelanjaan (P) Hasil (H)
2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion
b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.
Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.
Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:
1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)
Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.
Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.
Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.
Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.
c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.
Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.
Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?
Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.
Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.
GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.
GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.
Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.
Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.
Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 – RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.
MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA – 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30= RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2
Thanks : Dahlea Al-Saadi

Tuesday, December 19, 2017

Dr Mahathir hari ini yang bertajuk "The Destruction of Democracy"

Catatan Khas: Adakah Pelangi Indah Muncul atau Ribut Petir Yang Akan Melanda.?

1. Sungguh geli hati apabila membaca blog Calon PM Idaman Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir hari ini yang bertajuk "The Destruction of Democracy".
Tun M menulis mengenai kemusnahan demokrasi di Malaysia.
Beliau turut berkongsi 7 taktik yang BN lakukan demi kekal berkuasa.
Apa yang menarik ialah kesemua taktik yang disenaraikan itu bukanlah perkara baru kerana ianya telah pun digunapakai oleh dirinya sendiri dahulu ketika berkuasa sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
2. Berikut adalah senarai 7 taktik yang dilaksanakan bagi memastikan kemenangan BN;
a) Persempadanan semula
b) Rasuah pengundi
c) Gangguan terhadap parti lawan
d) Sumber dana pembangkang dihalang
e) Kemudahan awam dihalang
f) Undi bukan rahsia
g) Penggunaan pegawai kerajaan

3. Tun Mahathir sememangnya patut bercakap dengan cermin agar beliau sedar dan ingat kembali apa yang dilakukannya dahulu.
Tun M mendakwa Malaysia kini ditadbir oleh PM Najib yang kleptokrat. 

Namun, Tun M usahlah menyangka rakyat terlupa akan sejarah bahawa dulu Malaysia pernah ditadbir oleh seorang PM yang mengamalkan pemerintahan autokratik ala diktator.

4. Mari kita imbau kembali serba sedikit sejarah pemerintahan Tun M. 

Berikut merupakan soalan yang patut dijawab oleh sekalian pencinta Tun M dan pemimpin PH yang sudah bertukar menjadi penyanjung Tun M sekarang.

a) Adakah demokrasi subur dan berkembang mekar ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?
Bukankah pada zaman beliau ramai pemimpin pembangkang yang ditangkap dan dikenakan tahanan tanpa bicara (ISA) kerana berani menentang kezaliman pemerintah BN-UMNO.?
Dulu,media arus perdana dikawal ketat sepenuhnya oleh Tun M. 

Operasi media alternatif diganggu, disekat dan ditarikbalik permit oleh Tun M yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri. 

Prinsip separation of power tidak diamalkan, kebebasan institusi kehakiman musnah.Pelantikan Ketua Hakim Negara disusun atur agar mengikut selera eksekutif. 

Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video V K Lingam pada 2008 pun mengesahkan kewujudan amalan sedemikian rupa. 

Prinsip Federalisme dicabul oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun M.
Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS disekat dan dihalang daripada peruntukan kemajuan dan pembangunan.

Wang Royalti Minyak Petronas dihentikan pembiayaan kepada Terengganu apabila PAS menang sebagai Kerajaan Negeri.

b) Adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berfungsi dengan adil dan bebas ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?

Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya pada tahun 2003 dibuat memang bagi mencipta kemenangan besar UMNO-BN pada PRU 2004. 

Tidak ada penambahan kerusi Parlimen di negeri majoriti Melayu-Islam yang agak kuat PAS seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Rekabentuk Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya 2003 diolah mengikut selera UMNO-BN yang sudah merasa tempias kekalahan apabila ditolak oleh ramai orang Melayu-Islam pada PRU 1999.
Cerita Pengundi Hantu bukanlah mitos kerana sememangnya wujud individu yang berbeza mengundi atas 1 nama yang sama.

c) Adakah Kerajaan BN-UMNO tidak mengamalkan rasuah pengundi ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?

Setiap kali menjelang Pilihan Raya, sudah menjadi tradisi wajib Kerajaan BN-UMNO menabur projek mee segera, wang bantuan, barangan dan janji manis agar rakyat rasa terhutang budi kepada kerajaan. Amalan ini dilakukan sejak zaman berzaman pemerintahan BN-UMNO.

d) Adakah Kerajaan BN-UMNO tidak mengamalkan gangguan terhadap parti pembangkang ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?

PAS merupakan parti pembangkang yang teruk diserang dan dihalang gerakerjanya ketika Tun M berkuasa dahulu. Bukan mudah hendak dapat permit ceramah PAS.
Bahkan, ceramah di dalam Markaz PAS pun diganggu oleh pihak polis yang mendapat arahan Menteri KDN. 

Para ahli dan penyokong PAS diugut agar tidak berani menentang Kerajaan.

e) Adakah Kerajaan BN-UMNO tidak mengganggu sumber dana pembangkang ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.? 

Dulu, mana ada pihak yang berani memberi sumbangan kepada parti pembangkang.
Oleh sebab itu, sejak sekian lama PAS bergerak atas sumbangan dan infak ahli yang cintakan perjuangan Islam. 

Walau ditekan dan dihalang, mereka tidak pernah berhenti memberi sumbangan ikhlas sekadar termampu. 

PAS bukanlah seperti Kerajaan BN-UMNO yang sering mendapat tajaan dan dana daripada sekalian taikun besar dan kroni yang mendapat habuan projek BN.

f) Adakah Kerajaan BN-UMNO membenarkan kemudahan awam digunakan oleh pembangkang ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?

Ianya bagaikan bermimpi di siang hari sahajalah jikalau mahu melihat parti pembangkang mendapat akses penggunaan dewan dan padang awam. 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak semudahnya memberi permit kepada parti pembangkang .
Oleh sebab itu, PAS biasanya menjalankan program dan aktiviti di premis milik sendiri iaitu Markaz kerana PAS bukan seperti Kerajaan yang sewenangnya menggunakan premis awam seperti dewan sekolah untuk Mesyuarat Agung UMNO.

g) Adakah Kerajaan BN-UMNO tidak menakutkan rakyat berkenaan kerahsiaan undi ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?

Mereka yang cuba menzahirkan sokongan kepada parti pembangkang pasti diganggu dan diugut. Tidak kurang yang ditukarkan ke kawasan pedamanan, tidak mendapat kenaikan pangkat hanya kerana pendirian politik cenderung kepada pembangkang.
h) Adakah Kerajaan BN-UMNO tidak mempergunakan pegawai Kerajaan ketika zaman pemerintahan Tun M dulu.?

Para penjawat awam sering diingatkan agar taat kepada pemerintah Ulil Amri seolah-olah undi pun wajib kepada UMNO-BN.
Para pegawai agensi kerajaan turut dikerah bagi meramaikan dan menjayakan program kempen Kerajaan UMNO-BN. 

Undi Pos ibarat undi percuma dan fixed deposit selamanya bagi menguntungkan parti pemerintah.
Cuba tanya tentera dan polis, adakah kesemua mereka dibenarkan mengundi dengan bebas tanpa sebarang tekanan dan ancaman pihak atasan.?

5. PM Najib hari ini adalah penyambung legasi Tun M.
Segala kemusnahan demokrasi, kehancuran institusi dan kebobrokan sistem sudah berlaku sejak sekian lama. 

Jadi, Tun M tidaklah perlu berlakon suci dan mencuci tangan daripada segala kerja jahat dan zalim yang dilakukan oleh dirinya ketika di puncak kuasa dahulu.

Apabila Tun M menjadi Pembangkang hari ini, baru beliau terasa peritnya apa yang sudah pun PAS lalui puluhan tahun lamanya. 

Pepatah Inggeris ada menyebut, "the pot calling the kettle black", yang diterjemahkan kepada "Periuk kata cerek hitam". 

Semakin banyak lagi Tun M berkata, semakin banyak air yang terpercik ke muka sendiri tatkala menepuk air di dulang.
6. Pakatan Harapan bukannya mahu membina Malaysia Baru, tetapi hakikatnya merencana ke arah Malaysia Lama apabila mahu menobatkan Tun Mahathir kembali bergelar sebagai Perdana Menteri.
Usahlah kita mengharap sinar pelangi indah akan muncul kerana sebenarnya awan gelap bersama ribut petir yang akan tiba. 

PAS sedar akan hakikat peritnya bersendiri tetapi PAS tahu bahaya sedang menanti seandainya memilih untuk bersama Pakatan Harapan yang diterajui gandingan Tun M dan Lim Kit Siang.
PAS juga sedar tidak ada faedahnya menyertai BN-UMNO kerana ia ibarat menjadi tongkat penyelamat bahtera kerajaan yang kian tenggelam. 

PAS tetap istiqamah atas landasan perjuangan Gagasan Sejahtera bersama Islam samada menang ataupun kalah.

Catatan oleh;

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
19 Disember 2017

Monday, December 18, 2017

Cina start to buy Malaysia ?


Cina start to buy Malaysia !!!
Rossi Nazar7 :
SAVE YOUR HOMELAND MALAYSIAN.....!!! In Indonesia They Do The Same Thing ...
anak cucu kita ...... anak cucu kita .... anak cucu kita
cina dah mula "membeli " malaysia
lihat video ini .... seram bulu roma kita .....
sebelum nasi jadi bubur ...... kita kena buat sesuatu !!
Saya terbaca satu artikel yg sangat menggerunkan ....
Barat akan takluk timur tengah ....
dan cina akan takluk asia
entah benar entah salah .... tapi ... apa yg sedang berlaku sekarang ada benarnya !!!

Sejumlah projek yang mendapat sokongan Beijing mungkin menjadi bukti kepada Putrajaya bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memiliki kuasa tarikan pelaburan asing yang berkesan.
Namun tanggapan itu tidak dikongsi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
Ditanya mengenai pelaburan China untuk projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) Daim sebaliknya menyoal sama ada kerajaan perlu membuat bayaran semula kepada pembiayanya.
"Kalau bayar semula duit, maknanya apa? Kalau kamu seorang pelabur kamu akan kata apa?
"Itu bukan pelaburan, itu pinjaman," katanya mengenai projek yang dibangunkan kontraktor melalui pembiayai Export-Import Bank of China (Exim Bank).
Daim ditemui media selepas menghadiri sesi dialog tertutup anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Subang Jaya, Selangor hari ini.
Beliau sebelum itu ditanya sama ada perlu wujud kebimbangan terhadap pelaburan yang dibawa China di Malaysia.
Selain ECRL, satu lagi projek yang mendapat pembabitan meluas Beijing ialah projek pembangunan petempatan mega Forest City di Johor Bahru.
Terdahulu Daim berkata beliau percaya rakyat Malaysia perlu bersatu untuk mencipta suasana lebih kondusif buat pelaburan asing sekali gus mengembangkan ekonomi negara.
"Saya baca beberapa laporan mengatakan ramai lepasan universiti sekarang ada masalah mendapatkan pekerjaan.
"Justeru kerajaan mesti memastikan hal ini ditangani segera," katanya.
Bulan lalu Kementerian Kewangan melalui jawapan di Dewan Rakyat memberitahu kos menyiapkan ECRL kekal pada RM55 bilion dan 85 peratus daripadanya dibiayai melalui pinjaman mudah dijamin kerajaan daripada Exim Bank.

Kutuk Najib aku aku tak kisah tapi kutuk TGHH kira dah melampau

Ramli Mohamad 

Barwa kafir harbi yg sembah patung .jike kau nak kutuk najib aku x heran kerane ia x amanah dan penipu mcm pemimpin PH juge .tetapi bile kau kutuk TGHHA yg x dee skandel tetapi teruk difitnah .tu kami x boleh terime .laknat ALLAH SWT untukmu wahai edie muklis yg menghine ulamak yg berilmu dan soleh .kau muklis memang hine kerane jadi barwa kaffir harbi golongan pengikut dajjal .kau akan berperang dgn golongan imam mahadi dikemudian hari nanti .

Sunday, December 17, 2017

Khurafat moden hanya BN saja yang layak perintah


** Ini whatsap aku yg aku post dlm family aku, anak2 saudara dan abang2 aku ... aku tak kisah dah .... dah lama kita menderita ...***
********************************
Kenapa kita rakyat malaysia perlu lagi menaikkan pemimpin di kalangan yg berpenyakit ???
bukan kah ada alternatif lain ??
buang laaaa amalan politik "enjit enjit semut, sapa sakit naik ke atas" pemimpin yg ada masalah, kita naik kan dia ???
apa punya fikiran begini ?
puluhan tahun kita terlibat dlm politik, kita belajar di sekolah sama, buku yg sama, guru yg sama.... tapi malang... tak mampu menilai !! tapi nak sangat Malaysia menjadi negara maju ....!
syarat nak maju, pemikiran rakyat kena maju dulu !!!
Malang sungguh negara ada rakyat yg berfikiran macam ini....
Terlalu sayang kepada Parti... bukan sayang kepada negara...!
Parti tu hanya satu organisasi yg diberi amanah untuk memerintah... kalau dah parti tu dah tak relevant.... dah mula reput... kenapa masih lagi diberi kepercayaan ?
Bukan kah perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dan demokrasi ?
Kalau dah tak boleh nak pilih parti mana yg sesuai... kenapa kita adakan pilihanraya ?
Secerdik mana sekalipun pemimpin.... kalau rakyat di-didik macam ini.... negara itu tak akan maju ke depan ?
Kalau sekiranya pembangkang dapat memerintah pula selepas ini dengan cara pemikiran dan doktrin doktrin yg karut marut dan khurafat politik ini gaya.... ia tak akan dapat mengubah apa apa !?
Naiknya pembangkang jadi pemerintah, tapi pemikiran rakyat tak berubah.... suasana hiruk pikok politik tak akan kesudahan.....
Kalau puak pembangkang juga akan membawa pemikiran sebegini... dan menganggap hanya pembangkang saja yg layak memerintah selama lamanya..... kecelaruan ini akan berpanjangan...!
Didik dahulu rakyat bagaimana nak berpolitik, kenapa mereka mengundi, untuk apa demokrasi.... rakyat kena tahu menggunakan kuasa undi mereka sebaik baiknya..... barulah situasa yg telah dan sedang berlaku sekarang akan berubah ke arah lebih baik....
Bagi saya, saya tak akan terlalu taksub dengan mana mana parti.
Konsep DULU, KINI DAN SELAMA SELAMANYA ... adalah konsep yg salah dan tak patut kita buat ia sebagai doktrin.... samada di pehak pemerintah atau di pehak pembangkang.....
Sebagai rakyat yg punyai pendidikan dan akal fikiran, seharusnya mereka tahu hal hal kenegaraan, hal hal politik... hal hal pemimpin dan kepimpinan.
JANGAN JADIKAN PEMERINTAH & KERAJAAN ITU SEBAGAI TUHAN YANG TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI !!!!
Dalam Sejarah, tidak ada sebuah kerajaan yg kekal lama dan terus menerus adil dalam pemerintahan mereka... tidak ada.....!